1. Tanggal 19 Oktober 2008 yang lalu telah berlangsung persidangan UMNO Bahagian saya iaitu Bahagian Serdang. Tempat berlangsungnya persidangan ialah di Residence Hotel, Uniten.
2. Menyaksikan pertandingan 2 kumpulan iaitu kumpulan penyandang yang diketuai oleh YM Ungku Salleh dan kumpulan Perubahan yang diketuai oleh Sdr Faizal Ross. Saya berada di pihak perubahan di mana sesuai dengan kehendak dan aspirasi saya yang mahukan perubahan di dalam gerakan pemuda di bahagian Serdang khususnya.
3. Kumpulan perubahan berkumpul di hadapan tempat letak kereta hotel seawal jam 7 pagi dengan memakai baju Melayu berwarna selain putih. Kami berarak sambil berselawat mengiringi calon2 yang akan bertanding iaitu Sdr Faizal dan Hj Kamal Fakhri selaku calon naib ketua Pemuda. Calon2 AJK termasuk saya juga berarak mengiringi Sdr Faizal
4. Persidangan bermula dengan ucapan oleh Ketua Pemuda Umno Serdang YM Ungku Salleh. Ucapan beliau menjawab kesemua perkara berbangkit sepanjang kempen termasuk beberapa pertuduhan peribadi terhadap beliau. Memang inilah antara kelebihan penyandang iaitu mempunyai ruang untuk berucap. Ucapan tersebut banyak memberikan kesan kepada perwakilan yang hadir terutama yang atas pagar.
5. Saya menjadi wakil calon untuk Naib Ketua kumpulan Perubahan. Keputusan tidak menyebelahi kumpulan saya apabila Sdr Faizal hanya tewas 2 undi kepada YM Ungku Salleh (penyandang). Kesemua barisan perubahan tewas termasuk AJK dan G2.
6. Post mortem menunjukkan kekalahan adalah disebabkan oleh beberapa faktor teknikal sepert pembahagian 'chai' AJK di samping faktor undi yang 'swing' saat akhir. Selain itu dikatakan juga faktor 'main 2 kolam' adalah faktor utama mengapa kumpulan ini tewas.
7. Walaupun menang tetapi mandat yang diperolehi oleh penyandang amat rendah di mana separuh dari kekuatan disebelah pihak Sdr Faizal. Saya bersama Faizal dan rakan2 think tank lain (11 orang kesemuanya) akan teruskan perjuangan demi memastikan agenda perubahan terus bergema di Bahagian Serdang.
8. Kekalahan diterima dengan rasional namun kekuatan dan mandat yang diterima dari perwakilan tidak akan dipersiakan. Dengan usia yang masih muda, Insya Allah saya bersama rakan2 tidak akan mensiakan perjuangan yang telah dimulakan ini.
9. Kepada yang menang, diharap tidak akan membiarkan dendam bersarang di dalam hati sebaliknya kembali rapatkan barisan dan beri ruang untuk kerjasama bersama2 kumpulan Faizal agar UMNO kembali utuh dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
1 ulasan:
SALAM,
menang kalah adat pertandingan,tetapi bagi saya dlm keadaan sekarang pemuda serdang harus bersatu,saya cadangkan ungku salleh perlu menarik saudara faizal(boboy)didalam ajk@exco pemuda bahagian serdang.ini kerna tidak dpt di nafikan saudara faizal mempunyai byk pengikut yg setia berbanding ungku salleh.(ini apa yg dpt saya lihat sendiri).dan dikalangan ajk pemuda bahagian yg bertanding semasa persidangan pemuda masih ada dikalangan group faizal menang.dari sudut itu dpt kita lihat pengaruh yg di miliki oleh saudara boboy.'pesanan utk ungku salleh:kemenangan 2 undi saudara adalah signal dari pemuda yg mahu kepimpinan baru'renungkan dan insafi'"BELUM SEMPURNA"
Catat Ulasan