Khamis, 8 Oktober 2009

Benarkah UMNO ingin Berubah??

1. Saya rasa masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca dan bloggers yang saya amat sayangi. Banyak pekara yang belaku sepanjang akhir ramadhan lalu sehinggalah pada hari raya. Walaupun saya bersama keluarga dapat berhari raya seperti biasa, namun agak kurang ceria disebabkan oleh diserang demam misteri disertai sakit tekak berpanjangan. Mungkinkah H1N1??

2. Saya bersama keluarga tidak begitu pasti samada telah terkena serangan H1N1 ataupun tidak. Apa yang pasti doktor sendiri tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar saya bersama keluarga. Saya bernasib baik kerana pulih sepenuhnya dalam masa 3 hari. Tetapi ahli keluarga yang lain mengambil masa yang agak lama juga untuk pulih sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah...

3. Komen saya berkenaan penyakit H1N1 ialah kerajaan perlu membuat penerangan dengan lebih aggresif lagi. Saya berpandangan Menteri Kesihatan yang baru ini kurang berkemampuan sedikit berbanding Datuk Seri Chua Soi Lek suatu ketika dahulu. Namun malangnya kemelut politik dalam MCA telah menolak beliau sekali lagi untuk keluar dari parti mereka.

4. Baiklah kita tinggalkan dulu cerita bab penyakit H1N1. Kita kembali ke topik satu penyakit yang kian berkudis di dalam UMNO. Juga kategori penyakit pandemik dan kronik. Kroniknya penyakit rasuah ini kerana ia bukan hanya boleh merebahkan satu individu malah boleh mengakibatkan kematian berjuta orang Melayu di Malaysia.

5. Untuk makluman sahabat pembaca yang dikasihi, saya memang salah seorang yang secara konsisten berjuang dan lantang bercakap untuk menghapuskan politik wang secara total dalam UMNO. Ini termasuklah beberapa usul saya di peringkat UMNO Bahagian Serdang untuk dibawakan ke peringkat tertinggi kepimpinan UMNO. Saya tidak pasti samada cadangan tersebut sampai ke atas atau tidak yang pastinya rakan-rakan rapat saya memang cukup maklum pantangnya saya dengan rasuah politik atau dalam bahasa anggunnya 'politik wang'.

5. Seperti yang kita ketahui pilihanraya kecil Bagan Pinang yang kecoh diperkatakan kini dimulai dengan kontroversi untuk meletakkan calon di mana UMNO Bahagian Teluk Kemang yang dikepalai oleh Tan Sri Isa hanya mencalonkan nama beliau sebagai calon tunggal untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

6. Tan sri Isa bukanlah orang baru dalam bidang politik kerana telah menjadi menteri besar Negeri sembilan selama hampir 22 tahun. Pendek kata beliau mempunyai pengalaman yang agak luas dalam bidang pentadbiran dan segala selok belok pentadbiran negeri di dalam kocek beliau sahaja.

7. Tetapi berdasarkan cakap kawan2 politik ada yang menyatakan tidak banyak pembaharuan yang beliau buat sangat pun sepanjang beliau berkuasa dahulu berbanding MB sekarang. Benarkah? Ini hanyalah pandangan mereka sahaja dan saya tidak ada hujah langsung untuk menepis andaian tersebut.

8. Saya melihat isu pemilihan semula Tan Sri Isa adalah lebih daripada semata-mata isu calon. Ia adalah isu prinsip dan prinsip serta komitmen untuk menghapuskan politik wang di dalam UMNO dilihat sebagai satu usaha yang sambil lewa sahaja. Selepas ini ramai yang akan beraggapan politik wang dalam UMNO bukanlah satu isu yang serius kerana sebaik selepas menjalani hukuman kita akan berupaya untuk membuat comeback dan keadaan ini akan mewujudkan satu ketidakadilan kepada calon lain yang juga wajar dipertimbangkan sebagai calon. Kita harus sentiasa ingat, UMNO kini sedang tenat menghadapi krisis imej yang begitu kronik dalam sejarah perjuangannya!

9. Pendapat peribadi saya tentang isu ini ialah seperti yang diketahui umum Bagan Pinang ialah kawasan kubu kuat BN. Apa yang perlu dilakukan adalah meletakkan calon lain yang walaupun tidak begitu hebat tetapi mempunyai imej bersih. Calon ini semestinya akan menang kan? Jadi kita tidak perlu risaukan hal kemenangan asalkan kita menunjukkan nepada rakyat bahawa kita tidak pernah memberikan peluang kedua kepada orang yang terlibat dengan rasuah.

10. Tan Sri Isa adalah orang lama dalam politik. Pada usia sebegini, saya berpendapat beliau sepatutnya menolak sahaja tawaran di peringkat bahagiannya dan mencalonkan orang lain yang merupakan calon pilihannya dan seterusnya membantu kempen untuk calon tersebut. Sekiranya ini berlaku dahulu, saya rasa imej UMNO tentu akan menjadi lebih baik.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suburkan api perubahan dlm umno...tak ke perhimpunan umno ke bro?

Jaz Ampang

jalte berkata...

Salam bro.

First time masuk blog bro dan baca segala nukilan insprasi bro di dalam perjuangan polotik.

Sangat 'menyegarkan' bila tahu ada golongan sebaya yg mengambil inisiatif berani untuk berjuang menongkah arus mencuci parti UMNO dari anasir2 yg menjadi kanser dan melemahkannya. Tambahan lagi bro yg saya kenal dari dulu memang seorang yg berdedikasi dan lantang bersuara, jadi memang mungkin sudah tersurat bro akan akhirnya menjurus ke landasan ini.

Teruskan perjuangan dan harapnya dapat teguhkan iman dan prinsip agar sentiasa berjuang ke arah yg benar. Insyaallah kami akan bantu jika diperlukan...

Jalut 9th

JALILMM berkata...

W Salam Jalte @ Jalut

Terima kasih atas kata2 semangat yang diberikan...tule kan...utk menyedarkan UMNO terutama pimpinan atasan tu bukan satu perkara yang mudah kalau kita tidak turut serta join parti dan bersama2 bentuk satu gelombang perubahan seperti yg kita nak...

Sepanjang 3 tahun kebelakangan ni aku agak komited dalam perjuangan dalam umno w pun sesetengah kawan2 perlekehkan niat dan keikhlasan kita dalam perjuangan ni...

Pepatah ada kata dalam perjuangan kita jangna berhenti berjuang...kalau kita berhenti kita akan kalah...

Terima kasih banyak2 Jalut....teruskan sokongan...

Jalilmm