Isnin, 9 Mac 2009
PPSMI DIPOLITIKKAN
1. Dalam posting saya beberapa bulan yang lepas saya telah menyentuh berkenaan isu ini yang saya kira telah timbul ataupun ditimbulkan kembali kini.
2. Saya merasa agak pelik juga kenapakah isu yang telah 6 tahun dilaksanakan ini baru kini ditentang hebat oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang bahasa iaitu GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI).
3. Isu ini sebenarnya telah dimulakan oleh rakan2 kita berbangsa Cina melalui Persatuan Cina Dong Zhong suatu ketika dahulu semasa awal-awal diperkenalkan kalau saya tidak silap tetapi lama kelamaan suara mereka menjadi tenggelam dan kini isu ini tiba-tiba menjadi panas kembali 'kebetulan' apabila hampir-hampir Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung kira-kira 2 minggu lagi.
4. saya kurang bersetuju kalau sekiranya isu ini diperjuangkan oleh pejuang bahasa Melayu sahaja kerana saya rasa tidak wajar bahasa Melayu akan lenyap akibat kita menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran hanya untuk 2 mata pelajaran sahaja.
5. Saya sebenarnya lebih melihat isu ini dari aspek keupayaan kita untuk melahirkan generasi yang memahami konsep sains dan matematik akan tersekat dek kerana bahasa ataupun orang putih kata bounded by language dan bukannya aspek bahasa Melayu kita akan terhakis.
6. Bahasa ibunda kita sebenarnya tidak akan terhakis sebabnya kalau kita lihat sekarang inipun buku2 rujukan ilmiah kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris dan kita tiada pilihan selain menggunakan rujukan2 tersebut terutama untuk yang di peringkat Universiti atau dah bekerja.
7. Adalah lebih baik sekiranya pejuang2 bahasa ini lebih menumpukan kepada aspek penterjemahan bahan2 ilmiah ini ke dalam bahasa Melayu untuk mengelakkan terhakisnya Bahasa Melayu daripada turun ke jalanana seolah2 perkara ini telah tiada jalan penyelesaian.
8. Ini kerana saya kurang bersetuju apabila bidang pendidikan dijadikan alat2 oleh pihak tertentu untuk membunuh karier politik sesiapa pun. Ini yang kita nampak dan ini yang diperhatikan. Ia juga terbukti dalam siri demontrasi baru2 ini yang telah di tumpang tui oleh Pas dan PKR.
9. Isu ini tidak wajar dipolitikkan sama sekali kerana ia melibatkan masa depan anak bangsa bukan saja Melayu tetapi Cina dan India juga. Kita perlu lebih risaukan kekurangan intelektual sains dan jurutera ataupun akautan daripada kekurangan penghayatan bahasa.
10. Saya bukanlah orang yang anti bahasa tetapi saya rasakan bahawa isu PPSMI yang diperjuangkan oleh GMP kini kalau diukur dengan matlamat sebenar agak tak seiring dan tiada kaitan langsung. Isunya adalah bukannya bahasa Melayu dihapuskan sama sekali atau tergugat tetapi soalnya hanya 2 mata pelajaran ini sahaja yang tidak melibatkan subjek sejarah, pendidikan seni, kemahiran hidup dan subjek lain yang masih menggunakan BM sebagai bahasa pengantar. Kalau ini berlaku saya akan bangkit bersama2 DBP dan sesiapa pun untuk menjaga bahasa ibunda saya.
11. Oleh itu marilah kita hayati kembali kenapakah kita menentang penggunaan BI dalam Sains dan Matematik iaitu untuk mengelakkan para pelajar terutama yang di luar bandar gagal memahami konsep sains dan matematik hanya sebab kelemahan penguasaan BI dan ini mengakibatkan kita akan kekurangan jurutera ataupun saintis malah akan membunuh harapan anak2 kita yang sepatutnya mampu pergi jauh tetapi hanya disebabkan bahasa mereka terpaksa melupakan hasrat dan cita2 mereka. Ini sebenarnya isu pokok yang perlu semua orang jelas saya rasa.
12. Saya berpandangan isu ini ditimbulkan kembali ketika ini mungkin untuk membunuh karier politik calon2 tertentu ataupun mungkin juga untuk memastikan kemenangan pilihanraya kecil parti2 tertentu. Kalau inilah tujuan tersirat GMP maka saya selaku rakyat Malaysia tidak berpangkat ini amatlah kesal dan saya merasakan pejuang2 bahasa ini wajar menumpukan kepada aspek penterjemahan dan pengkayaan kosa kata bahasa daripada membuang masa dengan menjatuhkan kredibiliti mereka di atas jalan raya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Diorang tu pencinta bahasa dan wang ringgit....maklumlah dah dekat pemilihan....bukan nak perjuang bangsa pun....podah....chit...
Saudara anynomous,
saya nampak keikhlasan mereka dlam memperjuangkan isu ini tetapi matlamat mereka hanyalah untuk menaikkan nama individu tertentu dan memastikan karier politik orang2 tertentu terkubur......saya cukup pasti dengan perkara ini....terima kasih kerana berikan komen berani...
jalilmm
aku pon tak paham apsal diaorang menentang benda nie..padahal its for our future..zaman kegemilangan arab dulu pon..org eropah berlumba2 belajar bahasa arab sbb ilmu arab zaman tu mmg superb..nowday, org arab pon dah lupa diri, org eropah ambik alih...moralnya...zamam skrng semua bahasa sains ilmu dlm b.inggeris..so nak tak nak kita terpaksa belajar utk maju..
umno parti rasuah,,,,,,,,,,, haram jadah umno.............
saya nampak keikhlasan mereka dlam memperjuangkan isu ini tetapi matlamat mereka hanyalah untuk menaikkan nama individu tertentu dan memastikan karier politik orang2 tertentu terkubur......saya cukup pasti dengan perkara ini....terima kasih kerana berikan komen berani..
nak naik kan individu pungkok hang
Thanks Apai for your comment...
Bahasa x sepatutnya jadi isu tetapi konsep sains yang sepatutnya di perhalusi. Satu kajian menyeluruh terhadap kaedah pengajaran untuk kedua dua subjek ni patut diberikan perhatian dan bukannya Bahasa. Bangsa akan dihormati kalau kita menguasai ilmu dengan baik. Kalau bangsa tak berilmu, ia takkan dihormati.
Jalilmm
To anonymous 2,
UMNO juga byk berjasa kpd kita saya rasa. Tak semua yang rasuah wp saya akui gejala tersebut dah jadi budaya kini...tq for the comment anyway...
bahasa melayu mengambil masa yang agak lama berdiri menjadi kukuh. Dunia luar sibuk mempelajari bahasa melayu, sibuk mengenal identiti masyarakat Melayu. Bagi mereka, bahasa kita merupakan bahasa Melayu yang unik. tidak hairanlah, bahasa melayu menjadi bahasa perbualan sewaktu kota Melaka menjadi tempat persinggahan saudagar luar. isu bahasa melayu tidak seharusnya dipolitikkan. tanpa PPSMi, masyarakat dahulu boleh bergelar saintis dan mempunyai keintelektualan yang tinggi. jadi, mengapa sekarang perlu di"inggeriskan". masyarakat dahulu sanggup menggadai generasi dan bahasa mereka semata-mata ingin menjadikan bahasa melayu dipandang tinggi oleh masyarakat pada hari ini.Jadi, mengapa perlu kita gadaikan usaha generasi lalu yang sanggup menggadai bahasa mereka sendiri. seeloknya, bahasa Inggeris itu yang perlu diketengahkan serta di ambil tindakan agar para pelajar akan dapat membaca bahan bacaan dari pebagai sumber..itu jalan yang terbaik bagi saya..secara jujurnya, kembalikan martabat bahasa melayu. jangan kita gadaikan perkara yang kita ada.jangan nanti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Sekirannya pernyataan saya salah, harap diperbaiki.
Catat Ulasan