Ahad, 12 April 2009

KABINET BARU: KENAPA KETEPIKAN KJ?


Saya bukanlah peminat setia Sdr YB Khairy Jamaluddin (KJ), Ketua Pemuda UMNO Malaysia yg baru kerana saya adalah pendokong setia kumpulan Mukhriz Mahathir suatu ketika dahulu. Malah saya terlibat mencadangkan Mukhriz untuk bahagian saya walaupun bila pengundian secara angkat tangan dibuat, Mukhriz tewas kepada Dr Khir Toyo untuk Bahagian Serdang.

Walaupun umum mengetahui bahawa KJ dikatakan terlibat dalam politik wang sebelum pemilihan dahulu, namun semua ahli UMNO akur bahawa politik wang dalam pemilihan UMNO bukanlah perkara baru malah boleh dikatakan hampir kebanyakan calon yang bertanding terpaksa mengamalkan perkara ini atas sebab2 'demand' daripada para perwakilan. Bak kata Dato' Seri Najib dalam ucapannya 'beri salah, tak beri kalah'. Bukan bermakna saya menghalalkan politik wang dalam hal ini, tetapi sistem pemilihan UMNO itu sendiri yang menjurus ke arah pengamalan politik wang. Akibatnya ia menjadi satu budaya dalam UMNO.

Dalam hal ini saya merasakan KJ dan rakan2nya yang lain yang dikatakan mengamalkan poitik wang telah dimangsakan dan dihukum walaupun pelbagai spekulasi dibuat, namun beliau tetap dibenarkan bertanding. Alasannya adalah agen KJ tidak begitu kuat untuk dikaitkan dengan beliau. Entahla sebab kita pun tidak tahu tentang hal ini kerana sesiapa sahaja boleh mengaku yang dia menjadi agen kepada polan dan si polan sebab ini kan politik ala UMNO. Cantas mencantas adalah pelajaran politik yang terdapat dalam silibus pelajaran politik ala UMNO yang pada saya cukup memualkan terutama bagi golongan muda UMNO seperti saya.

Satu Malaysia tahu atau di setkan perspektif mereka terhadap KJ namun tiada satupun bukti yang dikemukakan untuk mengaitkan beliau dengan tuduhan2 tersebut. Saya tidak begitu pasti adakah apa yang dituliskan oleh si Raja Petra adalah benar atau tidak memandangkan tulisan2 dan personaliti beliau sendiripun membuatkan saya tidak begitu pasti status kebenarannya. Sukar untuk kita mempercayai tulisan2 orang yang selalu bermain2 dengan agama terutama tulisan RPK berkenaan agama yang menimbulkan kontroversi suatu ketika dahulu. Pada saya persepsi dan pembunuhan karakter di dalam politik adalah perkara biasa dan termasuk dalam silibus politik juga. Mungkin saudara yang lebih lama aktif dalam politik lebih arif tentang hal ini. Jadi pada saya adalah tidak adil menghukum KJ hanya berdasarkan pandangan masyarakat terhadapnya. Seseorang itu tidak boleh dihukum selagi tidak dibuktikan kesalahan mereka.

Rakyat Malaysia terutama orang2 Melayu samada di dalam ataupun di luar UMNO saya begitu pasti tercari2 ikon muda yang boleh membawa negara ke arah yang lebih baik suatu hari nanti. Untuk memimpin pada abad ini, kepintaran adalah satu kemestian. UMNO mahupun komponen BN yang lain wajar menukar 'order' politik dan cara pendekatan perlukan perubahan 360 darjah. Pada saya ini tidak akan dapat dilakukan oleh pimpinan lama sebaliknya perlukan orang baru dengan barisan idea yang lebih segar. Cara kempen ala memperbodoh2kan rakyat seperti yang dilakukan oleh BN dalam pilihanraya kecil baru2 ini sudah tidak relevan lagi.

Kehadiran KJ seolah2 ditenggelamkan oleh media arus perdana baru2 ini jelas berniat untuk memalukan pemimpin muda yang sebaya dengan saya ini. Tambahan pula apabila PM kita yang baru tidak menyenaraikan KJ di dalam kabinet dengan alasan beliau diminta untuk menumpukan perhatian kepada pemuda semata2 dan bagi memperkuatkan barisan muda. Memang orang bodoh pun tahu bahawa alasan ini adalah alasan berlapik ala Melayu walhal Ketua Pemuda yang memenangi pemilihan UMNO ini sememangnya amat malu dengan tindakan ini walaupun tidak dizahirkan secara lahiriah. Timbalan beliau seperti Dato Razali dan Dato Mukhriz (idola saya) dipilih untuk menyertai kabinet.

Pada saya kita perlu akur kepada pemilihan baru2 ini. KJ telah memenangi pemilihan tersebut dan suka atau tidak beliau akan memimpin gerakan Pemuda selepas ini dan sebaiknya diberikan peranan aktif dalam kabinet. Tumpuan untuk memperkuatkan parti tidak seharusnya diletakkan di bahu KJj sahaja sebaliknya tanggungjawab semua untuk memastikan UMNO kembali kuat. Pemuda bukan hanya pemuda UMNO sahaja sebaliknya sayap lain juga wajar berperanan aktif untuk kembalikan sokongan rakyat. Kalau alasan yang diberikan oleh PM diambil kira seolah2 menunjukkan hanya pemuda saja yang lemah dan menidakkan kebolehan anak muda seperti KJ dan lain2 yang berusia 30an yang telah bersiap sedia ini untuk mengambilalih pentadbiran parti dan negara suatu hari nanti.

UMNO perlu transform untuk menarik kembali sokongan rakyat. Pada saya ramai di kalangan anggota kabinet yang wajar diberikan pertimbangan semula untuk dipilih. Tanggungjawab penerangan contohnya seharusnya diberikan kepada orang baru dan lebih muda yang lebih energetik untuk memastikan penyampaian maklumat bukan hanya melalui akhbar, TV sahaja sebaliknya melalui blog2 dan internet juga di perkemaskan. TV1 contohnya pada saya sudah terlalu tua untuk menarik golongan muda seperti saya menonton. Lihat saja iklannyapun sudah agak ketinggalan ditambah pula dengan pembaca berita yang telah 30 tahun membaca berita dengan nada sama yang agak membosankan dan berstaus quo kata orang. Ini semua perlu dirubah dengan gaya baru yang lebih segar.

Kesimpulan yang dapat saya berikan adalah PM baru kita wajar menimbangkan semula kabinet yang telah diusun di masa hadapan (mungkin) agar lebih remaja dan dinamik. Barisan idea2 baru wajar dipersembahkan kepada rakyat dalam bentuk yang lebih ringkas dan muda agar dapat dicerna oleh golongan muda dan seterusnya dapat kembalikan sokongan golongan muda kepada UMNO atau BN. Pemilihan Ketua Pemuda UMNO ke dalam kabinet juga wajar memandangkan keadaan sokongan orang muda terhadap UMNO kini dilihat begitu suam. Kita tidak tahu kekuatan sebenar KJ terhadap UMNO sebab kita masih belum memberikan peluang sebaiknya kepada beliau. Saya optimis beliau mampu melakukannya kerana rakyat yang sebaya dengan KJ berasa amat dekat dengan beliau.

4 ulasan:

Unknown berkata...

waaa..ulasan yg panjang lebar..good point..tapi aku jgk rasa sangsi..menang pemilihan tapi takde jawatan...walaupon aku tak berapa minat sgt degn senario politik m'sia (bukan tak minat..honestly aku letih lar dok pikiaq pasal perangai pemimpin kita..sampi aku muak....)..

Aku ader baca dlm blog mana ntah pasal KJ nie...masa dia study kat oxford dulu (kalau x silap aku lar..) kepala otak mamat nie mmg superb..kira macam dia got'brainchild' lar..mcm pemikiran ala2 mahathir...

Tapi tu lar...politic is politic..kita tak tahu atau jangka apa yg bakal berlaku esok..yg pasti aklu doakan semoga bumi malaysia terus subur, aman makmur di mana aku bebas makan nasi kandaq tanpa sebarang halangan...hehheheh

Tanpa Nama berkata...

JAKIM, MUFTI SERTA NGO LAIN BUKAN TUNGGUL ATAU PERABOT

Tanpa merujuk kepada JAKIM, Majlis Fatwa atau Mufti, kabinet yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi telah mebuat keputusan berdasarkan "hujah otak".

Penentuan Status Agama Anak Perlu Lihat Hukum Syarak Dan Perundangan - Jakim


Penentuan status agama anak apabila apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam perlu dilihat kepada hukum syarak dan perundangan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (foto atas kiri) berkata menurut Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.

"Berdasarkan peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12 (4) ini adalah 'parent or guardian', bukannya 'parents or guardian' yang mana ia bermaksud 'ibu atau bapa atau penjaga'," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohamad berkata, Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pula memperuntuk bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh masuk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya.

"Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

"Ini adalah kerana berdasarkan Perkara 12 (4) itu, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya, oleh itu dalam kes ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju," katanya.

Wan Mohamad berkata, dari segi hukum syarak pula, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam, kerana jika orang itu bukan beragama Islam dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.

Katanya, hak seorang muallaf di sisi undang-undang juga perlu dipertahankan, dan seseorang yang memeluk Islam itu tidak sewajarnya dianggap ingin melarikan diri dari tanggungjawab.

Semalam, Kabinet memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya -- Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 -- kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.

Merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak itu, Wan Mohamad berkata semua pihak perlu bersabar dan menghormati keputusan kes itu memandangkan perbicaraan masih belum selesai.

Semua pihak juga seharusnya mematuhi peruntukan undang-undang Islam dan Perlembagaan Persekutuan khususnya kerana ia merupakan undang-undang utama Persekutuan, katanye

JALILMM berkata...

Salam Anynomous,

Saya sangat tidak bersetuju dengan keputusan kabinet terhadap isu agama anak yang telah diputuskan. Pada saya UMNO telah melebarkan kubur mereka sendiri dengan isu2 seperti ini.

Saya setuju dengan saudara. Kita tidak boleh dan tak akan kompromi kalau melibatkan agama. Inilah antara kelemahan2 kerajaan yang wajar ditegur dan dibantah.

Sebaiknya parti lain berasaskan melayu atau Islam bangkit bersatu untuk isu ini.

Agama tidak boleh sekali2 dipermainkan tidak kira walau siapa pun kita.

Terima kasih atas komen saudara.

Tanpa Nama berkata...

Jalil, masa kat UM, KJ ade datang jumpa ko ape cite? Masa nok pilihanraya kampus.