Selasa, 22 Jun 2010

PEMANSUHAN PMR dan UPSR...

1. Saya agak terkejut apabila baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemungkinan untuk memansuhkan 2 peperiksaan utama negara iaitu UPSR dan PMR sebaliknya mengekalkan SPM.

2. Secara peribadinya saya agak kurang setuju dengan tindakan terbaru kerajaan ini. Adakah selama ini semua graduan atau bukan graduan yang berjaya di dalam dan di luar negara yang lahir di Malaysia melalui sistem pendidikan yang dah berpuluh tahun ini tidak efisien? Adakah keputusan ini menggambarkan kurangnya kualiti kita semua yang selama ini berorientasikan peperiksaan ini adalah hasilan dari satu sistem yang dianggap gagal? Saya rasa tidak...

3. Sesuatu sistem itu diubah atau dinaiktarafkan apabila terbukti sistem tersebut tidak berkesan. Tetapi dalam hal ini, saya tidak nampak kegagalan kepada sistem 3 peperiksaan utama ini.

4. Antara sebab saya mengatakan begitu:

1) UPSR- Peperiksaan ini adalah perlu untuk menempatkan dan mengasingkan pelajar cemerlang, sederhana dan kurang cemerlang. Hal ini perlu untuk menyusunatur tahap penyampaian guru di sekolah.

Selain itu, melalui peperiksaan awal ini juga, pelajar akan didedahkan dengan ketahanan mental di peringkat awal lagi untuk menempuhi cabaran dan cabaran mental ini hanya boleh diperolehi salah satunya adalah melalui peperiksaan.

Para ibu bapa pula akan memastikan anak-anak mereka berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai sesuatu kemahiran dalam semua mata pelajaran yang diambil oleh anak mereka. Hal ini akan meningkatkan mutu pengetahuan murid-murid kerana mereka akan berada pada tahap optimum sebelum menghadapi peperiksaan. Samada mereka akan lupa selepas peperiksaan itu adalah hal lain kerana tahap ingatan otak manusia lumrahnya memang begitu. Tetapi apa yang penting, mereka sudah menguasai pengetahuan atau konsep tersebut bukannya menghafal sahaja sesuatu konsep tersebut.

2- PMR- Peperiksaan ini perlu untuk menempatkan pelajar mengikut aliran yang mereka layak atau kehendaki. Kelayakan yang tertinggi untuk aliran utama adalah aliran sains. Untuk masuk ke aliran sains, maka penguasaan dalam subjek berkenaan di peringkat awal adalah sangat perlu. Hal ini kerana pemahaman konsep sains tulen adalah agak sukar dan memerlukan daya fikir yang optimum serta kemahiran matematik yang selayaknya.

Sekiranya peperiksaan ini dihapuskan, bagaimana kita dapat memastikan atau menentukan aliran aliran yang akan dipilih oleh pelajar ini? Kalaupun berdasarkan minat, kemungkinan akan berlaku masalah ketidakmampuan untuk membawa subjek-subjek berat berkenaan atau mengambil separuh jalan akan berlaku.

5. Secara dasarnya, saya merasakan penghapusan peperiksaan utama negara tersebut adalah tidak wajar. Jika ini berlaku maka akan timbullah masalah kurangnya minat untuk belajar di kalangan anak-anak serta dorongan dari ibu bapa juga akan kurang.

Sekurang-kurangnya peperiksaan akan menjadi sebab utama ibu bapa untuk memaksa anak-anak untuk belajar dan seterusnya guru-guru juga bersemangat untuk berlumba-lumba bagi mencapai keputusan terbaik berdasarkan pencapaian ranking sekolah mereka.

6. Harapan saya semoga pihak kerajaan akan mengkaji semula tindakan penghapusan peperiksaan ini demi kebaikan semua pihak. Sebab kita tidak mahu pihak kerajaan sekali lagi terpaksa menarik balik keputusan sama seperti yang berlaku ke atas PPSMI suatu ketika dahulu yang bukan sahaja menyusahkan semua pihak malah mencetuskan polemik nasional.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul bro...kita x mahu lagi dasar flip flop seperti kepimpinan yang lepas di alami seklai lagi. Hal ini akan mencetuskan polemik nasional sekali lagi kalau x ditangani dengan betul..


Nasir

Tanpa Nama berkata...

depa ni buata tak minta dari cikgu2 pun tau nak buat ikut suka depa saja
apa kata kalau betul PMR nak dimansuhkan...apa akan jadi pada budak2 ni lima tahun belajar tak dak apa,agilah syok bebudak ni enjoy sakan...
kalau form 4 budak2 kata tahun honey moon...maknanya kalau dari form 1 sampai form 4 lah budak2 ni akan honey moon...maka akan berlakulah kes2 disiplin yng berluluasa kat sekolah2...
tak percaya tengok lah

from tomtombak77

Jalilmm berkata...

Betui tu mat kie....aku rasa kerajaan ni x betul-betul kaji dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Orang hire la mana-mana consultant ka utk buat kajian terperinci sblm buat sesuatu....

Yg kecewa tu bila dah buat habis duit berbillion2 then tarik balik bila tukar menteri...

memang boleh bankrap malaysia kalau cmni...