Selasa, 22 Disember 2009

Antara Mahathir, Melayu dan BTN

1. Sewaktu berusia 5 tahun, sekitar tahun 1982, saya pernah mengikut bapa saya menyaksikan ucapan atau rapat umum oleh PM Malaysia yang baru ketika itu di pekan kelahiran saya iaitu di Guar Chempedak. Saya masih ingat lagi ketika itu bapa saya mendokong saya dan meletakkan di atas tengkoknya sebab saya ingin tahu siapa yang berucap dengan gaya bersahaja tetapi penuh bersemangat ketika itu.

2. Walaupun tidak begitu memahami apakah intipati ucapan beliau,tetapi apa yang cukup pasti, nama Dr Mahathir (panggilan pada ketika itu) sangat sinonim dengan masyarakat tempat kelahiran saya dan mereka turut berbangga kerana buat kali keduanya orang Kedah menjadi Perdana Menteri. Tambahan pula seorang yang sering dilabelkan Ultra Malay pada ketika itu diangkat menerajui kepimpinan negara. Sungguh menakjubkan!

3. Walaupun pada awal perjuangannya beliau seringkali dilabelkan sebagai ultra Melayu, namun keupayaan Dr Mahathir menyatukan pelbagai kaum di negara ini dan membahagikan hak serta keadilan yang sama rata sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri memang tidak dapat dinafikan lagi.

4. Seluruh negara tidak dapat menafikan bahawa selain memacu kerancakan ekonomi negara serta pesona kepimpinan beliau hingga ke hari ini dikatakan antara yang terbaik yang pernah dilahirkan oleh negara kita memang tidak dapat dinafikan kawan mahupun lawan. Label Ultra Melayu tersebut ternyata tidak dibawanya ketika menerajui kerajaan dan Barisan Nasional. Semua kaum berpuas hati walaupun tidak 100% tetapi sekurang-kurangnya selama 22 tahun kita jarang mendengar isu-isu perkauman ditimbulkan apatah lagi dibahaskan secara terbuka seperti hari ini.

5. Saya bukanlah seorang fanatik kepada Tun Dr Mahathir tetapi saya mendokong prinsip kebenaran dalam perjuangan yang cukup sinonim dengan beliau. Saya rasa satu ketidakadilan berlaku apabila Datuk Seri Nazri Aziz melabelkan Tun Dr Mahathir sebagai bapa rasis negara. Label tersebut agak keterlaluan dan melukakan hati bukan sahaja Tun malah seluruh orang Melayu. Hal ini kerana kenapakah apabila orang Melayu bercakap tentang Melayu dituduh rasis sedangkan jika kaum bukan Melayu bercakap tentang bangsa masing-masing akan dikatakan mempertahan atau membela hak mereka?

6. Baru-baru ini sekali lagi sistem negara diserang selepas institusi kehakiman, SPRM, polis mahupun SPR sebelum ini. Serangan kali ini disasarkan kepada Biro Tatanegara.

7. Sebagai seorang bekas peserta kem Biro Tatanegara (BTN), saya berpandangan BTN telah menjalankan fungsi kenegaraan dengan begitu baik dan berkesan. Memang terdapat unsur-unsur kemelayuan diserapkan ke dalam diri peserta (mengikut tahap atau kelompok), namun ianya adalah perlu sebab Melayu adalah kaum asal negara ini. Untuk mencintai negara, kita perlu mencintai dan mengenali bangsa terlebih dahulu. Jadi, penerapan jati diri Melayu ke dalam diri peserta pada hanyalah salah satu proses di dalam modul BTN dan tiada apa yang salah tentangnya. Kenapa perlu dipersoalkan?

8. Kejayaan bangsa-bangsa yang besar di dunia seperti bangsa Jepun, Korea, Jerman mahupun Yahudi sekalipun adalah disebabkan mereka mempunyai jatidiri yang kuat terhadap bangsa mereka sendiri. Perasaan bangga dengan bangsa sendiri (dengan syarat tidak menindas bangsa lain) adalah perlu jika kita mahu melahirkan satu negara yang berjaya dan disegani. Jadi, BTN telah mencorakkan modul ke arah itu. Kenapa kita masih menentang? Namun sekiranya modul BTN ada menyelitkan unsur-unsur memburukkan pemimpin tertentu, maka saya agak kurang bersetuju. Sekiranya ini berlaku maka besar kemungkinan modul asal BTN telah diubahsuai!

8. Saya tidak berniat untuk menyinggung rakan2 dari bangsa lain dalam tulisan saya kali ini. Kerana saya percaya, kegagalan bangsa saya dalam persaingan ekonomi mahupun bidang lain bukanlah disebabkan oleh dihalang oleh bangsa lain tetapi disebabkan oleh sikap bangsa saya sendiri.

9. Bangsa Melayu pada hari ini cukup sinonim dengan semangat dan modul BTN. Memang tidak dapat dinafikan adalah perlu sesuatu bangsa itu mempunyai semangat dan keyakinan terhadap bangsanya terlebih dahulu sebelum kecintaan terhadap sesebuah negara itu timbul. Hanya dengan mempunyai semangat bangsa yang tinggi sahajalah maka barulah timbul perasaan untuk mempertahankan negara. Mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat tidak bersetuju dengan saya, tepuk dada tanya selera...

Rabu, 18 November 2009

Sokongan Kepada Dr Asri

Saya terpanggil untuk menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Asri, mantan mufti muda Perlis yang akan dibicarakan di Gombak, esok.

Waima apa sekalipun tanggapan massa, idealisme yang dibawakan oleh beliau amat mempesonakan saya di mana beliau telah berjaya mengumpulkan lingkaran pengaruhnya tersendiri di negara kita terutama dalam aspek agama.

Secara peribadi, saya amat berminat dengan corak Islam Progressif yang cuba dibawakan oleh beliau di mana beliau amat praktikal dalam idea dan pendekatan. Selain teguran2 neutral beliau yang tidak berpihak kepada mana2 aliran politik jelas menggambarkan aspirasi suara orang muda kini.

Saya merasakan bahawa setiap denyut nadi perjuangan beliau wajar diiktiraf sebagai aliran baru pemikiran golongan muda di negara ini walaupun agak janggal dan lari dari kebiasaan amalan kita.

Buat Dr Asri, semoga tuan berjaya dalam perjuangan ini dan kami senantiasa mendoakan semoga kebenaran lakukan fungsinya dengan berkesan esok. Hidupkan api perjuangan dan jangan patah semangat mahupun berundur kerana langkah perjuangan ini tidak pernah sekali-kali mengenal erti undur. Samada terus mara atau mati sebagai syahid!

Sabtu, 14 November 2009

Bolehkah PAS Mewakili Melayu Islam di Malaysia?

1) Selepas PRU yang lepas, PAS diibaratkan seperti anak dara sunti yang menjadi rebutan pelbagai pihak. Lagak jual mahal PAS yang kadangkala menjengkelkan khalayak dan massa telah memakan diri apabila dikatakan sudah kurang mendapat sokongan golongan muda yang mulai bosan dengan sikap segelintir pemimpin kanannya yang berlagak 'diva' (meminjam ayat yang acapkali digunakan oleh golongan artis). Benarkah kenyataan ini?

2) Rata-rata golongan muda yang saya temui baik yang menyokong UMNO mahupun yang atas pagar malah yang menyokong PAS menyatakan PAS semakin hilang arah dan kalut sejak akhir-akhir ini apabila wujudnya 2 aliran pemikiran yang kian terpisah iaitu aliran Pro Pakatan Rakyat atau Erdogan yang didokongi oleh Datuk Hussam Musa dan didalangi oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan aliran Pro Muzakarah yang didokongi oleh Dato Seri Hadi Awang dan ulamak untuk bersama UMNO. Hal ini ditambah pula dengan krisis pendirian antara 2 nakhoda besarnya iaitu Datuk Nik Aziz dan Dato' Seri Hadi Awang sendiri menjadi klimaks kepada krisis tersebut.

3) Kita tidak jelas arah tuju PAS sebenarnya ditambah dengan sikap ekstrimis sesetengah penyokongnya yang dikatakan menanamkan sentimen BN atau kerajaan semua salah dan tidak betul walaupun kadangkala boleh dipersoalkan oleh kita dan menyatakan apa yang dilakukan oleh mereka sahaja yang betul. Sekiranya menang dan seterusnya membentuk kerajaan bersama DAP yang memang diketahui bersahabat rapat dengan PKR, bagaimana mungkin PAS dapat melaksanakan agenda Islamnya? Adakah DAP akan bersetuju dengan cadangan ini?

4) Ini adalah antara faktor yang dilihat mengapa sebahagian besar ulamak di dalam PAS melihat UMNO sebagai kawan terbaik untuk bekerjasama dalam konteks politik. Ulamak2 tersebut melihat PAS tidak akan mempunyai masalah besar untuk melaksanakan agenda Islamnya bersama orang Islam di dalam UMNO berbanding mengharapkan Lim Kit Siang mahupun Karpal Singh untuk bersetuju dengan agenda Islam? Tetapi malangnya pemikiran PAS tetap seperti PAS 50 tahun dahulu. Jumud dan tidak memiliki pemikiran kenegaraan. Senantiasa meletakkan ego dan emosi dalam membuat keputusan. Sikap sebegini amat merbahaya bagi seseorang pemimpin apatah lagi untuk memimpin negara.

4) Setelah terpaksa mengadakan Muktamar Khas beberapa hari lepas, PAS diibaratkan sedang tenat kini dan pengaruh kuasa mereka di dalam Pakatan Rakyat juga semakin terhakis. Hal ini kerana boss besar PKR (Dato Seri Anwar Ibrahim) sudah mula tawar hati dengan sikap PAS yang bermuka2 dan hanya mementingkan diri. Ini dibuktikan dengan beberapa siri kerjasama yang dilakukan terutama di peringkat akar umbi mula goyah. Malah sudah ada bunyi2 di dalam PAS yang menyatakan PKR sebenarnya adalah UMNO yang dijelmakan dalam bentuk lain. Ada yang menyatakan penubuhan PKR adalah untuk menyekat bekas pimpinan UMNO untuk menyeberangi ke parti PAS? Entahlah....mungkin teori ini ada kebenarannya.

5) Selain itu, bloggers2 yang mewakili pembangkang mula menunjukkan 'muka' sebenar mereka iaitu dengan menanamkan benih kebencian, maki hamun dan bersikap prejudis terhadap musuh politik mereka. Trend pembunuhan karakter yang berterusan ini sudah menular dan menjadi dominan dalam pembangkang dan hal ini telah sampai ke tahap tepu (saturated level) yang memualkan malah ada yang melihat ia sudah menjadi satu budaya (trade mark) Pakatan Rakyat. Negara tidak boleh ditadbir oleh golongan negatif seperti ini dan masa depan negara tidak boleh diletakkan di tangan mereka2 yang lebih banyak menumpukan masa kepada komen berbanding dengan berfikir dan bermuzakarah dan bertindak ke arah pembangunan negara.

6) Pembangkang kini dilihat lebih banyak mengutarakan hujah2 kosong yang diulang2 dan golongan muda memandang golongan ini sebagai mereka yang kekeringan idea dan membawa idea yang tidak segar dalam bidang yang sepatutnya mereka sendiri arif mengenainya. Cuma dilihat hujah Dato' Seri Anwar dalam pembentangan bajet baru2 ini dilihat agak akademik dan intelek (tidak bermakna saya menyokong beliau). Hujah selain dari itu agak kaku dan tidak relevan dengan keperluan semasa.

7) Pemuda PAS pula dilihat hanya mementingkan golongan tertentu sahaja berbanding mewakili aspirasi golongan muda secara majoritinya. Jika kita melihat kualiti dan karisma yang ada pada kedua2 pimpinan ini iaitu Sdr KJ dan Sdr Nasharuddin agak jauh berbeza. Nasharuddin banyak berbicara pada topik paling asas dan menyentuk akhlak sahaja(seperti dibuktikan dalam PRK Permatang Pasir) berbanding KJ yang sudah mampu untuk berbicara aspek ekonomi dengan begitu baik. Jadi golongan muda kini yang lebih terbuka sudah mula membuat penilaian mereka dan sudah mula mencongak2 siapakah pilihan mereka di dalam PRU nanti.

8) Jadi, secara peribadi saya melihat PAS berpotensi untuk menjadi wadah Melayu sekiranya mampu untuk merubah dan lebih terbuka. Selain itu PAS wajar lebih terbuka dalam menerima kritikan bukan hanya ahli tetapi masyarakat luar kerana pada masa kini, kepimpinan baru UMNO dilihat lebih terbuka dan lebih peka terhadap suara rakyat. Sekiranya PAS ingin mengambil alih negara, saya berpendapat sekarang bukanlah masa yang sesuai kerana arah sokongan telah mula balik kepada UMNO kini.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Hilangnya Kemanusiaan Kita

1. Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan satu berita yang sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di rogol, diliwat dan dibunuh dengan tidak berperi kemanusiaan oleh kekasih hati ibu beliau yang merupakan warga Sudan. Lebih menyedihkan apabila si ibu tadi turut bersubahat dengan menafikan kekasih hatinya membunuh malah menuduh pembantu rumah melakukan angkara tersebut. Mungkinkah pembantu rumahnya lelaki? Entahlah...

2) Selepas peristiwa tersebut, jika kita menonton di kaca televisyen, boleh dikatakan saban hari berlakunya tragedi rompak dan bunuh. Yang lebih menakutkan kita ialah kebanyakan kejadian bunuh tersebut berlaku di dalam bilik tidur atau rumah si mangsa. Ada di antaranya yang ditekup dengan bantal, ada yang ditembak di dalam rumah sendiri malah ada yang disembelih di dalam rumah di hadapan anak dan isteri!. Persoalannya, mengapakah tempat yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat itu kini sudah tidak lagi selamat?

3) Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Benarkah faktor ekonomi yang tidak stabil pada waktu ini menjadi antara faktor pemangkin kejadian jenayah?

4) Benarkah pihak polis Malaysia tidak begitu serius dalam hal memerangi jenayah? Ada beberapa pendapat nakal mengatakan polis hanya sibuk dengan urusan politik kini. Mereka hanya bertindak cepat apabila kesnya berprofil tinggi ataupun ada kaitan dengan politik.

5) Kementerian Dalam Negeri dilihat antara pihak berwajib dalam melaksanakan polisi negara wajar memberikan satu perhatian serius dalam hal ini. Kita tidak harus lupa kekalahan di dalam PRU yang lepas salah satu sebabnya ialah sebahagian yang mengundi Pakatan merasakan Malaysia tidak lagi selamat didiami.

6) Saya merasakan beberapa cadangan berikut perlu dipertimbangkan demi kebaikan bersama. Pertamanya ialah jumlah anggota polis perlu ditambah. Penambahan kuota terutama untuk kaum berbangsa Cina wajar ditingkatkan. Kalau kita lihat pada hari ini, penglibatan kaum Cina dan India amat kurang. Mungkin disebabkan oleh faktor gaji yang kecil. Tetapi saya merasakan wajar pihak kerajaan mengkaji kembali sekali lagi skema tangga gaji minimum untuk anggota polis pada semua pangkat. Saya merasakan perkara ini adalah di dalam kemampuan pihak kerajaan dan keutamaan wajar diberikan kepada hal ini kerana ia melibatkan nyawa.

7) Kedua: Kurangkan penayangan cerita2 yang menggalakkan atau memberikan idea untuk rakyat melakukan jenayah. Kadangkala filem2 atau drama2 sebegini seolah2 mengajar mahupun mengangkat kegiatan jenayah tersebut sehingga ianya mempengaruhi orang ramai terutama kanak-kanak.

8) Ketiga: Penerapan atau penekanan kepada agama. Saya merasakan aspek ini adalah merupakan aspek paling utama dalam penyelesaian sesuatu masalah terutama dalam mendidik jiwa kita supaya menjadi lembut. Sukatan mata pelajaran di sekolah harus dikaji semula di mana penekanan kepada sifat kasih sayang sesama insan wajar diutamakan. Apabila agama diletakkan dalam kelas kedua maka inilah punca kepada semua permasalahan sosial yang berlaku sekarang. Saya tidak mengatakan kita tidak mengajar atau diajar agama. Tetapi saya merasakan penerapan nilai agama terutama Islam ke dalam diri kita masih jauh dari yang sepatutnya. Maka peranan pihak kerajaan untuk menerapkan nilai2 Islam sepatutnya dipertingkatkan lagi dan harus diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

9) Selain itu, peranan NGO2 dalam membantu kerajaan juga wajar dipertingkatkan. Penyebaran dan perkongsian maklumat mengenai jenayah dan cara2 untuk mengelakkan jenayah dari berlaku wajar diberikan tumpuan khusus demi untuk menurunkan indeks jenyah diu negara kita.

Khamis, 8 Oktober 2009

Benarkah UMNO ingin Berubah??

1. Saya rasa masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca dan bloggers yang saya amat sayangi. Banyak pekara yang belaku sepanjang akhir ramadhan lalu sehinggalah pada hari raya. Walaupun saya bersama keluarga dapat berhari raya seperti biasa, namun agak kurang ceria disebabkan oleh diserang demam misteri disertai sakit tekak berpanjangan. Mungkinkah H1N1??

2. Saya bersama keluarga tidak begitu pasti samada telah terkena serangan H1N1 ataupun tidak. Apa yang pasti doktor sendiri tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar saya bersama keluarga. Saya bernasib baik kerana pulih sepenuhnya dalam masa 3 hari. Tetapi ahli keluarga yang lain mengambil masa yang agak lama juga untuk pulih sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah...

3. Komen saya berkenaan penyakit H1N1 ialah kerajaan perlu membuat penerangan dengan lebih aggresif lagi. Saya berpandangan Menteri Kesihatan yang baru ini kurang berkemampuan sedikit berbanding Datuk Seri Chua Soi Lek suatu ketika dahulu. Namun malangnya kemelut politik dalam MCA telah menolak beliau sekali lagi untuk keluar dari parti mereka.

4. Baiklah kita tinggalkan dulu cerita bab penyakit H1N1. Kita kembali ke topik satu penyakit yang kian berkudis di dalam UMNO. Juga kategori penyakit pandemik dan kronik. Kroniknya penyakit rasuah ini kerana ia bukan hanya boleh merebahkan satu individu malah boleh mengakibatkan kematian berjuta orang Melayu di Malaysia.

5. Untuk makluman sahabat pembaca yang dikasihi, saya memang salah seorang yang secara konsisten berjuang dan lantang bercakap untuk menghapuskan politik wang secara total dalam UMNO. Ini termasuklah beberapa usul saya di peringkat UMNO Bahagian Serdang untuk dibawakan ke peringkat tertinggi kepimpinan UMNO. Saya tidak pasti samada cadangan tersebut sampai ke atas atau tidak yang pastinya rakan-rakan rapat saya memang cukup maklum pantangnya saya dengan rasuah politik atau dalam bahasa anggunnya 'politik wang'.

5. Seperti yang kita ketahui pilihanraya kecil Bagan Pinang yang kecoh diperkatakan kini dimulai dengan kontroversi untuk meletakkan calon di mana UMNO Bahagian Teluk Kemang yang dikepalai oleh Tan Sri Isa hanya mencalonkan nama beliau sebagai calon tunggal untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

6. Tan sri Isa bukanlah orang baru dalam bidang politik kerana telah menjadi menteri besar Negeri sembilan selama hampir 22 tahun. Pendek kata beliau mempunyai pengalaman yang agak luas dalam bidang pentadbiran dan segala selok belok pentadbiran negeri di dalam kocek beliau sahaja.

7. Tetapi berdasarkan cakap kawan2 politik ada yang menyatakan tidak banyak pembaharuan yang beliau buat sangat pun sepanjang beliau berkuasa dahulu berbanding MB sekarang. Benarkah? Ini hanyalah pandangan mereka sahaja dan saya tidak ada hujah langsung untuk menepis andaian tersebut.

8. Saya melihat isu pemilihan semula Tan Sri Isa adalah lebih daripada semata-mata isu calon. Ia adalah isu prinsip dan prinsip serta komitmen untuk menghapuskan politik wang di dalam UMNO dilihat sebagai satu usaha yang sambil lewa sahaja. Selepas ini ramai yang akan beraggapan politik wang dalam UMNO bukanlah satu isu yang serius kerana sebaik selepas menjalani hukuman kita akan berupaya untuk membuat comeback dan keadaan ini akan mewujudkan satu ketidakadilan kepada calon lain yang juga wajar dipertimbangkan sebagai calon. Kita harus sentiasa ingat, UMNO kini sedang tenat menghadapi krisis imej yang begitu kronik dalam sejarah perjuangannya!

9. Pendapat peribadi saya tentang isu ini ialah seperti yang diketahui umum Bagan Pinang ialah kawasan kubu kuat BN. Apa yang perlu dilakukan adalah meletakkan calon lain yang walaupun tidak begitu hebat tetapi mempunyai imej bersih. Calon ini semestinya akan menang kan? Jadi kita tidak perlu risaukan hal kemenangan asalkan kita menunjukkan nepada rakyat bahawa kita tidak pernah memberikan peluang kedua kepada orang yang terlibat dengan rasuah.

10. Tan Sri Isa adalah orang lama dalam politik. Pada usia sebegini, saya berpendapat beliau sepatutnya menolak sahaja tawaran di peringkat bahagiannya dan mencalonkan orang lain yang merupakan calon pilihannya dan seterusnya membantu kempen untuk calon tersebut. Sekiranya ini berlaku dahulu, saya rasa imej UMNO tentu akan menjadi lebih baik.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Cara Kempen BN Perlukan Perubahan!

1. Keputusan pilihanraya kecil Permatang pasir bukanlah sesuatu yang di luar dugaan kita. Ada beberapa sahabat dengan secara bersahaja bertanyakan saya tentang kekalahan BN di Permatang Pasir dan secara tidak langsung meminta komen dari saya berkenaan keputusan PRK berkenaan.

2. Saya sebenarnya kurang berminat sejak awal lagi untuk mengikuti pilihanraya kecil di sini atas beberapa sebab antaranya sejak awal lagi kita semua sudah tahu ini adalah kawasan Parlimen Permatang Pauh dan ia sangat sinonim dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bermakna peluang sentiasa memihak kepada Pakatan Rakyat. Jadi keputusan PRK ini sama sekali pada saya tidak boleh dijadikan cerminan penolakan rakyat terhadap Barisan nasional. Jadi analisa di kawasan ini tidak boleh dijadikan indikator atau penanda aras kepada reaksi sebenar suara rakyat!

3. Walaupun kekalahan calon BN memang telah diduga, namun saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat2 pembaca sekalian mengenai cara kempen yang biasanya di amalkan oleh BN yang pada hemat saya memerlukan satu modifikasi di sesetengah tempat. Saya bukanlah berlatar belakangkan sains politik jadi huraian saya adalah lebih kepada analisa berdasarkan pengalaman, pemerhatian, perkongsian pendapat dan bacaan.

4. Saya bahagikan kepada 2 jenis kempen yang diamalkan oleh semua parti politik dalam kempen akhir mereka sebelum Pilihanraya. Yang pertama kempen yang melibatkan kawasan setempat dan kedua adalah kempen di peringkat nasional yang menggunakan media massa tidak kiralah arus perdana ataupun media baru seperti blog dan sebagainya.

5. Kempen bermula setelah calon dipilih. Sekiranya calon yang dipilih merupakan orang yang sangat hebat dan sangat bersih maka 'jenama' calon ini boleh dijual tanpa perlu para jentera bekerja terlalu keras kerana jenama calon mengatasi jenama parti. Akan tetapi kalau dilihat di Permatang Pasir, saya tidak begitu pasti mengapakah latarbelakang calon tidak diselidiki terlebih dahulu sebelum perletakan calon dibuat kerana kita semua sedia maklum di kawasan DSAI jenama beliau sendiri sudah begitu kuat dan kukuh. Mungkinkah ini sesuatu yang telah dirancangkan? Entahlah...

6. Cadangan saya agar satu jawatankuasa (mungkin) boleh ditubuhkan oleh BN khas untuk menangani usaha background checking. Bunyi macam mudah tetapi unit khas ini menjalankan tugas ala-ala CIA di mana segenap sudut latarbelakang calon akan diperincikan dan laporan akan diberikan kepada Perdana Menteri ataupun Pengerusi BN bagi membuat keputusan akhir. Hal ini akan menjadikan kita tidak lagi tersalah pilih calon.

7. Selain faktor calon, pada pandangan saya, cara berkempen dengan menggunakan media secara keterlaluan juga membuatkan rakyat menjadi meluat dan sebenarnya rakyat yang mewakili majoriti pengundi adalah yang tidak berparti. Golongan ini hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Kempen keterlaluan ini juga kadangkala dengan jelas sekali dilihat sengaja memperbodohkan rakyat dengan kenyataan kenyataan yang tidak mempunya 'nail point' kata orang. Laporan sekadar retorika biasa yang tidak begitu mampu menukar fikiran rakyat dan membuatkan rakyat tersenyum sendiri sambil berkata ala....nak pilihanraya barulah kelam kabut nak buat ini dan itu...yelah asal BN je semua betul...

8. Pernahkah saudara pembaca sekalian melihat menteri menoreh getah? Pada saya ini adalah kempen paling kelakar dalam sejarah pilihanraya Malaysia di mana bila hampir PRK ada seorang menteri menoreh getah dan ia menjadi bahan liputan akhbar dan media elektronik! Memang ini adalah satu perlakuan untuk menunjukkan menteri tersebut prihatin orangnya tetapi menampakkan unsur-unsur menipu rakyat di situ dan ini tidak wajar dilakukan dan hanya akan menjejaskan rasa hormat rakyat terhadap BN.

9. Teknik menyerang dan menangkis isu juga wajar diberikan perhatian. Jika dilihat di dalam PRK kebelakangan ini BN telah terikut2 dengan rentak isu yg dibawa oleh Pakatan Rakyat. Media seolah-olah membantu mengangkat sesuatu isu dengan memberikan publisiti yang jelas isu tersebut lebih memberikan point atau 'mileage' politik kepada Pakatan. Contohnya isu DAP dengan PAS Kedah. Sebagai seorang yang tidak berjawatan tinggi pun kita dapat membaca ini adalah taktik pembangkang untuk memancing pengundi Cina dan BN seolah2 tidak dapat membaca perkara ini. Akhirnya pembangkang menang bergaya!

10. Demontrasi yang menggunakan kain rentang menyokong kepimpinan ataupun membantah isu2 tertentu yang meletakkan nama penganjur lebih besar dari isu (ni kes nak menunjuk2 kepada ketua bahagian atau menteri lah ni!) pada saya adalah satu taktik yang cukup memalukan...Sekiranya BN ingin mengadakan sesuatu demontrasi, tidak perlulah meletakkan nama UMNO Cawangan mana dan sebagainya. Biarlah rakyat merasakan bahawa demontrasi ini datangnya daripada rakyat walaupun mastermindnya adalah UMNO. Kita hendak dapatkan mileage isu bukannya nak berkempen untuk naikkan seseorang ketua cawangan ataupun AJK bahagian.

11. Cadangan saya agar BN lebih menumpukan kepada aspek perang saraf dan perang psikologi. Tidak semestinya dimulakan dekat dengan pilihanraya saja tetapi haruslah dimulakan sepanjang masa. Seluruh jentera media alternatif terutama blog2, forum2 di dalam laman web wajar ditembusi dengan pantas. Isu2 wajar dijawab hatta isu remeh sekalipun di dalam laman web ini mahupun laman blog.

12. Segala teguran di atas adalah atas dasar saya tidak ingin melihat BN yang diterajui oleh UMNO dan orang Melayu ini berkubur di dalam PR ke-13 nanti. Semoga kita bersama2 kembali menggerakkan seluruh jentera kita terutama di peringkat penerangan agar menjadi lebih kreatif dalam melakukan kerja2 penerangan untuk memberikan kemenangan mutlak kepada kita suatu hari nanti.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ahlan Wa Sahlan Ramadan Al Mubarak

Sabda Rasulullah SAW: ' Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadhan maka Allah mengharamkan jasadnya masuk dalam semua pintu neraka'

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua rakan-rakan sahabat yang sudi membaca blog saya serta idea penulisan saya yang tidak seberapa ini.

Semoga di dalam bulan yang mulia ini suasana politik tanahair akan lebih beretika dan berhemah terutama di dalam suasana panas kempen Pilihanraya Kecil yang berlaku sekarang. Harapan kita tidak kiralah dalam apa jua peringkat pimpinan mahupun pengikut agar tidak ada lagi kempen memburukkan sahabat2 kita yang lain dari parti berlawanan dan tidak menggunakan serangan peribadi sebagai senjata untuk menang.

Semoga segala amalan kita sampai kepada Allah SWT hendaknya.

Selamat berjuang....melawan nafsu.

Jalilmm

Ahad, 16 Ogos 2009

Antara 1Malaysia dan Hidup Melayu

1. Ada perkara di dalam hidup kita kadangkala membuatkan kita keliru seketika. Kekeliruan ini timbul apabila kita tidak mempunyai pemahaman yang cukup terhadap perkara itu mahupun tidak difahamkan oleh orang yang sepatutnya memberikan penerangan kepada kita.

2. Sebagai manusia,kita mempunyai pelbagai tahap pemikiran dan tahap pemahaman. Dalam konteks negara kita, ada yang hanya petani di kampung-kampung dan hidup dalam kelompok masyarakat kampung bersama2 penoreh getah, pesawah, peneroka malah ada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.Ada juga di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai daya keintelektualan sederhana malah ada juga yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan mampu mencerna sesuatu perkara dengan begitu mudah dan baik. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah tahap penerimaan maklumat dan tahap pemahaman kita sangat berbeza-beza. Maka oleh itu cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin dibawa oleh kerajaan juga memerlukan kaedah yang pelbagai untuk membolehkan sebahagian besar rakyat memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan.

3. Saya pernah bertanyakan soalan kepada seorang rakan yang hebat melaungkan 1Malaysia tentang apakah sebenarnya makna 1Malaysia. Tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewekan kerana katanya beliau sendiri tidak begitu faham apakah itu 1Malaysia. Cuma katanya kita perlu menyokong gagasan ini sekiranya kita mengaku kita orang UMNO dan mengakui kepimpinan baru UMNO iaitu Dato' Seri Najib. Saya hanya tersenyum kepadanya walaupun sebenarnya kurang bersetuju bahawa kita perlu menyokong 100% presiden UMNO tidak kira perkara yang dilakukannya betul ataupun tidak. Menegur dan mempersoalkan tentang sesuatu perkara yang kurang jelas kepada pimpinan UMNO pada saya adalah proses biasa dalam politik dan ia tidak harus dianggap menderhaka atau kurang ajar.

4. Walaupun pengertiannya agak luas merangkumi pelbagai aspek dan perkara, namun asas utama 1Malaysia adalah satu penyatuan bangsa menjadikan identiti Malaysia lebih menonjol berbanding identiti sesuatu bangsa itu sendiri. Selain itu penghapusan beberapa dasar yang banyak menyebelahi Melayu juga dilihat oleh pemerhati termasuk dalam salah satu gagasan 1Malaysia itu sendiri. Ada yang melihat gagasan ini tidak seiring dengan agenda Melayu sebaliknya lebih kepada kesamarataan hak antara semua bangsa tanpa mengira kaum. Benarkah? Mungkin berdasarkan beberapa indikasi yang ditunjukkan dalam dasar negara baru-baru ini membuatkan persepsi kita terhadap konsep 1Malaysia menjurus ke arah itu.

5. Konsep 1Malaysia yang telah dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia walaupun masih di peringkat awal dan majoriti rakyat Malaysia masih kelabu lagi berkenaannya dikelirukan lagi apabila dengan tiba-tiba semangat Melayu ditiupkan kembali oleh orang nombor 2 negaraiaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

6. Episod terbaru ini timbul apabila Tan Sri Muhyiddin dengan terang-terangan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menuduh mantan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengkhianat Melayu. Serentak dengan itu UMNO Johor menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan menyatakan pendirian jelas bersama-sama Tan Sri Muhyiddin.

7. Iklim politik negara menjadi panas seketika dengan polemik terbaru ini apabila Datuk Seri Anwar pula meminta Tan Sri Muhyiddin menarik balik tuduhan bahawa beliau pengkhianat Melayu atau Timbalan Perdana itu bakal berdepan dengan hukuman saman.

8. Persoalannya kini mengapa di saat kita bercakap tentang 1Malaysia kita juga bercakap tentang perkauman? Apakah yang berlaku sebenarnya? Rakyat biasa seperti saya menjadi keliru dengan dasar ini.

9. Adakah mempertahankan hak Melayu dan aspek kemelayuan itu terdapat dalam konsep 1Malaysia? Atau mungkinkah ini adalah satu strategi kerajaan UMNO-BN sebagai taktik untuk memancing pengundi Melayu di DUN Permatang Pasir bagi berpatah balik kepada UMNO-BN?

10. Ataupun sesuatu sedang berlaku di negara kita yang kita sendiri tidak begitu pasti? Walau apapun yang berlaku atau politik dalaman yang berlaku, diharap ianya hanyalah seperti ribut di cangkir kopi dan tidak menjejaskan UMNO secara keseluruhan. Kestabilan UMNO dan BN banyak mempengaruhi kestabilan negara.

11. Kita tentunya tidak rela sekali lagi menukar Perdana Menteri kerana agenda perubahan tidak mungkin akan dapat dijalankan kalau kita wujudkan puak di dalam parti kita.

Ahad, 2 Ogos 2009

Perlukah ISA di Malaysia?

1. Benarkah menghapuskan ISA adalah baik untuk rakyat? Benarkah ISA mengongkong rakyat dan zalim terhadap rakyat? Benarkah ISA merupakan jentera pemusnah yang dijadikan alat oleh pemerintah untuk menghukum seteru politik mereka di negara ini? Benarkah ISA perlu dihapuskan sama sekali?

2. Membaca kenyataan Tun Abdullah di dalam satu kenyataan beliau tempohari amat mengejutkan kita. Beliau menyokong penghapusan ISA di Malaysia. Benarkah beliau akan menyertai Pakatan Rakyat seperti yang pernah di war-warkan sebelum ini? Penulis tidak pasti tentang ini dan sekiranya ini berlaku maka kita tidak akan mampu berbuat apa2 kerana negara ini merupakan negara demokrasi. Setiap rakyat bebas bersuara dan memilih tetapi sebagai pejuang Melayu sejati saya yakin Tun Abdullah mempunyai pertimbangan beliau sendiri dalam membuat keputusan terbaik untuk negara dan bangsa.

3. Kita lupakan sejenak tentang cerita mantan PM, kita renungi seketika perhimpunan anti ISA dan perhimpunan pro-ISA yang berlangsung semalam. Wajarkan perhimpunan haram ini diadakan?

4. Sejauh manakah kesan perhimpunan ini terhadap perubahan dasar negara tidak dapat pula dipastikan apabila Dato' Seri Najib mengeluarkan satu kenyataan bahawa ISA tidak akan dihapuskan sebaliknya akan dikaji dan diubah pada perkara2 tertentu sahaja. Itu pun masih dalam peringkat kajian dan perbincangan.

5. Jadi apa gunanya kita membuat kecoh di saat negara menghadapi kekangan ekonomi yang dahsyat ketika ini. Saya bukannya tidak sensitif mahupun simpati dengan mangsa ISA yang ditahan tanpa pembelaan selama bertahun-tahun lamanya di Kamunting. Tetapi saya amat yakin penahanan mereka pasti mempunyai sebab2 tertentu. Samada mereka terlibat dalam aktiviti subversif yang menggangu gugat kepentingan negara atau atas sebab2 lain yang mereka sendiri tahu sebenarnya.

6. Sekiranya ISA dihapuskan, pernahkah kita terfikir akan kesan dan akibat buruknya? Pernahkah kita terfikir kesan buruk berikut?:

1. Rakyat akan hidup dalam ketakutan disebabkan oleh kadangkala gerakan demontrasi yang melibatkan golongan berkepentingan ini akan berakhir dengan keganasan. Aktiviti perniagaan terjejas. Aktiviti membeli belah rakyat akan terhad.

2. Pelabur asing akan takut untuk melabur di Malaysia disebabkan oleh merasa keadaan politik negara tidak begitu stabil. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi negara.

3. Budaya rundingan akan berakhir sebab sekiranya tuntutan ke atas perkara2 tertentu tidak dipenuhi, rakyat akan memprotes di jalan raya dan bukannya melalui pandangan2 tertentu kepada kerajaan melalui saluran yang betul. Hal ini tidak baik untuk sesebuah kerajaan demokrasi di mana suara majoriti rakyat dalam pilihanraya tidak begitu 'laku'lagi. Suara di jalanan lebih kuat.

4. Rakyat bawahan hanya digunakan oleh golongan tertentu untuk menjayakan agenda politik mereka. Kadangkala mereka sendiri pun tidak begitu faham apa itu ISA dan bagaimana ianya digunapakai dalam konteks negara kita.

5. Kerosakan harta benda awam. Hal ini tidak baik dan kebiasaannya dalam siri demontrasi inilah yang berlaku.

6. Imej negara tercalar dan jatuh di mata negara luar.

7. Golongan2 tertentu yang tidak bertanggungjawab akan sentiasa melakukan sesuka hati mereka untuk mencari publisiti politik dengan cara yang mudah tetapi menyusahkan semua pihak.

8. Keadaan negara sentiasa akan tidak selamat dan tenteram. Rakyat tidak lagi bebas bergerak untuk melakukan aktiviti mereka disebabkan oleh ancaman2 seperti tunjuk perasaan dan sebagainya.

7. Saya berpendapat, ISA WAJAR dikekalkan demi untuk menjaga kepentingan majoriti rakyat negara ini. Mungkin sedikit pindaan diperlukan bagi memastikan tidak wujud sebarang unsur kezaliman dalam melaksanakan akta tersebut. Jadi, buat masa ini saya masih dengan pendirian bersetuju dengan ISA.

Ahad, 26 Julai 2009

Selamat Jalan Allahyarhamah Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad merupakan satu nama besar dalam industri perfileman negara. Karyanya mengangkat martabat filem kita dan membuka dimensi baru perfileman negara. Arwah boleh dianggap mempunyai kelas tersendiri dalam penghasilan karya yang mampu merubah persepsi masyarakat walaupun kadangkala menimbulkan kontroversi.

Selain filem, sumbangan dan impak yang telah beliau tinggalkan dalam penghasilan iklan komersil seperti iklan2 Petronas memberikan satu legasi kepada beliau. Kita pasti akan merindui sentuhan beliau terutama di musim2 perayaan yang bakal kita raikan nanti.

Arwah Yasmin Ahmad sukar dicari ganti...legasi beliau diharap akan mampu melahirkan satu lagi kualiti seakan2 kualiti yang telah ditunjukkan kalaupun tidak setanding tetapi setidak-tidaknya seakan2 beliau...Alfatihah...Selamat Tinggal...semoga rohmu ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

JALILMM

Jumaat, 24 Julai 2009

Mahasiswa Dan Suara Perubahan

1. Walaupun telah hampir 7 tahun meninggalkan kampus dan aktivitisme mahasiswa, namun keinginan untuk mengambil tahu dan sesekali menjengah isu mahasiswa agak menarik untuk disentuh dan dikupas dalam posting ini.

2. Mahasisa dikatakan sebagai suara ummah ataupun juga seringkali dilabelkan sebagai agen perubahan. Ramai dikalangan kita yang sering meremehkan perjuangan mahasiswa tetapi secara peribadi saya berpandangan suara mahasiswa dan perjuangan mereka adalah satu perjuangan yang 'valid' dan memperjuangkan idealisme serta apa yang mereka percaya walaupun kadangkala agak dangkal tetapi suara yang diperjuangkan ini wajar diambil kisah sama seperti bagaimana kerajaan mengambil berat suara NGO2 mahupun suara Pemuda UMNO mahupun parti politik lain.

3. Baru2 ini kita lihat apa yang berlaku di Universiti Malaya (UM). Isu contengan 'bini puaka' yang ditujukan kepada wanita pertama negara cukup mengejutkan negara. Benarkah ini yang mereka percaya? Beginikah tahap ataupun kualiti mahasiswa sekarang? Saya melihat aspek penguasaan emosi melebihi daya intelek mahasiswa dan keadaan ini amat merbahaya. Sesuatu yang tidak kena dengan produk universiti masa kini!

4. Saya berpandangan mahasiswa kini telah dikongkong pemikiran mereka hingga mereka akhirnya tidak mampu menghasilkan hujah sendiri yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi yang mampu memberikan impak kepada massa. Kongkongan tersebut termasuklah mereka terlalu dibebankan dengan hafalan atau pencarian fakta yang melebihi keperluan pasaran pekerjaan hingga mengurangkan masa mereka untuk membaca atau mengkaji bahan - bahan ilmiah lain di luar 'circle' mereka yang mampu bentuk daya fikir yang lebih baik.

5. Selain itu pihak berwajib terhadap pendidikan serta sistem pendidikan negara kita juga banyak melatih mahasiswa menjadi seolah-olah seperti terpaksa menerima saja apa yang diberi tanpa soal. Sedangkan sistem pendidikan sepatutnya melatih kita untuk membentuk satu teori atau pandangan baru yang bersifat lebih kreatif dan innovatif demi meningkatkan produktiviti negara.

5. Oleh itu, dalam konteks di atas, sebagai mahasiswa yang cerdik, mereka tidak boleh melakukan tindakan atau perilaku yang menduplikasi pembangkang secara membuta tuli tanpa memikirkan dulu kualiti hujah mereka atau kualiti demontrasi yang ingin dibuat. Satu fakta atau counter attack yang bernilai ilmiah amat diperlukan bagi menaikkan kualiti pandangan masyarakat terhadap mahasiswa.

6. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, satu kajian menyeluruh terhadap kaedah pembelajaran terutama di Universiti harus dilakukan segera untuk mengelakkan turunnya kualiti mahasiswa dari segi gaya fikir terhadap sesuatu perkara. Sekiranya ini tidak dilakukan, maka martabat mahasiswa akan jatuh dan menjadi rendah.

Rabu, 15 Julai 2009

Manek Urai- Berakhirnya Era Emas PAS


1. 'Kemenangan' tipis PAS dalam pilihanraya Manek Urai semalam menyaksikan petanda buruk telah mula melanda PAS dan Pakatan Rakyat. Kubu kuat di Manek Urai menyaksikan langkah yang dicanangkan oleh PAS langkah ke Putrajaya seolah-olah tersekat sedikit dengan keputusan tersebut.

2. Fakta menunjukkan PAS tewas di 5 peti undi daripada 9 di mana menyaksikan golongan muda mengalihkan sokongan mereka terhadap BN. Sesuatu yang sukar diterima terutama oleh kepimpinan PAS sendiri.

3. Saya berpandangan beberapa faktor mungkin menyebabkan keadaan yang luar biasa ini terjadi.

4. Pertama: Rakyat sudah mula menampakkan PAS semakin mula angkuh dan riak dengan sokongan rakyat terhadap mereka terutama selepas Mac 2008 yang lepas. Tetapi mereka lupa pada ketika itu, faktor penolakan terhadap kepimpinan Tun Abdullah memainkan peranan di samping faktor kurang popular lain seperti kenaikan harga minyak dan harga barang pada ketika itu. Ketika ini dengan kepimpinan baru yang lebih terbuka dan kemas, rakyat sudah mula menampakkan bahawa UMNO-BN masih relevan untuk memimpin mereka.

5. Kedua: Orang Melayu terutama golongan yang di atas pagar dan golongan muda mahukan perubahan terutama di Manek Urai sendiri yang begitu ketinggalan dari arus pembangunan. Mereka percaya kerajaan pusat dapat membantu mereka untuk keluar dari permasalahan mereka dan seterusnya mampu memberikan yang terbaik untuk kehidupan mereka.

6. Ketiga: Kenyataan - kenyataan Tuan Guru Nik Aziz agak keterlaluan dalam menghukum UMNO- BN mengundang rasa simpati orang Melayu terhadap BN. Selain itu, ketiadaan poster Hadi Awang pada peringkat awal kempen juga memberikan kesan terutama kepada penyokong PAS aliran pro muzakarah dengan UMNO.

7. Keempat: Kekurangan makumat seperti dari media alternatif seperti internet juga mungkin menyebabkan pengundi di Manek Urai lebih bersandarkan kepada maklumat dari berita mahupun akhbar aliran utama berbanding maklumat dari pembangkang yang lebih berkesan untuk kawasan bandar.

8. Kelima: Kemelut yang berlaku di dalam PAS selepas pemilihan PAS juga mungkin memberikan kesan terhadap jentera PAS untuk pilihanraya kecil ini.

9. Keenam: Bagi golongan muda, UMNO di era Dato seri Najib dilihat lebih remaja dan segar berbanding PAS yang akhir-akhir ini lebih banyak didominasi oleh Nik Aziz dan golongan lama. Dari segi perletakan calon juga PAS dilihat lebih ortodoks dan agak tua berbanding UMNO yang meletakkan calon yang muda dengan idea baru dan lebih segar.

10. Ketujuh: Faktor Khairy Jamaluddin yang memimpin pemuda dengan gaya politik baru juga diakui banyak membantu di dalam memberikan undi kepada BN. KJ dilihat lebih dekat dengan pemuda dan lebih bertenaga dalam memimpin pemuda hingga menenggelam pimpinan pemuda PAS yang dilihat tidak mewakili aspirasi golongan muda di negeri itu.

11. Mungkinkah era emas PAS bakal berakhir? Atau keputusan ini sekadar untuk mengingatkan PAS agar tidak terlalu angkuh dalam tindakan dan perkataan mereka tidak kira kepada kawan mahupun lawan?

Sabtu, 11 Julai 2009

Pemansuhan PPSMI- Dasar Yang Tidak Konsisten


1. Dalam posting yang lalu, saya banyak kali menekankan bahawa pengajaran subjek teknikal dalam Bahasa Inggeris adalah sememangnya tidak perlu kerana aspek teknikal memerlukan satu pemahaman konsep. Walaupun medium penyampaian untuk memberikan kefahaman amat penting namun kaedah mahupun konsep lebih penting dari aspek bahasa itu sendiri.

2. Bahasa yang digunakan tidak kira apa bahasa sekalipun menjadi soal kedua asalkan para pelajar dapat memahami konsep sesuatu perkara dengan baik. Dalam konteks Malaysia, Bahasa Melayu adalah medium terbaik untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar kerana ia adalah bahasa ibunda, maka Bahasa Melayu harus menjadi medium tebaik untuk menyampaikan sesuatu konsep Sains dan Matematik.

3. Ahli politik mahupun mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir harus melihat keputusan kerajaan ini bukan dari sudut politik semata-mata mahupun melihat penghapusan dasar ini adalah satu petanda kemusnahan pembinaan keupayaan bangsa dalam menguasai Bahasa Inggeris yang dikatakan sebagai bahasa ilmu dunia sebaliknya harus melihat dari sudut teknikal dalam konteks negara kita seperti para guru yang tidak begitu cukup dan lain-lain sebagai justifikasi terbaik bgi keputusan ini.

4. Cuma kita harus memikirkan juga nasib anak-anak kampung yang selama 6 tahun sepanjang perlaksanaan dasar ini dan ada juga di antaranya yang gagal ke Universiti hanya disebabkan oleh kelemahan penguasaan Bahasa inggeris sedangkan jika subjek tersebut diajar dalam Bahasa Melayu keadaannya mungkin berbeza. Mungkinkah mereka ini harus diberikan peluang sekali lagi melalui peperiksaan khas atau apa jua mekanisme yang difikirkan sesuai?

5. Kita semua tertanya-tanya, apa sebenarnya keputusan peperiksaan para pelajar ini samada di peringkat UPSR, PMR mahupun SPM sepanjang dasar ini dilaksanakan kerana selama ini gambaran yang diberikan oleh pihak kerajaan terutama ketika keputusan peperiksaan diumumkan adalah baik belaka. Kita selalu terbaca di dada akhbar bahawa peratus keputusan untuk Bahasa inggeris dan Sains meningkat dan sebagainya yang indah-indah. Kalau keputusan meningkat dan baik, kenapa dasar ini harus dihapuskan?

6. Sebagai rakyat bawahan, kita semua merayu pihak kerajaan agar jangan terlalu memperlekehkan daya intelek rakyat dengan cara sebegini di masa hadapan. Tindakan pihak kerajaan yang mempolitikkan pendidikan amat tidak wajar. Pendidikan dan pembinaan upaya bangsa melalui medium ilmu adalah asas paling penting dalam pembinaan sesebuah negara. Sekiranya tidak ada kajian yang baik dilakukan oleh pihak kerajaan di mana pakar-pakar harus dipanggil terlebih dahulu sebelum perlaksanaan dasar maka keadaan yang sungguh mengecewakan ini tidak mungkin akan berlaku.

7. Dasar flip flop di dalam membuat keputusan strategik dan penting untuk negara pada masa hadapan haruslah dihentikan serta merta kerana implikasinya amat buruk terutama untuk jangka panjang.

8. Generasi muda adalah pewaris penting yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan manakala ilmu pula adalah bekalan bagi mempersiapkan diri mereka ke arah itu. Kerajaan sedar perkara ini tetapi kita tidak mempraktikkan dalam urusan pentadbiran negara.

9. Diharap pada masa hadapan, kerajaan akan mengambil kira pandangan ahli akademik mahupun mereka yang ahli dalam bidang tertentu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan terutama yang melibatkan pendidikan. Namun begitu, ucapan tahniah patut diberikan juga kepada pihak kerajaan walaupun setelah 6 tahun!

Selasa, 23 Jun 2009

Kenapa Sukar Berdamai?

1. Beberapa hari kebelakangan ini kita semua maklum bahawa impian kita untuk melihat perpaduan Melayu tercapai berkubur. Impian untuk melihat UMNO dan PAS duduk semeja membicarakan aspek Melayu dan isu Melayu berkecai dan berderai ibarat kaca terhempas.

2. Amaran keras yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS iaitu Datuk Nik Aziz terhadap Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS termasuk meminta Nasharuddin meninggalkan PAS sekiranya inginkan kerajaan perpaduan amat mengejutkan semua bukan hanya sekadar ahli PAS malah yang di luar PAS juga.

3. Inilah bezanya antara orang kita dengan bangsa lain di Malaysia. Bagi kita politik adalah segala-galanya dan kita mengambil kira faktor menjaga hati, makan hati termasuk nostalgia buruk lama yang dicetuskan oleh datuk nenek kita dahulu dan terus dengan nostalgia itu hingga saat ini.

4. Kalau hendak dikirakan, DAP juga banyak melakukan 'dosa' dengan PAS termasuk beberapa kenyataan liar Karpal Singh, Lim Kit Siang mahupun beberapa pimpinan DAP sekarang bukan hanya sekadar terhadap PAS malah terhadap dasar utama PAS iaitu menegakkan negara Islam pun seringkali dikritik oleh pimpinan DAP. Lupakan Tuan Guru bahawa mereka ini tidak pernah sekalipun meminta maaf kepada PAS tetapi syarat yang sama diletakkan oleh PAS terhadap UMNO yang nampak seolah-olah ikhlas kali ini untuk bekerjasama dengan PAS atas nama perpaduan Melayu.

5. Walaupun berteraskan Islam, PAS tidak seharusnya membelakangkan Melayu dalam agenda perjuangannya. Ini kerana DAP mahupun Gerakan tidak pernah mengenepikan agenda bangsanya dalam perjuangan mereka dalam politik. Bagi ahli PAS sendiri yang ditemui ada yang berpendapat tidak salah kiranya PAS membawa agenda Melayu. Cuma pucuk pimpinan yang terpengaruh dengan rentak politik yang didominasi DAP sahaja yang menolak agenda Melayu.

6. Kalau sekiranya DAP mahupun gerakan ikhlas mahu menghapuskan tembok perkauman, mereka seharusnya membuka lebih ruang kepada bangsa lain pada kadar yang sama banyak samada dari segi keahlian mahupun peringkat kepimpinan tertinggi. Seharusnya juga isu2 yang cuba dimainkan dan dibangkitkan tidak menjurus ke arah kepentingan sesuatu kaum sahaja.

7. Tuan Guru Nik Aziz mungkin sudah lupa kenyataan Karpal Singh bahawa jika ingin melaksanakan negara Islam langkah mayatnya terlebih dahulu. Karpal Singh mahupun jurucakap DAP tidak pernah menarik balik kenyataan ini mahupun memohon maaf bukan sahaja kepada PAS malah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

8. PAS seharusnya mengambil sikap lebih terbuka dalam dasar luarnya dan meletakkan agenda negara dan bangsa melangkaui ego politik dan dendam kesumat mereka dengan UMNO yang tidak berkesudahan itu demi kelangsungan bangsa kita.

9. Mereka harus sedar bahawa DAP tidak pernah selari dengan PAS dalam dasar Islamisasi seperti yang PAS kehendaki dan soal dasar ini tidak akan dapat diubah. Jadi, pertimbangan emosi PAS tidak mencerminkan kematangan mereka dalam membuat keputusan walaupun ianya melibatkan kepentingan bangsa.

10. Walaupun rundingan atau muqabalah ini tidak akan berlaku, namun saya dan rakyat Malaysia secara amnya amat mengharpkan semoga ianya akan berlaku juga suatu hari nanti. Impian generasi muda adalah untuk melihat satu penyatuan rumpun bangsa atas dasar dan matlamat yang sama iaitu untuk meningkatkan martabat anak bangsa dan seterusnya mendaulatkan Islam sebagai teras perjuangan kita.

Khamis, 11 Jun 2009

Isu Kerajaan Perpaduan: Tingkatkan Toleransi Bangsa

1. Dalam kehidupan di sebuah negara yang majmuk, sikap toleransi adalah sangat penting bagi mewujudkan kestabilan negara. Apabila negara stabil hasilan daripada kerajaan yang kuat barulah ekonomi stabil. Apabila ekonomi dah stabil maka barulah kestabilan sosial dicapai.

2. Menyorot kembali sejarah lampau, tahap toleransi orang Melayu yang membenarkan kemasukan kaum Cina dan India dan seterusnya mengakui mereka sebagai sebahagian dari rakyat negara ini wajar dipandang tinggi. Kini kaum Cina dan India tidak lagi dirasakan oleh kaum Melayu sebagai kaum pendatang malah generasi ke-2 mahupun ke-3 kini telah menjadi seperti kaum pribumi di bumi bertuah ini.

3. Kebolehan berbahasa Melayu mereka jauh lebih baik dari nenek moyang mereka dahulu dan peluang untuk maju dan menjadi kaya terbuka luas malah kaum Cina lebih kaya dari kaum Melayu di bumi Malaysia!

4. Melihat senarai orang terkaya di Malaysia yang 90% didominasi oleh kaum Cina sudah cukup untuk membuktikan mereka telah menikmati peluang hidup yang sama atau lebih baik dari orang Melayu sendiri. Cuba kita lihat dalam bidang perniagaan yang rata2 dikuasai oleh orang Cina, orang Melayu tidak pernah mengungkit malah menjadikan kaum Cina sebagai idola mereka dalam bidang perniagaan.

5. Hati kita mungkin agak terguris dengan kenyataan beberapa pimpinan parti MIC mahupun MCA yang kelihatannya agak keras dan kurang menunjukkan unsur toleransi yang sepatutnya dalam mengeluarkan kenyataan baru2 ini. Malah ruangan pojok Utusan Malaysia yang ditulis oleh Awang Selamat menjadi sasaran hentaman pemimpin bukan Melayu.

6. Memang benar isu2 sensitif seperti isu perkauman tidak seharusnya dibiarkan dibincangkan tanpa kawalan. Ini kerana ia bakal menggugat kestabilan negara kita. Tetapi persoalannya sekarang mengapa hanya orang Melayu apabila bercakap bagi mempertahankan perkara yang termaktub dalam perlembagaan dikatakan 'racist'? Bagaimana dengan kenyataan beberapa pimpinan parti politik termasuk yang dari Barisan Nasional apabila menggesa kepulangan Chin Peng ke Malaysia tidak dikatakan racist?

7. Umum mengetahui PKM yang dikepalai oleh Chin Peng telah melakukan penindasan mereka dan tidak sewajarnya dibenarkan pulang mahupun dicadngkan untuk pulang terutama sekali oleh pemimpin politik dari BN. Seharusnya mereka lebih memahami sensitiviti kaum di Malaysia terutama terhadap anasir komunis.

8. Saya ingin mencadangkan agar sistem satu sekolah dilaksanakan segera kerana sekolah mengikut aliran kaum tidak sesuai lagi diamalkan kerana ia akan menjurus kepada gagalnya usaha penyatuan kaum sebagaimana yang diwawaskan oleh kerajaan.

9. Pengajian tentang budaya kaum berbeza di Malaysia harus dijadikan matapelajaran teras terutama di peringkat sekolah rendah agar kita masing2 memahami budaya kaum2 yang berbeza dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana kebanyakan dari kita cuma mengenali kebudayaan kaum lain melalui tarian dan perayaan sahaja tetapi tidak mengetahui dengan mendalam aspek2 lain kebudayaan kaum2 lain. Sekiranya kita jahil dengan budaya kaum lain, bgaimana mungkin kita akan menghormati kaum2 lain yang terdapat di negara kita.

10. Di peringkat peimpin pula seharusnya tidak terlalu menyemarakkan api perkauman hanya untuk meraih undi. Tugas untuk menarik sokongan terhadap BN bukan hanya tugas UMNO semata2 tetapi adalah tugas secara bersama dan kegagalan BN dalam Pilihanraya Umum yang lalu juga harus dilihat kepada kegagalan bersama. Apa yang berlaku kini solah2 parti lain menyalahkan UMNO akibat kegagalan tersebut.

11. Selain itu, sebagai rakyat biasa saya ingin menegur pemimpin2 Cina dan Iindia mahupun Melayu diingatkan agar tidak terlalu membuat tuntutan2 yang tidak wajar dan melampau hanya kerana untuk meraih populariti politik sahaja. Tetapi mereka harus memikirkan kesan yang bakal dialami oleh negara akibat kenyataan politiking mereka tersebut.

12. Bersamalah kita tingkatkan sedikit toleransi kita kerana asas kepada keharmonian kita selama ini adalah sifattoleransi yang tinggi di kalangan kaum2 utama di Malaysia.

Selasa, 12 Mei 2009

Isu Perak- BN Tewas Di Mahkamah: Salah Penasihat Undang-Undang UMNO-BN?


1. Semalam secara rasmi Dato' Seri Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana menurut hakim, seseorang penyandang jawatan tersebut hanya boleh dilucutkan dari jawatan melalui sidang DUN (undi tidak percaya dan sebagainya).

2. Sejak dari awal lagi saya secara peribadi di samping hasil perbincangan kedai kopi di sekitar Bangi merasakan pengambilalihan jawatan oleh Dato' Seri Dr Zamry ada sesuatu yang tidak kena atau dalam ayat mudahnya BN tidak berfikir panjang terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan ini. Rakan2 saya yang merupakan lawyer pun merasakan bahawa tindakan ini adalah tidak mematuhi undang2 serta akan tewas apabila dicabar di mahkamah nanti.

3. Rakyat juga dilihat menolak perlakuan merampas negeri yang dilakukan oleh BN kali ini dan ini juga melanggar norma2 katatasusilaan BN serta prinsip menghormati keluhuran undang2 yang didokong dan dilaung2kan. Hatta mantan PM Tun Dr Mahathir juga turut menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang disifatkannya tidak mengikut lunas undang2 yang sah.

4. Nah hari ini terjawab sudah segala bantahan dan persoalan di samping penghujahan selama ini. Yang amat mendukacitakan ialah apabila Pakata Rakyat sekali lagi mendapat 'political mileage'. Saya hampir yakin sekiranya diadakan pilihanraya umum pada ketika ini, maka BN akan ghuyup kata orang Kedah. BN akan jadi Be-End.

5. Di mana pertimbangan undang2 yang dibuat oleh rakan2 lawyer kita dalam BN? Saya rasa penasihat undang2 BN atau sesiapa yang memberikan nasihat kepada BN untuk merampas Perak dari PR wajar dikaji semula kedudukan jawatan mereka. Ini kerana mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik dalam membuat pertimbangan sewajarnya sebelum orang2 politik mengambil tindakan mereka.

6. Kesan daripada pengumuman oleh mahkamah ini amat besar ke atas survival politik BN-UMNO. Ini kerana YAB DS Najib baru mengambil alih pemerintahan negara telah menerima tamparan hebat daripada tindakan yang tidak sewajarnya diambil ini. Selain mengikis keyakinan rakyat, imej UMNO-BN di mata pengundi bukan sahaja pengundi Melayu malah lebih besar kesannya ialah pada kaca mata orang cina amat buruk dan sukar untuk dipulihkan.

7. Sekiranya tidak ditangani dengan bijak, imej BN di mata rakyat Malaysia juga akan tercalar. Isu Perak bukanlah isu Perak semata2 sebaliknya adalah isu nasional dan isu penilaian awal terhadap kepimpinan PM baru kita. Saya rasa bijak pandai kat atas tu wajar adakan mesyuarat dan duduk berbincang. Buat satu grand design bagaimana untuk mengembalikan imej BN agar ia kelihata lebih mewakili rakyat. Kalau tak BN akan jadi Be- End!

Ahad, 10 Mei 2009

Ibu, Pendidik dan Permasalahan Rempit

1) Selamat hari ibu saya ingin ucapkan kepada semua kaum ibu di seluruh negara. Jasa kalian sangat banyak bermula dari menzahirkan insan ke dunia hinggalah kepada jasa-jasamu sepanjang hayat yang tidak terkira banyaknya.

2) Dalam kita meraikan hari ibu, dan mengenang jasa ibu, seperkara yang tidak dapat dilupakan ialah tanggungjawab para ibu (dan bapa) juga dalam menjadi pendidik kepada anak-anak. Pada saya berbanding bapa, sentuhan ibu lebih berkesan dalam menasihat dan membina bentuk keperibadian anak2 kerana bapa seringkali amat kurang masa mereka bersama anak2.

3) Hati seluruh rakyat Malaysia tersentuh apabila terbaca satu kisah berkenaan seorang ibu yang sedang mengandung meninggal dunia baru2 ini akibat menjadi mangsa ragut oleh seorang lelaki yang saya kira dalam kategori Mat Rempit. Ibu tersebut meninggal dan di dalam dompet beliau hanya ada RM2 sahaja dikatakan untuk membeli makanan ringan untuk anak beliau.

4) Apa sudah jadi dengan bangsa kita? Perangai sebegini pada saya lebih teruk dari syaitan. Kenapa kita sampai ke tahap ini?

5) Isu ini bukan satu isu yang baru kerana media pada sesuatu ketika menjadikan isu ini di muka depan dan akhirnya menjadi isu nasional. Panas seketika kemudian senyap dan akhirnya berulang kembali. Kitaran ini berulang - ulang namun kita masih lagi tidak mampu untuk melaksanakan langkah berkesan bagi menanganinya.

6) Apakah bangsa kita hanyalah satu bangsa yang hanya tahu berbahas sahaja? Kalau bekerjapun seringkali mengharapkan nama terutama pemimpin politik.

7) Permasalahan moral ini pada saya berkait rapat juga dengan didikan dan pendidikan akhlak serta moral bermula dari rumah. Kebanyakan ibu bapa masa ini tidak pandai berkomunikasi ataupun kurangnya ilmu pendidikan untuk mengajar anak. Akibatnya institusi keluarga kini tidak lagi menjadi tempat penting untuk membentuk akhlak anak2 akibatnya tanggungjawab tersebut terpaksa dipikul sepenuhnya oleh pihak sekolah, mahupun pihak kerajaan yang terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut.

8) Bagi mengatasi permasalahan ini, saya merasakan cadangan berikut wajar diambil kira:

Pertama: Terapkan ilmu keibu bapaan bermula dari peringkat menengah atas dan wajibkan ia sebagai satu pelajaran bagi setiap pelajar menengah tinggi.

Kedua: Pelbagaikan kursus keibubapaan kepada bakal ibu bapa anjuran pihak Kementerian mahupun swasta. Adakan geran untuk kursus2 seperti ini demi memantapkan institusi kekeluargaan.

Ketiga: Kerajaan wajar memikirkan satu cara untuk memendekkan sedikit waktu bekerja bagi kaum ibu terutamanya bagi membolehkan ruangan masa oleh ibu kepada anak2 kerana anak2 yang selalu berkomunikasi dengan ibu bapa mempunyai nilai moral yang lebih baik menurut kajian.

Keempat: Kembali kepada agama. Islam adalah syumul dan merangkumi semua aspek. Penerapan nilai Islam atau nilai agama akan mampu mengekang permasalahan sosial umat. Ini telah terbukti zamn berzaman dan kita perlu ke arah itu.

9) Semoga ibu2 di Malaysia akan dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam pembangunan pendidikan anak2 agar matlamat pembangunan bangsa dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Jalilmm: selamat hari ibu buat bonda Allahyarhamah Esah Binti Sulaiman yang banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan dan perjuangan. Semoga rohmu aman di sana. Buat isteri yang menjadi ibu kepada anak2 saya semoga kita dapat membentuk satu keluarga yang benar2 berkualiti sepanjang masa. Terima kasih buat kalian...

Rabu, 29 April 2009

Penghapusan Ekuiti Bumiputra: Pro atau Kontra?

Salam. Kita perhatikan, baca dan nilai pro dan kontra dasar yang baru diperkenalkan ini. SUMBER:http://kuda-kepang.blogspot.com

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.


Ibrahim Ali
25 April 2009
Posted by kudakepang at 6:04 PM

Ahad, 12 April 2009

KABINET BARU: KENAPA KETEPIKAN KJ?


Saya bukanlah peminat setia Sdr YB Khairy Jamaluddin (KJ), Ketua Pemuda UMNO Malaysia yg baru kerana saya adalah pendokong setia kumpulan Mukhriz Mahathir suatu ketika dahulu. Malah saya terlibat mencadangkan Mukhriz untuk bahagian saya walaupun bila pengundian secara angkat tangan dibuat, Mukhriz tewas kepada Dr Khir Toyo untuk Bahagian Serdang.

Walaupun umum mengetahui bahawa KJ dikatakan terlibat dalam politik wang sebelum pemilihan dahulu, namun semua ahli UMNO akur bahawa politik wang dalam pemilihan UMNO bukanlah perkara baru malah boleh dikatakan hampir kebanyakan calon yang bertanding terpaksa mengamalkan perkara ini atas sebab2 'demand' daripada para perwakilan. Bak kata Dato' Seri Najib dalam ucapannya 'beri salah, tak beri kalah'. Bukan bermakna saya menghalalkan politik wang dalam hal ini, tetapi sistem pemilihan UMNO itu sendiri yang menjurus ke arah pengamalan politik wang. Akibatnya ia menjadi satu budaya dalam UMNO.

Dalam hal ini saya merasakan KJ dan rakan2nya yang lain yang dikatakan mengamalkan poitik wang telah dimangsakan dan dihukum walaupun pelbagai spekulasi dibuat, namun beliau tetap dibenarkan bertanding. Alasannya adalah agen KJ tidak begitu kuat untuk dikaitkan dengan beliau. Entahla sebab kita pun tidak tahu tentang hal ini kerana sesiapa sahaja boleh mengaku yang dia menjadi agen kepada polan dan si polan sebab ini kan politik ala UMNO. Cantas mencantas adalah pelajaran politik yang terdapat dalam silibus pelajaran politik ala UMNO yang pada saya cukup memualkan terutama bagi golongan muda UMNO seperti saya.

Satu Malaysia tahu atau di setkan perspektif mereka terhadap KJ namun tiada satupun bukti yang dikemukakan untuk mengaitkan beliau dengan tuduhan2 tersebut. Saya tidak begitu pasti adakah apa yang dituliskan oleh si Raja Petra adalah benar atau tidak memandangkan tulisan2 dan personaliti beliau sendiripun membuatkan saya tidak begitu pasti status kebenarannya. Sukar untuk kita mempercayai tulisan2 orang yang selalu bermain2 dengan agama terutama tulisan RPK berkenaan agama yang menimbulkan kontroversi suatu ketika dahulu. Pada saya persepsi dan pembunuhan karakter di dalam politik adalah perkara biasa dan termasuk dalam silibus politik juga. Mungkin saudara yang lebih lama aktif dalam politik lebih arif tentang hal ini. Jadi pada saya adalah tidak adil menghukum KJ hanya berdasarkan pandangan masyarakat terhadapnya. Seseorang itu tidak boleh dihukum selagi tidak dibuktikan kesalahan mereka.

Rakyat Malaysia terutama orang2 Melayu samada di dalam ataupun di luar UMNO saya begitu pasti tercari2 ikon muda yang boleh membawa negara ke arah yang lebih baik suatu hari nanti. Untuk memimpin pada abad ini, kepintaran adalah satu kemestian. UMNO mahupun komponen BN yang lain wajar menukar 'order' politik dan cara pendekatan perlukan perubahan 360 darjah. Pada saya ini tidak akan dapat dilakukan oleh pimpinan lama sebaliknya perlukan orang baru dengan barisan idea yang lebih segar. Cara kempen ala memperbodoh2kan rakyat seperti yang dilakukan oleh BN dalam pilihanraya kecil baru2 ini sudah tidak relevan lagi.

Kehadiran KJ seolah2 ditenggelamkan oleh media arus perdana baru2 ini jelas berniat untuk memalukan pemimpin muda yang sebaya dengan saya ini. Tambahan pula apabila PM kita yang baru tidak menyenaraikan KJ di dalam kabinet dengan alasan beliau diminta untuk menumpukan perhatian kepada pemuda semata2 dan bagi memperkuatkan barisan muda. Memang orang bodoh pun tahu bahawa alasan ini adalah alasan berlapik ala Melayu walhal Ketua Pemuda yang memenangi pemilihan UMNO ini sememangnya amat malu dengan tindakan ini walaupun tidak dizahirkan secara lahiriah. Timbalan beliau seperti Dato Razali dan Dato Mukhriz (idola saya) dipilih untuk menyertai kabinet.

Pada saya kita perlu akur kepada pemilihan baru2 ini. KJ telah memenangi pemilihan tersebut dan suka atau tidak beliau akan memimpin gerakan Pemuda selepas ini dan sebaiknya diberikan peranan aktif dalam kabinet. Tumpuan untuk memperkuatkan parti tidak seharusnya diletakkan di bahu KJj sahaja sebaliknya tanggungjawab semua untuk memastikan UMNO kembali kuat. Pemuda bukan hanya pemuda UMNO sahaja sebaliknya sayap lain juga wajar berperanan aktif untuk kembalikan sokongan rakyat. Kalau alasan yang diberikan oleh PM diambil kira seolah2 menunjukkan hanya pemuda saja yang lemah dan menidakkan kebolehan anak muda seperti KJ dan lain2 yang berusia 30an yang telah bersiap sedia ini untuk mengambilalih pentadbiran parti dan negara suatu hari nanti.

UMNO perlu transform untuk menarik kembali sokongan rakyat. Pada saya ramai di kalangan anggota kabinet yang wajar diberikan pertimbangan semula untuk dipilih. Tanggungjawab penerangan contohnya seharusnya diberikan kepada orang baru dan lebih muda yang lebih energetik untuk memastikan penyampaian maklumat bukan hanya melalui akhbar, TV sahaja sebaliknya melalui blog2 dan internet juga di perkemaskan. TV1 contohnya pada saya sudah terlalu tua untuk menarik golongan muda seperti saya menonton. Lihat saja iklannyapun sudah agak ketinggalan ditambah pula dengan pembaca berita yang telah 30 tahun membaca berita dengan nada sama yang agak membosankan dan berstaus quo kata orang. Ini semua perlu dirubah dengan gaya baru yang lebih segar.

Kesimpulan yang dapat saya berikan adalah PM baru kita wajar menimbangkan semula kabinet yang telah diusun di masa hadapan (mungkin) agar lebih remaja dan dinamik. Barisan idea2 baru wajar dipersembahkan kepada rakyat dalam bentuk yang lebih ringkas dan muda agar dapat dicerna oleh golongan muda dan seterusnya dapat kembalikan sokongan golongan muda kepada UMNO atau BN. Pemilihan Ketua Pemuda UMNO ke dalam kabinet juga wajar memandangkan keadaan sokongan orang muda terhadap UMNO kini dilihat begitu suam. Kita tidak tahu kekuatan sebenar KJ terhadap UMNO sebab kita masih belum memberikan peluang sebaiknya kepada beliau. Saya optimis beliau mampu melakukannya kerana rakyat yang sebaya dengan KJ berasa amat dekat dengan beliau.

Ahad, 29 Mac 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: UMNO DAN ERA TRANSFORMASI

1. Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menghadiri perhimpunan Agung UMNO setiap tahun walaupun cuma seketika disebabkan terikat dengan komitmen kerja. Bukan sebagai perwakilan tetapi hanya untuk memerhati dan menghayati suasana perhimpunan terbesar bangsa Melayu di PWTC.

2. Biar apa sekalipun persepsi orang lain terhadap UMNO termasuk rakan2 saya disekeliling yang saya temui hampir 90% benci kepada UMNO, namun saya tetap merasakan pembangkang masih belum cukup haul untuk mengambilalih pentadbiran negara. Dalam ertikata lain masih belum cukup meyakinkan saya untuk memerintah negara.




3. Walaupun terlalu banyak kelemahan di dalam UMNO yang semestinya memerlukan satu 'over haul', namun saya yakin pada satu titik rakyat akan kembali ke dakapan UMNO. Dengan syarat UMNO harus transform dan bersedia untuk berubah.

4. Perhimpunan dan Pemilihan UMNO yang baru berlangsung beberapa hari lalu menyaksikan parti terkuat di dunia itu telah memulakan langkah ke arah perubahan. Semua sayap telah memberi isyarat yang cukup jelas kepada kepimpinan tertinggi dan rakyat bahawa arus perubahan telah bermula di dalam UMNO.



5. Semua bentuk perubahan yang ingin dilakukan (dalam konteks pemerintahan dan politik) memerlukan beberapa syarat dan antara syarat yang paling utama adalah pemimpin mesti orang yang baru. Orang baru biasanya mempunyai idea baru yang lebih segar.

6. Di semua peringkat kepimpinan UMNO samada Pergerakan Pemuda, Puteri, Wanita mahupun MT hatta orang nombor 1 dan 2 UMNO juga menyaksikan satu transformasi generasi lama kepada generasi baru telah berlaku. Ini bermakna rakyat bukan saja ahli UMNO dambakan satu perubahan besar-besaran dari segenap segi untuk membawa parti dan negara ke era yang lebih baik.

7. Tun Dr Mahathir juga kembali bersama UMNO walaupun masih belum secara rasmi berbuat demikian. Saya berpandangan Dato' Seri Najib selaku generasi baru berupaya menjadi penyatu antara mereka. Harapnya semoga Dato' Seri najib dapat memberikan tempat yang baik kepada Tun dan Pak Lah agar sama2 dapat membantu menguatkan kembali UMNO.

8. Harapan saya agar UMNO kembali menjadi pembela bangsa Melayu dan semoga politik wang dapat dihapuskan sama sekali. Hidup Melayu! Hidup UMNO!

Isnin, 9 Mac 2009

PPSMI DIPOLITIKKAN



1. Dalam posting saya beberapa bulan yang lepas saya telah menyentuh berkenaan isu ini yang saya kira telah timbul ataupun ditimbulkan kembali kini.



2. Saya merasa agak pelik juga kenapakah isu yang telah 6 tahun dilaksanakan ini baru kini ditentang hebat oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang bahasa iaitu GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI).


3. Isu ini sebenarnya telah dimulakan oleh rakan2 kita berbangsa Cina melalui Persatuan Cina Dong Zhong suatu ketika dahulu semasa awal-awal diperkenalkan kalau saya tidak silap tetapi lama kelamaan suara mereka menjadi tenggelam dan kini isu ini tiba-tiba menjadi panas kembali 'kebetulan' apabila hampir-hampir Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung kira-kira 2 minggu lagi.

4. saya kurang bersetuju kalau sekiranya isu ini diperjuangkan oleh pejuang bahasa Melayu sahaja kerana saya rasa tidak wajar bahasa Melayu akan lenyap akibat kita menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran hanya untuk 2 mata pelajaran sahaja.

5. Saya sebenarnya lebih melihat isu ini dari aspek keupayaan kita untuk melahirkan generasi yang memahami konsep sains dan matematik akan tersekat dek kerana bahasa ataupun orang putih kata bounded by language dan bukannya aspek bahasa Melayu kita akan terhakis.

6. Bahasa ibunda kita sebenarnya tidak akan terhakis sebabnya kalau kita lihat sekarang inipun buku2 rujukan ilmiah kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris dan kita tiada pilihan selain menggunakan rujukan2 tersebut terutama untuk yang di peringkat Universiti atau dah bekerja.

7. Adalah lebih baik sekiranya pejuang2 bahasa ini lebih menumpukan kepada aspek penterjemahan bahan2 ilmiah ini ke dalam bahasa Melayu untuk mengelakkan terhakisnya Bahasa Melayu daripada turun ke jalanana seolah2 perkara ini telah tiada jalan penyelesaian.

8. Ini kerana saya kurang bersetuju apabila bidang pendidikan dijadikan alat2 oleh pihak tertentu untuk membunuh karier politik sesiapa pun. Ini yang kita nampak dan ini yang diperhatikan. Ia juga terbukti dalam siri demontrasi baru2 ini yang telah di tumpang tui oleh Pas dan PKR.

9. Isu ini tidak wajar dipolitikkan sama sekali kerana ia melibatkan masa depan anak bangsa bukan saja Melayu tetapi Cina dan India juga. Kita perlu lebih risaukan kekurangan intelektual sains dan jurutera ataupun akautan daripada kekurangan penghayatan bahasa.

10. Saya bukanlah orang yang anti bahasa tetapi saya rasakan bahawa isu PPSMI yang diperjuangkan oleh GMP kini kalau diukur dengan matlamat sebenar agak tak seiring dan tiada kaitan langsung. Isunya adalah bukannya bahasa Melayu dihapuskan sama sekali atau tergugat tetapi soalnya hanya 2 mata pelajaran ini sahaja yang tidak melibatkan subjek sejarah, pendidikan seni, kemahiran hidup dan subjek lain yang masih menggunakan BM sebagai bahasa pengantar. Kalau ini berlaku saya akan bangkit bersama2 DBP dan sesiapa pun untuk menjaga bahasa ibunda saya.

11. Oleh itu marilah kita hayati kembali kenapakah kita menentang penggunaan BI dalam Sains dan Matematik iaitu untuk mengelakkan para pelajar terutama yang di luar bandar gagal memahami konsep sains dan matematik hanya sebab kelemahan penguasaan BI dan ini mengakibatkan kita akan kekurangan jurutera ataupun saintis malah akan membunuh harapan anak2 kita yang sepatutnya mampu pergi jauh tetapi hanya disebabkan bahasa mereka terpaksa melupakan hasrat dan cita2 mereka. Ini sebenarnya isu pokok yang perlu semua orang jelas saya rasa.

12. Saya berpandangan isu ini ditimbulkan kembali ketika ini mungkin untuk membunuh karier politik calon2 tertentu ataupun mungkin juga untuk memastikan kemenangan pilihanraya kecil parti2 tertentu. Kalau inilah tujuan tersirat GMP maka saya selaku rakyat Malaysia tidak berpangkat ini amatlah kesal dan saya merasakan pejuang2 bahasa ini wajar menumpukan kepada aspek penterjemahan dan pengkayaan kosa kata bahasa daripada membuang masa dengan menjatuhkan kredibiliti mereka di atas jalan raya.

Ahad, 22 Februari 2009

Lontaran Minda Sedar Bahagian I: Melayu Jatuhkan Melayu

Beberapa siri tulisan saya kali ini mungkin akan menyebabkan sahabat-sahabat pembaca terguris, marah, kurang setuju atau mungkin kurang berpuas hati. Tetapi saya bersedia mendengar maklumbalas sahabat2 semua menerusi ruangan komen di bawah ini. Bagi yang tidak mahu nama sahabat2 sekalian tersiar bolehlah menggunakan anynomous. Saya mengalu-alukan perbezaan pendapat dengan saya di mana ruang kelemahan saya atau mungkin sahabat2 sendiri dapat diperbaiki demi menjadikan kehidupan kita lebih baik di masa hadapan.

Persoalan dan perbincangan tentang masalah bangsa Melayu menjadi isu yang benar-benar hangat kalau dibicarakan tidak kiralah di peringkat mana sekalipun samada di dalam wacana ilmiah di peringkat universiti hinggalah ke warung kopi Pak Lah di Kampung Guar Chempedak iaitu apa sebenarnya penyebab utama bangsa kita Melayu seringkali ketinggalan tak kira dalam apa jua aspek terutama aspek ekonomi. Logik kita semua tidak dapat menerima fakta yang sudah di depan mata iaitu orang Melayu menguasai politik negara tetapi dalam apa jua bidang terutama bidang ekonomi bangsa Melayu masih ketinggalan. Perangkaan terbaru yang dikeluarkan menunjukkan Melayu menduduki tempat ketiga (#3) dalam bidang ekonomi. Saya kira sahabat2 pembaca juga tidak menerima logiknya perkara ini tetapi itulah hakikatnya yang harus kita terima.

Saya tidak pernah bersetuju bahawa bangsa lain terutama bangsa Cina menjadi pengancam atau penyebab utama kejatuhan Melayu. Bagi saya bangsa Cina berhak mendapat hak mereka dan berhak menjadi lebih baik dari kita kerana beberapa sebab yang akan saya jelaskan dari masa ke semasa. Adakah sebab makanan? Peluang yng kurang ataupun sebab bangsa kita ni memang jenis pemalas?

Saya tidak suka membicarakan aspek biasa yang sering di bicarakan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai cendekiawan atau cerdik pandai. Bukan kerana saya tidak percaya dengan kajian tetapi kita telah berbincang dan mengkaji selama lebih 50 tahun: Hasilnya? Bangsa Melayu kita masih tertinggal dalam pelbagai aspek dan saya menganggap kajian2 ini perlu diletakkan dalam senarai KIV terlebih dahulu. Tidak juga bermakna pendapat saya ini benar dan perlu disetujui tetapi saya rasakan bangsa kita terutama ahli2 politik banyak sangat berselindung fakta dan kita seringkali tidak bercakap di atas realiti sebenar yang berlaku secara 'lay man terms'. Kita lihat dan kaji situasi ataupun kategori di bawah yang telah saya bahagikan ini:

1. Dalam bidang ekonomi

Walaupun saya bukanlah ahli perniagaan, tetapi hasil perbualan saya dengan rakan2 yang terlibat dalam bidang perniagaan dan saya juga pasti tentu ada di kalangan pembaca semua pernah menghadapi situasi berikut di mana terpaksa berhadapan dengan prosedur2 leceh atau kesukaran untuk mendapatkan sesuatu lesen, permit ataupun pinjaman apabila mahu memulakan sesuatu perniagaan. Kita semua sedia maklum bahawa kementerian2 tertentu dikepalai oleh ramai yang sekulit dan sebangsa dengan kita. Yang hairannya kenapa prosedur yang begitu mudah disusahkan dan apabila ingin membuat sesuatu kelulusan mengambil masa berbulan2 dan memerlukan pelbagai prosedur2 yang tidak sepatutnya. Saya bersetuju bahawa kita perlu ada prosedur dan peraturan tetapi di saat kita mencari ke'perfect'an tersebut bangsa lain telah mendahului kita. Akibatnya ramai yang tidak dapat meneruskan perniagaan akibat kita terlalu mencari ke'perfect'an tersebut. Mungkin ada yang berpendapat bahawa orang kita tidak berdisplin dan begitu begini yang negatif berkenaannya dan pendapat yang kita utarakan itulah sebenarnya yang mengganggu persepsi kita semasa berurusan yang menyumbang kepada terbunuhnya orang2 yang sebenarnya layak semasa membuat sesuatu permohonan tadi. Jadi berubahlah untuk bangsa kita. Saudara pembaca percaya atau tidak bahawa sekiranya bangsa lain yang mengepalai sesuatu organisasi yang strategik dan penting mereka akan memudahkan prosedur yang sememangnya mudah ini. Hal ini saya rasa faktor besar yang menyumbang kepada kejatuhan bangsa kita di mana kita sering menyulitkan perkara2 mudah. Akibatnya kita hanya membuang masa dengan melalui prosedur sedangkan bangsa lain semakin hari semakin maju meninggalkan kita.

2. Melayu Mudah Mabuk Kuasa

Apabila seseorang Melayu telah berjaya di dalam sesuatu bidang dan mengepalai apa jua organisasi atau badan, maka perasaan angkuh kebiasaanya cepat menguasai diri (walaupun di mulut biasanya kita tidak mengaku). Memang tidak semua tetapi pada pandangan saya ramai Melayu yang cepat mabuk apabila diberi kuasa. Memang sejak zaman British lagi bangsa kita adalah satu bangsa yang mudah dibeli dengan pangkat. Apabila mendapat pangkat, maka kita sanggup khianati bangsa sendiri dan sanggup menjadi 'anjing suruhan' untuk sesiapa sahaja. Kita akan menurut apa saja cakap si pemberi pangkat tadi tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain terutamanya anak bangsa. Kita tentu pernah terdengar ayat2 berikut diberikan oleh sesiapa sahaja yang pangkatnya lebih atas dari kita iaitu 'kamu ingat senang untuk sampai ke tempat saya ini, saya telah melakukan yang terbaik lebih dari apa yang diperlukan untuk sampai ke tahap ini'. Akibatnya mereka telah meletakkan 'requirement' atau ekspektasi yang sangat tinggi untuk membolehkan orang lain di bawah untuk naik. Kadangkala mengambil masa yang sangat lama dan ini mengakibatkan anak buah kita menjadi lemah semangat dan hilang daya saing. Sedangkan cuba kita lihat bangsa lain yang saya perhatikan tidak sehebat manapun tetapi mereka diberi peluang yang luas oleh rakan dan majikan mereka hingga mereka mempunyai kadar pendapatan yang jauh melebihi kita. Ini kerana kita seringkali mahu orang lain menjadi sangat baik mengalahkan malaikat dahulu iaitu mahu orang lain menjadi benar2 hebat pada tahap yang tidak logik terlebih dahulu sebelum membuka peluang kepada orang lain. Kalau budaya ini berterusan, maka sekali lagi bangsa lain yang hanya meletakkan minimum requirement lebih cepat maju ke hadapan. Terus terang saya berani katakan bangsa lain tidak sehebat mana tetapi rakan2 mereka yang naik terlebih dahulu banyak membantu membuka jalan untuk menaikkan bangsa mereka ke tahap yang lebih baik. saya sekali lagi ingin tegaskan di sini bahawa kalau sikap berlagak dan perasan bagus ini berterusan bersarang dalam diri bangsa kita maka kita akan perlukan 500 tahun lagi untuk maju! Malangnya.

3. Politik

Satu pemerhatian yang mudah ialah cuba kita lihat apa yang berlaku di dalam negara kita hari ini. Di saat tempat lain di dunia berbicara dan menyiapkan diri untuk menghadapi kelembapan ekonomi global bangsa kita masih mabuk dengan politik. Kadang2 saya yang minat politik inipun merasa muak dengan masalah perebutan siapa yang mahu jadi MB dan sebagainya yang berlaku kini.

Kita lihat mutakhir ini bangsa kita seolah2 mabuk dengan isu politik dan bergaduh sesama sendiri tanpa memikirkan isu lain yang juga besar seperti isu pemberhentian kerja oleh majikan dan sebagainya.

Satu kelemahan paling ketara Melayu dalam hal politik ialah kita tidak pandai menggunakan kuasa politik untuk menganjak ekonomi Melayu agar berdaya saing dengan bangsa lain. Seperti yang saya telah jelaskan di awal ruanagn ini iaitu bangsa kita sangat unik di mana kita mendominasi politik negara tetapi aspek ekonomi kita berikan kepada bangsa lain. Memang kita amat pemurah!

Saya akan kembali untuk menulis dan mengkritik berkenaan bangsa yang saya sangat sayang ini untuk kita sama2 hayati dan merubah agar tidak terus hanyut dalam bab ke-2nanti. Selamat membaca.


.






Sabtu, 7 Februari 2009

Senario Kalut Politik Perak


Telah agak lama juga saya tidak mengirimkan tulisan saya ke blog ini. Bukannya apa sejak akhir-akhir ini agak terlalu sibuk dengan tugasan harian hingga menyebabkan saya tidak sempat untuk duduk sejenak menganalisa dan akhirnya menulis komen tentang keadaan politik negara mutakhir ini.

1. Kita semua tahu dan membaca apa yang berlaku di Perak akhir-akhir ini. Seluruh negara dikejutkan oleh isu lompat melompat yang berlaku di antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN. Episod bermula apabila ADUN Bota mengisytiharkan keluar dari Umno dan masuk PKR. Dengan bangganya DS Anwar Ibrahim mengisytiharkan 'perang' nya ke atas sasaran paling dikehendakinya iaitu DS Najib Tun Razak. Maka bermulalah drama lompat melompat di Perak.

2. Selepas daripada itu, sekali lagi kita dikejutkan dengan kehilangan 2 ADUN PKR. Ada pelbagai khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyatakan 2 ADUN terbabit dilihat berada di daerah kelahiran DS Najib. Ada pendapat menyatakan mereka berada di sana atas sebab terdapatnya unsur-unsur tawar menawar untuk melompat parti dan juga di pihak DS Najib pula ada yang menyatakan menawarkan 'sesuatu' kepada 2 Adun terbabit.

3. Situasi bertambah gawat apabila seorang lagi Adun DAP mengumumkan keluar PR dan mengisytiharkan diri sebagai Adun bebas tetapi menyokong BN. Adun Bota juga turut mengumumkan keluar PKR dan kembali ke pangkuan UMNO. Manakala 2 Adun yang hilang tadi turut membuat penampilan bergaya dengan mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi calon bebas.

4. DS IR Nizar pula mula cemas dan terpaksa turun naik istana bertemu Sultan Perak Raja Azlan Shah. Begitu juga BN yang dikepalai oleh bakal PM iaitu DS Najib mengadakan sidang akhbar dan seterusnya dengan muka senyum (biasanya beliau jarang senyum) mengisytiharkan BN merampas kembali Perak.

5. Dari pengamatan yang saya lihat apa yang berlaku di Perak ini sama dengan apa yang berlaku di Sabah beberapa tahun lalu semasa DS Anwar menjadi TPM ketika itu di mana satu siri pertukaran kerajaan negeri dilakukan secara terancang dan BN berjaya merampas kembali negeri bukan melalui proses pilihanraya. DS Anwar memang antara yang pakar dalam hal menarik wakil rakyat memasuki mana-mana parti yang beliau suka. Kini perkara yang sama juga beliau ingin lakukan bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara.

6. Saya merasakan apa yang berlaku ini adalah berpunca dari DS Anwar sendiri. Pada bulan September tahun lalu beliau mendakwa ada hampir 32 wakil rakyat BN akan melompat ke PR. Tetapi malangnya perkara tersebut tidak berlaku sebaliknya landskap politik negara sedikit goyah kerana apa yang dilakukan oleh DS Anwar memang dari segi perundangannya tidak salah tetapi dari segi moral dan kesan jangka panjangnya amat teruk kepada negara.

7. Kita cuba bayangkan kalau hari ini kita bertanding atas tiket BN dan menghabiskan berjuta ringgit wang pilihanraya BN, tetapi setelah memenangi pilihanraya, kita melompat parti dan masih menjadi wakil rakyat tetapi atas tiket parti lain. Hal ini besar implikasinya kepada kestabilan politik negara di mana tafsiran atau keinginan rakyat dinafikan. Ini kerana saya berpendapat majoriti pilihan yang dibuat oleh rakyat adalah berdasarkan parti dan bukannya individu. Mungkin ada yang melihat individu tetpi jumlah yng mengundi atas kapasiti individu adalah minoriti. Tak mungkin semua orang kenal hati budi calon wakil rakyat masing-masing kecuali kawan dan keluarga terdekat atau di kalangan ahli politik yang diwakili calon terbabit. Tetapi ramai yang mengetahui agenda parti politik dan tafsiran atau keinginan rakyat pada pandangan saya tidak wajar diketepikan dalam hal ini.

8. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan mewujudkan akta lompat parti agar mana-mana calon yang menjadi wakil rakyat atas tiket parti yang diwakilinya wajib meletakkan jawatan terlebih dahulu sekiranya ingin menukar parti. Beri ruang kepada rakyat untuk memilih calon dan parti pilihan mereka. Oleh itu kuasa rakyat adalah kuasa penentu dan bukannya ahli politik yang menentukan mana-mana calon mereka dan seterusnya hanya menjayakan agenda peribadi mereka semata-mata.

9. Saya merasakan PR mempunyai potensi yang besar untuk merampas Malaysia daripada pemerintahan BN yang panjang ini. Hal ini boleh terjadi sekiranya BN masih lagi tidak mahu berubah, tidak berupaya merubah imejnya dan tidak berjaya mengalih persepsi rakyat serta gagal mengekang masalah rasuah yang saban hari kian menular.

10. Tetapi PR gagal mengambil peluang di mana BN sedang berada dalam situasi paling lemah dalam sejarah perjuangannya ini. Sepatutnya PR yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim lebih menumpukan kepada 5 negeri yang telah berjaya dikuasainya kerana rakyat akan menilai dan membuat pertimbangan. Persepsi rakyat terhadap PR memang diakui agak positif ketika ini tetapi kalau PR terutama sekali DS Anwar terlalu gelojoh dalam politik maka inilah akibat yang perlu ditanggung. UMNO yang dikepalai oleh DS Najib telah melakukan satu siri serangan balas setelah sekian lama berdiam diri dan tidak membalas. Walaupun secara politiknya agak tidak bermoral dengan cara ini tetapi satu hakikat yang perlu diakui UMNO-BN telah menang besar dalam persaingan politik ini. DS Anwar sekali lagi dilihat gagal mengotakan janjinya setelah memberikan satu retorik kosong September lalu.

11. Nasihat saya selaku insan yang tidak berjawatan ini kepada ahli politik PR agar tumpukan kepada kemajuan di 5 negeri yang telah dikuasai oleh mereka daripada dok sibuk kacau YB BN untuk melompat parti kerana biarkan rakyat yang buat penilaian. Buat BN pula, pada waktu ini apa yang lebih diutamakan oleh rakyat adalah hal ekonomi dan rakyat secara majoritinya tidak peduli siapa yang memerintah asalkan kebajikan mereka terjaga! Jadi lakukanlah yang terbaik untuk negara dan selepas daripada ini tumpukanlah kepada bagaimana untuk membela nasib rakyat.

Isnin, 5 Januari 2009

Isu Palestin: Di Mana Muslim??


1. Dunia menyaksikan satu lagi siri kezaliman apabila tentera laknat Zionis-Israel menyambut tahun baru 2009 dengan melancarkan serangan ala-penghapusan etnik ke atas Palestin sejak seminggu lalu.

2. Seramai hampir 500 lebih rakyat yang tidak berdosa terutama kanak2 dan wanita dibunuh dengan begitu kejam tanpa mempedulikan sensitiviti masyarakat antarabangsa apatah lagi Majlis Keselamatan PBB yang umpama 'Pengawal Keselamatan ' Nepal yang jaga simen di kawasan pembinaan- Langsung tidak mengambil usaha untuk mengarahkan agar tentera zionis menghentikan serangan mereka.

3. Memang tentera Zionis menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan siri penghapusan etnik lantas melenyapkan peta Palestin dari peta dunia di saat USA sedang dalam proses 'hand over' antara Obama dan Bush.

4. Saya tersentuh dengan gambar seorang bapa yg memangku anaknya yang telah menjadi mayat akibat terkena bedilan meriam tentera zionis. Cuba anda bayangkan kalau anak anda dibunuh dengan begitu kejam di dalam rumah sendiri oleh musuh. Memang sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyuntik satu dendam kesumat yang tidak akan terpadam sampai bila2.

5. Negara2 Islam terutama negara Arab ke mana dalam hal ini? Kenapa sebagai orang Islam yang kebanyakannya berpusat di Timur Tengah tidak mampu untuk bersatu membantu Palestin dalam menghadapi rejim laknat ini?

6. Negara Islam kebanyakannya dikurniakan dengan hasil bumi yang mewah seperti minyak dan emas. Kenapa kita tidak dapat menguasai ekonomi dunia dan seterusnya menyalurkan kepada ketenteraan?

7. USA sememangnya beruntung dalam hal ini kerana mereka menjadi pembekal senjata kepada negara yang berperang. Mungkin ini salah satu usaha USA bagi menaikkan atau menjaga kedudukan ekonomi mereka daripada terus runtuh. Memang di saat kegawatan ekonomi melanda dunia, perniagaan senjata amat selamat dan menguntungkan. Jika ini tujuan USA, maka dunia Islam harus memikirkan satu cara bagaimana caranya untuk kita meruntuhkan terusem ekonomi mereka.

8. Ini boleh dilakukan dengan peralihan kebergantungan Dollar US kepada matawang lain seperti Euro mahupun Dinnar Emas.

9. Kita boleh melakukan ini dengan syarat umat Islam di seluruh dunia walaupun dipecahkan dengan pelbagai mazhab dan fahaman perlu bersatu atas nama Islam dan atas kiblat yang sama demi memastikan nasib orang dan negara Islam terbela dan tidak menjadi seperti Palestin.

10. Ayuh umat Islam marilah sama2 kita berdoa agar Allah SWT memberikan kemenangan kepada kita dalam menghadapi pihak musuh laknatullah. Hidup Islam!!Bebaskan Palestin!!