Ahad, 29 Mac 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: UMNO DAN ERA TRANSFORMASI

1. Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menghadiri perhimpunan Agung UMNO setiap tahun walaupun cuma seketika disebabkan terikat dengan komitmen kerja. Bukan sebagai perwakilan tetapi hanya untuk memerhati dan menghayati suasana perhimpunan terbesar bangsa Melayu di PWTC.

2. Biar apa sekalipun persepsi orang lain terhadap UMNO termasuk rakan2 saya disekeliling yang saya temui hampir 90% benci kepada UMNO, namun saya tetap merasakan pembangkang masih belum cukup haul untuk mengambilalih pentadbiran negara. Dalam ertikata lain masih belum cukup meyakinkan saya untuk memerintah negara.




3. Walaupun terlalu banyak kelemahan di dalam UMNO yang semestinya memerlukan satu 'over haul', namun saya yakin pada satu titik rakyat akan kembali ke dakapan UMNO. Dengan syarat UMNO harus transform dan bersedia untuk berubah.

4. Perhimpunan dan Pemilihan UMNO yang baru berlangsung beberapa hari lalu menyaksikan parti terkuat di dunia itu telah memulakan langkah ke arah perubahan. Semua sayap telah memberi isyarat yang cukup jelas kepada kepimpinan tertinggi dan rakyat bahawa arus perubahan telah bermula di dalam UMNO.



5. Semua bentuk perubahan yang ingin dilakukan (dalam konteks pemerintahan dan politik) memerlukan beberapa syarat dan antara syarat yang paling utama adalah pemimpin mesti orang yang baru. Orang baru biasanya mempunyai idea baru yang lebih segar.

6. Di semua peringkat kepimpinan UMNO samada Pergerakan Pemuda, Puteri, Wanita mahupun MT hatta orang nombor 1 dan 2 UMNO juga menyaksikan satu transformasi generasi lama kepada generasi baru telah berlaku. Ini bermakna rakyat bukan saja ahli UMNO dambakan satu perubahan besar-besaran dari segenap segi untuk membawa parti dan negara ke era yang lebih baik.

7. Tun Dr Mahathir juga kembali bersama UMNO walaupun masih belum secara rasmi berbuat demikian. Saya berpandangan Dato' Seri Najib selaku generasi baru berupaya menjadi penyatu antara mereka. Harapnya semoga Dato' Seri najib dapat memberikan tempat yang baik kepada Tun dan Pak Lah agar sama2 dapat membantu menguatkan kembali UMNO.

8. Harapan saya agar UMNO kembali menjadi pembela bangsa Melayu dan semoga politik wang dapat dihapuskan sama sekali. Hidup Melayu! Hidup UMNO!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ABAD KE 21 NI JIKA RAKYAT MASIH TAKSUB AKAN UMNO(BE-END) MAKA AKAN ROSAKLAH NEGARA INI...ISLAM AKAN MENJADI SEMAKIN SEPI.........


ULAMAK HANYA AKAN BERKATA " YES BOSS" UNTUK RAKYAT PULA ULAMAK AKAN BERKATA KAMI NI CARI MAKAN(MAKAN GAJI) MCM MANA NAK TEGUR PEMIMPIN UMNO.......JADI TERPAKSALAH HUKUM MENGHALALKAN CARA..

Tanpa Nama berkata...

" Penyudah yang menarik. Itu sahaja apa yang mampu diungkapkan mengenai labuhan tirai perhimpunan agung Umno. Kalau perhimpunan itu adalah orang nak mati, mungkin dia mati macam P Ramlee mati dalam Ali Baba Dan 40 Penyamun. “Mati beriman daaa…”, katanya.

Dimana menariknya?

Najib janji nak ubah Umno, Muhyidin janji akan setia dengan Najib dan paling menarik, Dr M janji nak masuk Umno balik. Hasmah tak janji sebab rasanya dia tidak keluar. Sangat mudah untuk menunaikan janji masing-masing. Cuma ubah, setia dan masuk. Memang menarik.

Namun penyudah yang menarik itu bukan segala-galanya. Penyudah itu hanya di bangunan Umno sahaja dan sesama orang Umno pula. Apa yang indah di bangunan itu belum tentu akan indah juga di luarnya. Hakikatnya, Umno perlu berhadapan dengan orang Umno dan bukan Umno di dunia sebenar, di luar bangunan Umno.

Tentu suasana di luar dewan tak sama dengan penyudah di dalam dewan.

Boleh dikatakan (?) semua yang ada di PWTC adalah mereka yang setia dengan Umno. Mereka adalah perwakilan, pemerhati dan peminat Umno. Katakan 10,000 orang. Di luar bangunan PWTC pula ada lebih 2 juta orang Umno yang belum tentu setia dengan Umno seperti seperti kesetiaan 10,000 tadi.

Di luar bangunan PWTC juga ada hampir 30 juta rakyat Malaysia yang mencebik mulut kepada Umno. Mereka yang mengeboo Khairi di dalam dewan hanya beberapa ratus orang sahaja. Itu yang Khairi dengar. Namun yang mengeboo Khairi di luar dewan adalah jutaan orang dan Khairi tidak mendengarnya.

Justeru adakah Umno mampu mempamerkan ‘penyudah’ yang menarik di luar bangunan PWTC seperti di dalamnya.

Saya percaya Najib syok sebab jadi Pres Umno. Muhyidin pun syok juga sebab jadi Tim Pres. Shahrizat, Khairi dan Rosnah pun syok juga. Isteri atau suami masing-masing juga syok. Tapi belum tentu semua ahli Umno syok macam mereka syok. Pastinya jutaan rakyat tak teringin pun nak rasa syok macam mereka syok.

Mereka syok di bangunan itu, tetapi belum tentu mereka akan rasa syok yang sama bila melangkah ke luar bangunan. Pemimpin Umno jangan sangka semua rakyat Malaysia syok macam mereka syok.

Biarkan mereka syok. Syok sebegitu namanya syok sendiri.

Umno jangan lupa rakyat Malaysia juga akan syok. Bahkan syok mereka melebihi syok pemimpin Umno di bangunan PWTC. Bila?

Rakyat Malaysia sangat syok kalau Umno kalah di Bukit Gantang.

Rakyat Malaysia sangat syok kalau MIC kalah di Bukit Selambau.

Rakyat Malaysia sangat syok kalau BN kalah di Batang Ai.

Akhirnya, rakyat Malaysia sangat, sangat, sangat syok kalau Umno terus syok sendiri.

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR, March 26 – While both the top leaders of Umno seem ready to institute reforms in the party, the reality is that the party grassroots might prove to be the biggest stumbling block to meaningful change.

Delegates at today’s debate on outgoing party president Datuk Seri Abdullah Badawi’s speech offered a different interpretation of reform, promoting the idea of strengthening the party by making it fully in control of the government.

“Those days, an application for a taxi permit would require the endorsement of an Umno branch or division chief. If the branches and divisions are strong, then Umno will be strong again,” said Bukit Mertajam party chief Datuk Musa Sheikh Fadzir.

He also said the party made a mistake in trying to curtail money politics as it showed that Umno leaders are not grateful to the members who have sacrificed for the party.

“Without money, how can the delegates come to Kuala Lumpur to attend the assembly? Please look at the place they are staying, some of them are sharing a room with seven or eight people,” said Musa.



ko bela la umno ko ni

JALILMM berkata...

To all anonymous,

Terima kasih atas kesudian melapangkan masa melawat blog saya.

Saya hormati pandangan saudara/i berkenaan isu ini. Ada yang betul dan ada yang saya tidak dapat bersetuju dengannya. Apa2 pun semoga demokrasi terus subur di Malaysia....
Ramalan saya PR Kecil: BN 2- Pakatan-1...YB Nizar akan menang tp yang lain akan tewas. Sekadar ramalan...any comment on this?

Jalilmm

Tanpa Nama berkata...

Apa yang rakyat dahagakan sekarang adalah perubahan/transformasi kepada satu kehidupan yang lebih baik dan terjamin, dari itu memerlukan satu pemerintah yang berwawasan tak kisah la samada dia kerajaan sekarang atau parti pembangkang. Apa yang perlu ialah kita buang jauh2 sifat taksub pada pemahaman sesebuah parti politik, dan lebih menumpukan pada usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan pendidikan bangsa kita.

Tidak ada guna kita saling tuding- menuding jari disebabkan perbezaan fahaman politik, yang untungnya ahli politik dan ahli koprat tapi rakyat yang menanggung beban dan sengsara....

Kesimpulannya senang je.... keadilan dan kesamarataan.... Harta kekayaan negara bahagi la sama rata.... jangan si polan dapat banyak ni, si anu dapat ciput je, di bandar dapat banyak yang di kampung tak merasa.... Yang kaya makin kaya, yang miskin makin merana... tak dapat duit bilion2 pun sekurang-kurangnya bagi la seberapa....

Alasan tidak dapat memuaskan hati semua orang bagi saya sudah lapuk.... kalau di rancang dengan teliti dan telus bukan saja memuaskan hati semua, malah lebih dari itu rasanya....

Kita ni bukannya sempurna... tapi sekurang2nya cuba la berusaha.... kalau pandangan rakyat pun tak di hirau, baik tak payah jadi ketua..... Fikir2 kan la.....