Jumaat, 18 Februari 2011

Pilihanraya Kampus 2011: HARAPAN Alumni

Salam semua..dah lama saya tak menulis dalam blog saya disebabkan oleh masalah yang tak dapat dan tak mampu dielakkan.

Semalam merupakan hari penamaan calon bagi kampus Universiti Malaya sempena Pilihanraya Kampus sesi ini. Saya kurang berminat untuk menulis tentang universiti lain memandangkan saya tiada pengalaman dengan sistem universiti lain.

Di kesempatan ini saya ingin nyatakan apa sebenarnya yang saya inginkan jauh di dalam dasar hati saya semasa bersama2 rakan lain mengasaskan gerakan pelajar sekitar 1999 hingga 2001 dahulu. Dulunya dikenali sebagai MGMUM atau Majlis Gabungan Mahasiswa UM. Tujuan saya menubuhkan gerakan pelajar adalah:

1) Bukan untk menjadi pak turut kepada mana-mana parti politik tak kiralah UMNO atau PAS sekalipun parti utama lain di Malaysia

2) Berdiri atas pendirian kuat sebagai mahasiswa dan mengutarakan idea2 bebas mahasiswa dalam pelbagai aspek bermula dari aspek fasiliti kampus hinggalah ke persada politik negara mahupun dunia. Dalam ertikata lain, mahasiswa bukan sekadar menjadi jentera pilihanraya malah membawa dasar dan mengutarakan dasar utama universiti mahupun memberikan idea kepada pemerintah idea2 dan saranan kepada pemerintah.

3) Mahasiswa menentukan arah tuju kampus bersama2 pentadbiran untuk mencorakkan autonomi kampus dalam konteks sebenarnya.

4) Mahasiswa bebas melakukan aktiviti dan tidak dikonkong dengan pelbagai peraturan ala asrama seperti yang terjadi di semua kampus hari ini. Maka lahirlah robot2 yang hanya menjalankan sesuatu berdasarkan arahan semata2 dan tidak berpendirian.

5) Kepimpinan kampus mampu untuk berhujah dengan baik dalam soal dasar negara dan kampus serta mampu menguasai kemahiran berucap dengan kemas di mana2 sahaja arena.

6) Mahasiswa harus menjadi agen atau jurubicara ummah dalam konteks yang sebenar.

Itu antara harapan kami pada waktu itu dan kami sentiasa berharap mahasiswa terus menjadi ikon masyarakat dan pandangan mereka terus dihormati.

Jalil
Mantan Pengerusi MGMUM

Selasa, 22 Jun 2010

PEMANSUHAN PMR dan UPSR...

1. Saya agak terkejut apabila baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemungkinan untuk memansuhkan 2 peperiksaan utama negara iaitu UPSR dan PMR sebaliknya mengekalkan SPM.

2. Secara peribadinya saya agak kurang setuju dengan tindakan terbaru kerajaan ini. Adakah selama ini semua graduan atau bukan graduan yang berjaya di dalam dan di luar negara yang lahir di Malaysia melalui sistem pendidikan yang dah berpuluh tahun ini tidak efisien? Adakah keputusan ini menggambarkan kurangnya kualiti kita semua yang selama ini berorientasikan peperiksaan ini adalah hasilan dari satu sistem yang dianggap gagal? Saya rasa tidak...

3. Sesuatu sistem itu diubah atau dinaiktarafkan apabila terbukti sistem tersebut tidak berkesan. Tetapi dalam hal ini, saya tidak nampak kegagalan kepada sistem 3 peperiksaan utama ini.

4. Antara sebab saya mengatakan begitu:

1) UPSR- Peperiksaan ini adalah perlu untuk menempatkan dan mengasingkan pelajar cemerlang, sederhana dan kurang cemerlang. Hal ini perlu untuk menyusunatur tahap penyampaian guru di sekolah.

Selain itu, melalui peperiksaan awal ini juga, pelajar akan didedahkan dengan ketahanan mental di peringkat awal lagi untuk menempuhi cabaran dan cabaran mental ini hanya boleh diperolehi salah satunya adalah melalui peperiksaan.

Para ibu bapa pula akan memastikan anak-anak mereka berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai sesuatu kemahiran dalam semua mata pelajaran yang diambil oleh anak mereka. Hal ini akan meningkatkan mutu pengetahuan murid-murid kerana mereka akan berada pada tahap optimum sebelum menghadapi peperiksaan. Samada mereka akan lupa selepas peperiksaan itu adalah hal lain kerana tahap ingatan otak manusia lumrahnya memang begitu. Tetapi apa yang penting, mereka sudah menguasai pengetahuan atau konsep tersebut bukannya menghafal sahaja sesuatu konsep tersebut.

2- PMR- Peperiksaan ini perlu untuk menempatkan pelajar mengikut aliran yang mereka layak atau kehendaki. Kelayakan yang tertinggi untuk aliran utama adalah aliran sains. Untuk masuk ke aliran sains, maka penguasaan dalam subjek berkenaan di peringkat awal adalah sangat perlu. Hal ini kerana pemahaman konsep sains tulen adalah agak sukar dan memerlukan daya fikir yang optimum serta kemahiran matematik yang selayaknya.

Sekiranya peperiksaan ini dihapuskan, bagaimana kita dapat memastikan atau menentukan aliran aliran yang akan dipilih oleh pelajar ini? Kalaupun berdasarkan minat, kemungkinan akan berlaku masalah ketidakmampuan untuk membawa subjek-subjek berat berkenaan atau mengambil separuh jalan akan berlaku.

5. Secara dasarnya, saya merasakan penghapusan peperiksaan utama negara tersebut adalah tidak wajar. Jika ini berlaku maka akan timbullah masalah kurangnya minat untuk belajar di kalangan anak-anak serta dorongan dari ibu bapa juga akan kurang.

Sekurang-kurangnya peperiksaan akan menjadi sebab utama ibu bapa untuk memaksa anak-anak untuk belajar dan seterusnya guru-guru juga bersemangat untuk berlumba-lumba bagi mencapai keputusan terbaik berdasarkan pencapaian ranking sekolah mereka.

6. Harapan saya semoga pihak kerajaan akan mengkaji semula tindakan penghapusan peperiksaan ini demi kebaikan semua pihak. Sebab kita tidak mahu pihak kerajaan sekali lagi terpaksa menarik balik keputusan sama seperti yang berlaku ke atas PPSMI suatu ketika dahulu yang bukan sahaja menyusahkan semua pihak malah mencetuskan polemik nasional.

Khamis, 8 April 2010

ANTARA PERKASA DAN UMNO...

1. Mutakhir ini kita sering terbaca di dada-dada akhbar kebangkitan NGO-NGO Melayu dalam memperjuang dan mempertahankan hak Melayu. Kebangkitan NGO Melayu kali ini dilihat sepertimana kebangkitan NGO-NGO Melayu sekitar awal tahun 2000 dahulu atas nama kebangkitan semangat Melayu dan atas sokongan terhadap sesuatu isu yang timbul ketika itu.

2. Di sebalik kebangkitan NGO Melayu yang berlaku secara mendadak dan sokongan yang agak besar terhadap NGO Melayu khususnya sokongan terhadap PERKASA yang didokong oleh Datuk Ibrahim Ali, saya terfikir ke manakah hilangnya peranan parti politik terbesar orang Melayu seperti UMNO dalam memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu (tanpa mengabaikan hak kaum lain)? Ke manakah UMNO?

3. Benarkah UMNO sudah tidak dilihat sebagai tempat dan dahan yang kuat bagi mendokong dan menyuarakan hak-hak Melayu? Kalau UMNO sudah tidak mampu bercakap tentang hak-hak saya, hak-hak keluarga saya mahupun bangsa saya di bumi Malaysia ini kenapa harus saya mempertahankan UMNO? Apa yang saya boleh dapat dari menyokong pertubuhan yang suatu ketika dulu telah menyelamatkan bangsa saya? Perlukah sokongan kita terhadap sesuatu pertubuhan itu hanya kerana ia mempunyai sejarah yang baik dengan orang terdahulu?

4. Saya tidak menafikan dan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Melayu ketika ini telah mula hilang keyakinan terhadap UMNO. Umno dilihat telah mula hilang arah tuju dan sokongan. UMNO kini telah menjadi sebuah parti yang terlalu liberal dan terbuka pada pandangan sesetengah orang. Benarkah begitu?

5. Kalau sebegini negatif pandangan terhadap UMNO, bagaimana mungkin UMNO akan memenangi PRU ke 13 nanti?

6. Saya secara peribadi nampak Dato Seri Najib dalam kepimpinan beliau cuba menjadi Perdana Menteri bagi semua kaum di negara ini. Itu tidak salah dan sebagai Perdana Menteri sepertimana kita lihat Tun Dr Mahathir pun walaupun beliau seorang yang digelar ultra Malay sebelum menjadi PM tetapi setelah menjadi PM berjaya mengawal semua kaum dengan adil dan baik. Sebagai PM, beliau tidak boleh dilihat cenderung kepada mana-mana kaum di negara ini.

7. Namun sebagai ahli dan pendokong perjuangan UMNO, kita tidak perlulah menjadi kerajaan. UMNO harus kekal sebagai wadah untuk bercakap soal hak dan kepentingan Melayu.

8. Pergerakan Pemuda UMNO khususnya tidak perlu menjadi seperti kerajaan. Peranan pemuda UMNO adalah inklusif dan seharusnya menjadi wadah dan suara rakyat dan bukan suara kerajaan kepada rakyat. Konsep dan pemahaman ini seharusnya diperbetulkan. Pemuda harus dilihat membawa suara rakyat dan golongan bawahan terutama golongan muda yang amat dahagakan ketegasan dan ketangkasan pemuda sejajar dengan peranan golongan tersebut.

9. Kesimpulannya, UMNO harus bangkit menjadi wadah orang Melayu untuk menyuarakan hasrat mereka dalam kerangka politik nasional mahupun peringkat parti. Rakyat harus melihat UMNO terus relevan dan terus gah berjuang mempertahankan hak mereka dan seterusnya membangunkan ekonomi mereka secara total.

10. Namu hari ini kita harus mengakui rakyat telah mula melihat UMNO tidak lagi menyuarakan hak dan suara mereka. UMNO dikatakan lebih bersifat neutral dan lebih sederhana dalam apa jua pendekatan plitik walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu mereka perlu bangkit sebagai suara Melayu bagi terus membawa agenda bangsa.

Jumaat, 26 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

1. Di kesempatan dan hari yang penuh berkat ini saya ingin mengucapkan salam maulidurrasul buat semua sahabat2 pengikut yang beragama Islam.

2. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik ikutan kita sebagai umat Islam. Sikap baik yang ditunjukkan sebagai pemimpin umat dan negara telah membawa Islam ke satu tahap yang boleh dibanggakan dan Rasulullah SAW juga diiktiraf hatta oleh bukan Islam sekalipun sebagai pemimpin paling berjaya dan berpengaruh sepanjang zaman.

3. Walaupun baginda SAW telah 1400 tahun lebih meninggalkan kita, namun sirah dan sunnah yang ditinggalkan kepada kita sebagai panduan sepanjang zaman tidak harus dilupakan. Pengamalan sunnah baginda akan membawa kita ke jalan sebenar yang lurus dan insya ALLAH akan mendapat ganjaran yang baik di akhirat kelak.

4. Salam maulidurrasul dan semoga kita dapat menghayati dengan sebenar-benarnya sunnah baginda dalam segenap aspek kehidupan kita. Amin...

Isnin, 1 Februari 2010

Pilihanraya Kampus: Satu Harapan

1. Saya berpeluang beberapa kali menjengah pilihanraya kampus (PRK) yang berlangsung terutama di Universiti Malaya baru-baru ini. Walaupun rakan-rakan sebaya mempersendakan saya dengan menyatakan sudah-sudahla Jalil, kau kan dah lama meninggalkan zaman itu tetapi semangat saya terhadap politik kampus tetap terus membara. Pedulikan orang lain!

2. Politik kampus mempunyai nilai sentimental tersendiri pada saya. Suatu ketika dahulu saya pernah bersama-sama rakan-rakan pada ketika itu (sekitar 1999-2001) mengasaskan gerakan pelajar dan penubuhan Majlis Gabungan Mahasiswa (MGMUM) yang menjadi asas kepada pembentukan Aspirasi dan seterusnya Penggerak Mahasiswa (di Universiti Malaya) ketika ini, dan saya tidak mungkin akan melupakan kenangan itu...

3. Ketika memimpin MGMUM sekitar 2001, keadaannya cukup berbeza berbanding sekarang di mana ketika itu , iklim politik negara memihak 90% kepada parti yang menggelarkan diri mereka sebagai NADI yang dikepalai oleh PMIUM.

4. Mahasiswa ketika itu cukup bersimpati dengan Dato Seri Anwar yang popular dengan kes liwatnya. Amat sukar untuk parti yang dilabelkan pro kerajaan seperti MGMUM untuk menawan kampus ketika itu. Biarpun mengadakan sesi penerangan dan kempen menyeluruh di kampus mahupun di kolej-kolej, namun pengaruh politik nasional ketika itu cukup kuat mencengkam minda mahasiswa. Hasilnya, gerakan kami waktu itu amat sukar dan penuh berliku. Hatta untuk mendapatkan calon juga merupakan satu perkara yang amat sukar buat kami.

5. Masih saya ingat ketika sesi penamaan calon di mana saya bersama sahabat yang berkempen berucap menggunakan healer di hadapan fakulti Sains ketika itu sebelum berarak sambil menyanyikan lagu Barisan Kita beramai-ramai. Sungguh bersemangat dan perjuangan kami ketika itu berasaskan semangat dan idealisme tersendiri. Tema ketika itu ialah 'Memugar Idealisme Mahasiswa'.

6. Semasa hari pengundian pula, kami menguruskan jentera pilihanraya seperti pilihanraya di luar. Telefon bimbit saya dihujani pelbagai panggilan denganpelbagai masalah dan memerlukan saya selaku pengerusi parti membuat keputusan dengan pantas. Alangkah kalutnya namun kepuasan dirasai kerana pengendalian diuruskan oleh mahasiswa secara total. Bermula sekecil-kecil perkara termasuklah melatih pidato, flyers, gerak saraf, pengendalian operasi bilik gerakan, pengurusan poster, jadual kempen, manifesto, kempen dan semua perkara berkaitan pilihanraya. Jadi saya tidak pernah menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang merugikan, malah mengajar saya membina kualiti diri untuk mengharungi kehidupan di luar kampus selepas habis belajar kelak. Ternyata saya tidak silap!

7. Itu kenangan lalu yang masih segar dalam ingatan saya dan rakan-rakan seperjuangan sedekad yang lalu. Sebab itu apabila kembali bertemu di malam pengumuman keputusan PRK di Universiti Malaya baru-baru ini, cerita banyak berlegar kepada perbandingan antara zaman dahulu dan zaman sekarang.

8. Perbezaan yang paling ketara dapat diperhatikan di malam pengiraan undi (pengumuman undi sebenarnya setelah sistem e-voting)di mana bilangan penyokong pro aspirasi melebihi bilangan pro mahasiswa. Ini amat mengagumkan saya. Indikasi ini jelas menunjukkan sokongan generasi muda telah beralih kepada kerajaan.

9. Jika sokongan ini dapat diterjemahkan kepada undi pada tahun 2013 nanti alangkah bertuahnya. Jadi saya mencadangkan agar pihak tertentu supaya dapat menjaga dan memastikan kelompok ini agar dapat meneruskan idealisme mereka walaupun setelah tamat belajar kelak. Saya mendapati kebanyakan rakan-rakan terus menyepikan diri dari arus perjuangan setelah meninggalkan kampus dengan alasan memberikan tumpuan kepada karier masing-masing. Hal ini amat merugikan UMNO/ BN.

10. Kini di bumi Universiti Malaya barisan MPP bakal dibentuk. Bakal YDP akan dilantik sedikit masa lagi. Walaupun ketandusan calon yang berkaliber, namun pemilihan mesti dibuat.

11. Saya ingin mencadangkan pihak KPT dan pihak Universiti agar mempertimbangkan perkara berikut dalam hal ehwal pemilihan pemimpin mahasiswa:

a) Menurunkan mata gred keputusan peperiksaan yang pada ketika ini amat tinggi terutama di UM. Untuk mendapatkan calon dengan mata gred 3.0 bukannlah satu perkara mudah dan kadangkala terpaksa mengambil calon yang kurang berkaliber bagi menerajui pimpinan hanya disebabkan oleh 'pointer'. (Saya tidak pernah percaya orang yang pandai akademik saja berjaya dalam hidup mahupun aspek lain kehidupan). Jika sistem ini dapat dikaji, maka saya rasa kualiti kepimpinan mahasiswa akan dapat dipertingkatkan. Saya merasakan, mahasiswa yang mendapat mata gred tinggi kebiasaannya hanya berminat aspek teknikal bidang mereka sahaja dan biasanya kurang berkemampuan dalam aspek lain seperti pengurusan dan kepimpinan. Setuju?

b) Bakal calon yang akan bertanding tidak kira mana parti sekalipun harus diuji dengan keupayaan untuk berikan pandangan terhadap isu nasional juga dan tidak semestinya berlegar dengan isu kampus. Kaedah pengujian boleh saja dilakukan dengan temuduga atau ujian lain yang difikirkan sesuai.

c) Masa kempen selama 3 hari tidak membantu dalam perkembangan intelektual pelajar. Berikan ruang kebebasan yang lebih kepada mahasiswa untuk mempamerkan keupayaan kempen mereka.

d) Kaedah kempen melalui media sosial mahupun media maya dapat digunakan. Saya tidak nampak rasionalnya sekatan penggunaan kempen melalui Facebook. Pihak universiti mahupun KPT perlu lebih matang dalam menilai pelajar. Dedahkan pelajar kepad aspek kebebasan bersuara agar mereka tidak menjadi robot yang sepanjang masa memerlukan kawalan apabila keluar kelak.

12. Kesimpulannya di sini, mahasiswa yang baru memenangi pilihanraya baru-baru ini tidak kiralah daripada parti mana sekalipun haruslah menjadi agen kepada masyarakat. Ini bermakna segala idealisme yang disalurkan kepada massa haruslah idealisme yang kualitinya tinggi serta tidak terikut-ikut rentak mana-mana pihak samada kerajaan atau pembangkang. Mahasiswa adalah mahasiswa....selamat berjuang dan berkhidmat atas nama kebebasan dan keintelektualan..

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Datang 2010

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua sahabat-sahabat bloggers serta pembaca setia blog saya. Secara peribadi saya menganggap pembaca dan pengikut di blog saya ini sebagai pencetus semangat kepada saya untuk terus berjuang bagi menegakkan kebenaran bagi membentuk negara bangsa yang lebih baik.

Angin politik tanahair pada tahun 2009 menyaksikan perubahan positif berbanding tahun sebelumnya iaitu 2008. Walaupun terdapat beberapa isu perlu ditangani, namun usaha penambahbaikan serta pemulihan parti mula menampakkan hasil yang positif.

Harapan kita semoga tahun 2010 akan memberikan nafas baru kepada perjuangan pemimpin-pemimpin kita untuk membawa negara ke arah yang lebih baik.

Congak-congak cuma tinggal 10 tahun sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun 2020. Persoalannya mampukah kita mencapai wawasan tersebut? Sama-samalah kita mendoakan....

Selasa, 22 Disember 2009

Antara Mahathir, Melayu dan BTN

1. Sewaktu berusia 5 tahun, sekitar tahun 1982, saya pernah mengikut bapa saya menyaksikan ucapan atau rapat umum oleh PM Malaysia yang baru ketika itu di pekan kelahiran saya iaitu di Guar Chempedak. Saya masih ingat lagi ketika itu bapa saya mendokong saya dan meletakkan di atas tengkoknya sebab saya ingin tahu siapa yang berucap dengan gaya bersahaja tetapi penuh bersemangat ketika itu.

2. Walaupun tidak begitu memahami apakah intipati ucapan beliau,tetapi apa yang cukup pasti, nama Dr Mahathir (panggilan pada ketika itu) sangat sinonim dengan masyarakat tempat kelahiran saya dan mereka turut berbangga kerana buat kali keduanya orang Kedah menjadi Perdana Menteri. Tambahan pula seorang yang sering dilabelkan Ultra Malay pada ketika itu diangkat menerajui kepimpinan negara. Sungguh menakjubkan!

3. Walaupun pada awal perjuangannya beliau seringkali dilabelkan sebagai ultra Melayu, namun keupayaan Dr Mahathir menyatukan pelbagai kaum di negara ini dan membahagikan hak serta keadilan yang sama rata sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri memang tidak dapat dinafikan lagi.

4. Seluruh negara tidak dapat menafikan bahawa selain memacu kerancakan ekonomi negara serta pesona kepimpinan beliau hingga ke hari ini dikatakan antara yang terbaik yang pernah dilahirkan oleh negara kita memang tidak dapat dinafikan kawan mahupun lawan. Label Ultra Melayu tersebut ternyata tidak dibawanya ketika menerajui kerajaan dan Barisan Nasional. Semua kaum berpuas hati walaupun tidak 100% tetapi sekurang-kurangnya selama 22 tahun kita jarang mendengar isu-isu perkauman ditimbulkan apatah lagi dibahaskan secara terbuka seperti hari ini.

5. Saya bukanlah seorang fanatik kepada Tun Dr Mahathir tetapi saya mendokong prinsip kebenaran dalam perjuangan yang cukup sinonim dengan beliau. Saya rasa satu ketidakadilan berlaku apabila Datuk Seri Nazri Aziz melabelkan Tun Dr Mahathir sebagai bapa rasis negara. Label tersebut agak keterlaluan dan melukakan hati bukan sahaja Tun malah seluruh orang Melayu. Hal ini kerana kenapakah apabila orang Melayu bercakap tentang Melayu dituduh rasis sedangkan jika kaum bukan Melayu bercakap tentang bangsa masing-masing akan dikatakan mempertahan atau membela hak mereka?

6. Baru-baru ini sekali lagi sistem negara diserang selepas institusi kehakiman, SPRM, polis mahupun SPR sebelum ini. Serangan kali ini disasarkan kepada Biro Tatanegara.

7. Sebagai seorang bekas peserta kem Biro Tatanegara (BTN), saya berpandangan BTN telah menjalankan fungsi kenegaraan dengan begitu baik dan berkesan. Memang terdapat unsur-unsur kemelayuan diserapkan ke dalam diri peserta (mengikut tahap atau kelompok), namun ianya adalah perlu sebab Melayu adalah kaum asal negara ini. Untuk mencintai negara, kita perlu mencintai dan mengenali bangsa terlebih dahulu. Jadi, penerapan jati diri Melayu ke dalam diri peserta pada hanyalah salah satu proses di dalam modul BTN dan tiada apa yang salah tentangnya. Kenapa perlu dipersoalkan?

8. Kejayaan bangsa-bangsa yang besar di dunia seperti bangsa Jepun, Korea, Jerman mahupun Yahudi sekalipun adalah disebabkan mereka mempunyai jatidiri yang kuat terhadap bangsa mereka sendiri. Perasaan bangga dengan bangsa sendiri (dengan syarat tidak menindas bangsa lain) adalah perlu jika kita mahu melahirkan satu negara yang berjaya dan disegani. Jadi, BTN telah mencorakkan modul ke arah itu. Kenapa kita masih menentang? Namun sekiranya modul BTN ada menyelitkan unsur-unsur memburukkan pemimpin tertentu, maka saya agak kurang bersetuju. Sekiranya ini berlaku maka besar kemungkinan modul asal BTN telah diubahsuai!

8. Saya tidak berniat untuk menyinggung rakan2 dari bangsa lain dalam tulisan saya kali ini. Kerana saya percaya, kegagalan bangsa saya dalam persaingan ekonomi mahupun bidang lain bukanlah disebabkan oleh dihalang oleh bangsa lain tetapi disebabkan oleh sikap bangsa saya sendiri.

9. Bangsa Melayu pada hari ini cukup sinonim dengan semangat dan modul BTN. Memang tidak dapat dinafikan adalah perlu sesuatu bangsa itu mempunyai semangat dan keyakinan terhadap bangsanya terlebih dahulu sebelum kecintaan terhadap sesebuah negara itu timbul. Hanya dengan mempunyai semangat bangsa yang tinggi sahajalah maka barulah timbul perasaan untuk mempertahankan negara. Mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat tidak bersetuju dengan saya, tepuk dada tanya selera...

Rabu, 18 November 2009

Sokongan Kepada Dr Asri

Saya terpanggil untuk menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Asri, mantan mufti muda Perlis yang akan dibicarakan di Gombak, esok.

Waima apa sekalipun tanggapan massa, idealisme yang dibawakan oleh beliau amat mempesonakan saya di mana beliau telah berjaya mengumpulkan lingkaran pengaruhnya tersendiri di negara kita terutama dalam aspek agama.

Secara peribadi, saya amat berminat dengan corak Islam Progressif yang cuba dibawakan oleh beliau di mana beliau amat praktikal dalam idea dan pendekatan. Selain teguran2 neutral beliau yang tidak berpihak kepada mana2 aliran politik jelas menggambarkan aspirasi suara orang muda kini.

Saya merasakan bahawa setiap denyut nadi perjuangan beliau wajar diiktiraf sebagai aliran baru pemikiran golongan muda di negara ini walaupun agak janggal dan lari dari kebiasaan amalan kita.

Buat Dr Asri, semoga tuan berjaya dalam perjuangan ini dan kami senantiasa mendoakan semoga kebenaran lakukan fungsinya dengan berkesan esok. Hidupkan api perjuangan dan jangan patah semangat mahupun berundur kerana langkah perjuangan ini tidak pernah sekali-kali mengenal erti undur. Samada terus mara atau mati sebagai syahid!

Sabtu, 14 November 2009

Bolehkah PAS Mewakili Melayu Islam di Malaysia?

1) Selepas PRU yang lepas, PAS diibaratkan seperti anak dara sunti yang menjadi rebutan pelbagai pihak. Lagak jual mahal PAS yang kadangkala menjengkelkan khalayak dan massa telah memakan diri apabila dikatakan sudah kurang mendapat sokongan golongan muda yang mulai bosan dengan sikap segelintir pemimpin kanannya yang berlagak 'diva' (meminjam ayat yang acapkali digunakan oleh golongan artis). Benarkah kenyataan ini?

2) Rata-rata golongan muda yang saya temui baik yang menyokong UMNO mahupun yang atas pagar malah yang menyokong PAS menyatakan PAS semakin hilang arah dan kalut sejak akhir-akhir ini apabila wujudnya 2 aliran pemikiran yang kian terpisah iaitu aliran Pro Pakatan Rakyat atau Erdogan yang didokongi oleh Datuk Hussam Musa dan didalangi oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan aliran Pro Muzakarah yang didokongi oleh Dato Seri Hadi Awang dan ulamak untuk bersama UMNO. Hal ini ditambah pula dengan krisis pendirian antara 2 nakhoda besarnya iaitu Datuk Nik Aziz dan Dato' Seri Hadi Awang sendiri menjadi klimaks kepada krisis tersebut.

3) Kita tidak jelas arah tuju PAS sebenarnya ditambah dengan sikap ekstrimis sesetengah penyokongnya yang dikatakan menanamkan sentimen BN atau kerajaan semua salah dan tidak betul walaupun kadangkala boleh dipersoalkan oleh kita dan menyatakan apa yang dilakukan oleh mereka sahaja yang betul. Sekiranya menang dan seterusnya membentuk kerajaan bersama DAP yang memang diketahui bersahabat rapat dengan PKR, bagaimana mungkin PAS dapat melaksanakan agenda Islamnya? Adakah DAP akan bersetuju dengan cadangan ini?

4) Ini adalah antara faktor yang dilihat mengapa sebahagian besar ulamak di dalam PAS melihat UMNO sebagai kawan terbaik untuk bekerjasama dalam konteks politik. Ulamak2 tersebut melihat PAS tidak akan mempunyai masalah besar untuk melaksanakan agenda Islamnya bersama orang Islam di dalam UMNO berbanding mengharapkan Lim Kit Siang mahupun Karpal Singh untuk bersetuju dengan agenda Islam? Tetapi malangnya pemikiran PAS tetap seperti PAS 50 tahun dahulu. Jumud dan tidak memiliki pemikiran kenegaraan. Senantiasa meletakkan ego dan emosi dalam membuat keputusan. Sikap sebegini amat merbahaya bagi seseorang pemimpin apatah lagi untuk memimpin negara.

4) Setelah terpaksa mengadakan Muktamar Khas beberapa hari lepas, PAS diibaratkan sedang tenat kini dan pengaruh kuasa mereka di dalam Pakatan Rakyat juga semakin terhakis. Hal ini kerana boss besar PKR (Dato Seri Anwar Ibrahim) sudah mula tawar hati dengan sikap PAS yang bermuka2 dan hanya mementingkan diri. Ini dibuktikan dengan beberapa siri kerjasama yang dilakukan terutama di peringkat akar umbi mula goyah. Malah sudah ada bunyi2 di dalam PAS yang menyatakan PKR sebenarnya adalah UMNO yang dijelmakan dalam bentuk lain. Ada yang menyatakan penubuhan PKR adalah untuk menyekat bekas pimpinan UMNO untuk menyeberangi ke parti PAS? Entahlah....mungkin teori ini ada kebenarannya.

5) Selain itu, bloggers2 yang mewakili pembangkang mula menunjukkan 'muka' sebenar mereka iaitu dengan menanamkan benih kebencian, maki hamun dan bersikap prejudis terhadap musuh politik mereka. Trend pembunuhan karakter yang berterusan ini sudah menular dan menjadi dominan dalam pembangkang dan hal ini telah sampai ke tahap tepu (saturated level) yang memualkan malah ada yang melihat ia sudah menjadi satu budaya (trade mark) Pakatan Rakyat. Negara tidak boleh ditadbir oleh golongan negatif seperti ini dan masa depan negara tidak boleh diletakkan di tangan mereka2 yang lebih banyak menumpukan masa kepada komen berbanding dengan berfikir dan bermuzakarah dan bertindak ke arah pembangunan negara.

6) Pembangkang kini dilihat lebih banyak mengutarakan hujah2 kosong yang diulang2 dan golongan muda memandang golongan ini sebagai mereka yang kekeringan idea dan membawa idea yang tidak segar dalam bidang yang sepatutnya mereka sendiri arif mengenainya. Cuma dilihat hujah Dato' Seri Anwar dalam pembentangan bajet baru2 ini dilihat agak akademik dan intelek (tidak bermakna saya menyokong beliau). Hujah selain dari itu agak kaku dan tidak relevan dengan keperluan semasa.

7) Pemuda PAS pula dilihat hanya mementingkan golongan tertentu sahaja berbanding mewakili aspirasi golongan muda secara majoritinya. Jika kita melihat kualiti dan karisma yang ada pada kedua2 pimpinan ini iaitu Sdr KJ dan Sdr Nasharuddin agak jauh berbeza. Nasharuddin banyak berbicara pada topik paling asas dan menyentuk akhlak sahaja(seperti dibuktikan dalam PRK Permatang Pasir) berbanding KJ yang sudah mampu untuk berbicara aspek ekonomi dengan begitu baik. Jadi golongan muda kini yang lebih terbuka sudah mula membuat penilaian mereka dan sudah mula mencongak2 siapakah pilihan mereka di dalam PRU nanti.

8) Jadi, secara peribadi saya melihat PAS berpotensi untuk menjadi wadah Melayu sekiranya mampu untuk merubah dan lebih terbuka. Selain itu PAS wajar lebih terbuka dalam menerima kritikan bukan hanya ahli tetapi masyarakat luar kerana pada masa kini, kepimpinan baru UMNO dilihat lebih terbuka dan lebih peka terhadap suara rakyat. Sekiranya PAS ingin mengambil alih negara, saya berpendapat sekarang bukanlah masa yang sesuai kerana arah sokongan telah mula balik kepada UMNO kini.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Hilangnya Kemanusiaan Kita

1. Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan satu berita yang sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di rogol, diliwat dan dibunuh dengan tidak berperi kemanusiaan oleh kekasih hati ibu beliau yang merupakan warga Sudan. Lebih menyedihkan apabila si ibu tadi turut bersubahat dengan menafikan kekasih hatinya membunuh malah menuduh pembantu rumah melakukan angkara tersebut. Mungkinkah pembantu rumahnya lelaki? Entahlah...

2) Selepas peristiwa tersebut, jika kita menonton di kaca televisyen, boleh dikatakan saban hari berlakunya tragedi rompak dan bunuh. Yang lebih menakutkan kita ialah kebanyakan kejadian bunuh tersebut berlaku di dalam bilik tidur atau rumah si mangsa. Ada di antaranya yang ditekup dengan bantal, ada yang ditembak di dalam rumah sendiri malah ada yang disembelih di dalam rumah di hadapan anak dan isteri!. Persoalannya, mengapakah tempat yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat itu kini sudah tidak lagi selamat?

3) Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Benarkah faktor ekonomi yang tidak stabil pada waktu ini menjadi antara faktor pemangkin kejadian jenayah?

4) Benarkah pihak polis Malaysia tidak begitu serius dalam hal memerangi jenayah? Ada beberapa pendapat nakal mengatakan polis hanya sibuk dengan urusan politik kini. Mereka hanya bertindak cepat apabila kesnya berprofil tinggi ataupun ada kaitan dengan politik.

5) Kementerian Dalam Negeri dilihat antara pihak berwajib dalam melaksanakan polisi negara wajar memberikan satu perhatian serius dalam hal ini. Kita tidak harus lupa kekalahan di dalam PRU yang lepas salah satu sebabnya ialah sebahagian yang mengundi Pakatan merasakan Malaysia tidak lagi selamat didiami.

6) Saya merasakan beberapa cadangan berikut perlu dipertimbangkan demi kebaikan bersama. Pertamanya ialah jumlah anggota polis perlu ditambah. Penambahan kuota terutama untuk kaum berbangsa Cina wajar ditingkatkan. Kalau kita lihat pada hari ini, penglibatan kaum Cina dan India amat kurang. Mungkin disebabkan oleh faktor gaji yang kecil. Tetapi saya merasakan wajar pihak kerajaan mengkaji kembali sekali lagi skema tangga gaji minimum untuk anggota polis pada semua pangkat. Saya merasakan perkara ini adalah di dalam kemampuan pihak kerajaan dan keutamaan wajar diberikan kepada hal ini kerana ia melibatkan nyawa.

7) Kedua: Kurangkan penayangan cerita2 yang menggalakkan atau memberikan idea untuk rakyat melakukan jenayah. Kadangkala filem2 atau drama2 sebegini seolah2 mengajar mahupun mengangkat kegiatan jenayah tersebut sehingga ianya mempengaruhi orang ramai terutama kanak-kanak.

8) Ketiga: Penerapan atau penekanan kepada agama. Saya merasakan aspek ini adalah merupakan aspek paling utama dalam penyelesaian sesuatu masalah terutama dalam mendidik jiwa kita supaya menjadi lembut. Sukatan mata pelajaran di sekolah harus dikaji semula di mana penekanan kepada sifat kasih sayang sesama insan wajar diutamakan. Apabila agama diletakkan dalam kelas kedua maka inilah punca kepada semua permasalahan sosial yang berlaku sekarang. Saya tidak mengatakan kita tidak mengajar atau diajar agama. Tetapi saya merasakan penerapan nilai agama terutama Islam ke dalam diri kita masih jauh dari yang sepatutnya. Maka peranan pihak kerajaan untuk menerapkan nilai2 Islam sepatutnya dipertingkatkan lagi dan harus diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

9) Selain itu, peranan NGO2 dalam membantu kerajaan juga wajar dipertingkatkan. Penyebaran dan perkongsian maklumat mengenai jenayah dan cara2 untuk mengelakkan jenayah dari berlaku wajar diberikan tumpuan khusus demi untuk menurunkan indeks jenyah diu negara kita.

Khamis, 8 Oktober 2009

Benarkah UMNO ingin Berubah??

1. Saya rasa masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca dan bloggers yang saya amat sayangi. Banyak pekara yang belaku sepanjang akhir ramadhan lalu sehinggalah pada hari raya. Walaupun saya bersama keluarga dapat berhari raya seperti biasa, namun agak kurang ceria disebabkan oleh diserang demam misteri disertai sakit tekak berpanjangan. Mungkinkah H1N1??

2. Saya bersama keluarga tidak begitu pasti samada telah terkena serangan H1N1 ataupun tidak. Apa yang pasti doktor sendiri tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar saya bersama keluarga. Saya bernasib baik kerana pulih sepenuhnya dalam masa 3 hari. Tetapi ahli keluarga yang lain mengambil masa yang agak lama juga untuk pulih sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah...

3. Komen saya berkenaan penyakit H1N1 ialah kerajaan perlu membuat penerangan dengan lebih aggresif lagi. Saya berpandangan Menteri Kesihatan yang baru ini kurang berkemampuan sedikit berbanding Datuk Seri Chua Soi Lek suatu ketika dahulu. Namun malangnya kemelut politik dalam MCA telah menolak beliau sekali lagi untuk keluar dari parti mereka.

4. Baiklah kita tinggalkan dulu cerita bab penyakit H1N1. Kita kembali ke topik satu penyakit yang kian berkudis di dalam UMNO. Juga kategori penyakit pandemik dan kronik. Kroniknya penyakit rasuah ini kerana ia bukan hanya boleh merebahkan satu individu malah boleh mengakibatkan kematian berjuta orang Melayu di Malaysia.

5. Untuk makluman sahabat pembaca yang dikasihi, saya memang salah seorang yang secara konsisten berjuang dan lantang bercakap untuk menghapuskan politik wang secara total dalam UMNO. Ini termasuklah beberapa usul saya di peringkat UMNO Bahagian Serdang untuk dibawakan ke peringkat tertinggi kepimpinan UMNO. Saya tidak pasti samada cadangan tersebut sampai ke atas atau tidak yang pastinya rakan-rakan rapat saya memang cukup maklum pantangnya saya dengan rasuah politik atau dalam bahasa anggunnya 'politik wang'.

5. Seperti yang kita ketahui pilihanraya kecil Bagan Pinang yang kecoh diperkatakan kini dimulai dengan kontroversi untuk meletakkan calon di mana UMNO Bahagian Teluk Kemang yang dikepalai oleh Tan Sri Isa hanya mencalonkan nama beliau sebagai calon tunggal untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

6. Tan sri Isa bukanlah orang baru dalam bidang politik kerana telah menjadi menteri besar Negeri sembilan selama hampir 22 tahun. Pendek kata beliau mempunyai pengalaman yang agak luas dalam bidang pentadbiran dan segala selok belok pentadbiran negeri di dalam kocek beliau sahaja.

7. Tetapi berdasarkan cakap kawan2 politik ada yang menyatakan tidak banyak pembaharuan yang beliau buat sangat pun sepanjang beliau berkuasa dahulu berbanding MB sekarang. Benarkah? Ini hanyalah pandangan mereka sahaja dan saya tidak ada hujah langsung untuk menepis andaian tersebut.

8. Saya melihat isu pemilihan semula Tan Sri Isa adalah lebih daripada semata-mata isu calon. Ia adalah isu prinsip dan prinsip serta komitmen untuk menghapuskan politik wang di dalam UMNO dilihat sebagai satu usaha yang sambil lewa sahaja. Selepas ini ramai yang akan beraggapan politik wang dalam UMNO bukanlah satu isu yang serius kerana sebaik selepas menjalani hukuman kita akan berupaya untuk membuat comeback dan keadaan ini akan mewujudkan satu ketidakadilan kepada calon lain yang juga wajar dipertimbangkan sebagai calon. Kita harus sentiasa ingat, UMNO kini sedang tenat menghadapi krisis imej yang begitu kronik dalam sejarah perjuangannya!

9. Pendapat peribadi saya tentang isu ini ialah seperti yang diketahui umum Bagan Pinang ialah kawasan kubu kuat BN. Apa yang perlu dilakukan adalah meletakkan calon lain yang walaupun tidak begitu hebat tetapi mempunyai imej bersih. Calon ini semestinya akan menang kan? Jadi kita tidak perlu risaukan hal kemenangan asalkan kita menunjukkan nepada rakyat bahawa kita tidak pernah memberikan peluang kedua kepada orang yang terlibat dengan rasuah.

10. Tan Sri Isa adalah orang lama dalam politik. Pada usia sebegini, saya berpendapat beliau sepatutnya menolak sahaja tawaran di peringkat bahagiannya dan mencalonkan orang lain yang merupakan calon pilihannya dan seterusnya membantu kempen untuk calon tersebut. Sekiranya ini berlaku dahulu, saya rasa imej UMNO tentu akan menjadi lebih baik.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Cara Kempen BN Perlukan Perubahan!

1. Keputusan pilihanraya kecil Permatang pasir bukanlah sesuatu yang di luar dugaan kita. Ada beberapa sahabat dengan secara bersahaja bertanyakan saya tentang kekalahan BN di Permatang Pasir dan secara tidak langsung meminta komen dari saya berkenaan keputusan PRK berkenaan.

2. Saya sebenarnya kurang berminat sejak awal lagi untuk mengikuti pilihanraya kecil di sini atas beberapa sebab antaranya sejak awal lagi kita semua sudah tahu ini adalah kawasan Parlimen Permatang Pauh dan ia sangat sinonim dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bermakna peluang sentiasa memihak kepada Pakatan Rakyat. Jadi keputusan PRK ini sama sekali pada saya tidak boleh dijadikan cerminan penolakan rakyat terhadap Barisan nasional. Jadi analisa di kawasan ini tidak boleh dijadikan indikator atau penanda aras kepada reaksi sebenar suara rakyat!

3. Walaupun kekalahan calon BN memang telah diduga, namun saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat2 pembaca sekalian mengenai cara kempen yang biasanya di amalkan oleh BN yang pada hemat saya memerlukan satu modifikasi di sesetengah tempat. Saya bukanlah berlatar belakangkan sains politik jadi huraian saya adalah lebih kepada analisa berdasarkan pengalaman, pemerhatian, perkongsian pendapat dan bacaan.

4. Saya bahagikan kepada 2 jenis kempen yang diamalkan oleh semua parti politik dalam kempen akhir mereka sebelum Pilihanraya. Yang pertama kempen yang melibatkan kawasan setempat dan kedua adalah kempen di peringkat nasional yang menggunakan media massa tidak kiralah arus perdana ataupun media baru seperti blog dan sebagainya.

5. Kempen bermula setelah calon dipilih. Sekiranya calon yang dipilih merupakan orang yang sangat hebat dan sangat bersih maka 'jenama' calon ini boleh dijual tanpa perlu para jentera bekerja terlalu keras kerana jenama calon mengatasi jenama parti. Akan tetapi kalau dilihat di Permatang Pasir, saya tidak begitu pasti mengapakah latarbelakang calon tidak diselidiki terlebih dahulu sebelum perletakan calon dibuat kerana kita semua sedia maklum di kawasan DSAI jenama beliau sendiri sudah begitu kuat dan kukuh. Mungkinkah ini sesuatu yang telah dirancangkan? Entahlah...

6. Cadangan saya agar satu jawatankuasa (mungkin) boleh ditubuhkan oleh BN khas untuk menangani usaha background checking. Bunyi macam mudah tetapi unit khas ini menjalankan tugas ala-ala CIA di mana segenap sudut latarbelakang calon akan diperincikan dan laporan akan diberikan kepada Perdana Menteri ataupun Pengerusi BN bagi membuat keputusan akhir. Hal ini akan menjadikan kita tidak lagi tersalah pilih calon.

7. Selain faktor calon, pada pandangan saya, cara berkempen dengan menggunakan media secara keterlaluan juga membuatkan rakyat menjadi meluat dan sebenarnya rakyat yang mewakili majoriti pengundi adalah yang tidak berparti. Golongan ini hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Kempen keterlaluan ini juga kadangkala dengan jelas sekali dilihat sengaja memperbodohkan rakyat dengan kenyataan kenyataan yang tidak mempunya 'nail point' kata orang. Laporan sekadar retorika biasa yang tidak begitu mampu menukar fikiran rakyat dan membuatkan rakyat tersenyum sendiri sambil berkata ala....nak pilihanraya barulah kelam kabut nak buat ini dan itu...yelah asal BN je semua betul...

8. Pernahkah saudara pembaca sekalian melihat menteri menoreh getah? Pada saya ini adalah kempen paling kelakar dalam sejarah pilihanraya Malaysia di mana bila hampir PRK ada seorang menteri menoreh getah dan ia menjadi bahan liputan akhbar dan media elektronik! Memang ini adalah satu perlakuan untuk menunjukkan menteri tersebut prihatin orangnya tetapi menampakkan unsur-unsur menipu rakyat di situ dan ini tidak wajar dilakukan dan hanya akan menjejaskan rasa hormat rakyat terhadap BN.

9. Teknik menyerang dan menangkis isu juga wajar diberikan perhatian. Jika dilihat di dalam PRK kebelakangan ini BN telah terikut2 dengan rentak isu yg dibawa oleh Pakatan Rakyat. Media seolah-olah membantu mengangkat sesuatu isu dengan memberikan publisiti yang jelas isu tersebut lebih memberikan point atau 'mileage' politik kepada Pakatan. Contohnya isu DAP dengan PAS Kedah. Sebagai seorang yang tidak berjawatan tinggi pun kita dapat membaca ini adalah taktik pembangkang untuk memancing pengundi Cina dan BN seolah2 tidak dapat membaca perkara ini. Akhirnya pembangkang menang bergaya!

10. Demontrasi yang menggunakan kain rentang menyokong kepimpinan ataupun membantah isu2 tertentu yang meletakkan nama penganjur lebih besar dari isu (ni kes nak menunjuk2 kepada ketua bahagian atau menteri lah ni!) pada saya adalah satu taktik yang cukup memalukan...Sekiranya BN ingin mengadakan sesuatu demontrasi, tidak perlulah meletakkan nama UMNO Cawangan mana dan sebagainya. Biarlah rakyat merasakan bahawa demontrasi ini datangnya daripada rakyat walaupun mastermindnya adalah UMNO. Kita hendak dapatkan mileage isu bukannya nak berkempen untuk naikkan seseorang ketua cawangan ataupun AJK bahagian.

11. Cadangan saya agar BN lebih menumpukan kepada aspek perang saraf dan perang psikologi. Tidak semestinya dimulakan dekat dengan pilihanraya saja tetapi haruslah dimulakan sepanjang masa. Seluruh jentera media alternatif terutama blog2, forum2 di dalam laman web wajar ditembusi dengan pantas. Isu2 wajar dijawab hatta isu remeh sekalipun di dalam laman web ini mahupun laman blog.

12. Segala teguran di atas adalah atas dasar saya tidak ingin melihat BN yang diterajui oleh UMNO dan orang Melayu ini berkubur di dalam PR ke-13 nanti. Semoga kita bersama2 kembali menggerakkan seluruh jentera kita terutama di peringkat penerangan agar menjadi lebih kreatif dalam melakukan kerja2 penerangan untuk memberikan kemenangan mutlak kepada kita suatu hari nanti.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ahlan Wa Sahlan Ramadan Al Mubarak

Sabda Rasulullah SAW: ' Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadhan maka Allah mengharamkan jasadnya masuk dalam semua pintu neraka'

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua rakan-rakan sahabat yang sudi membaca blog saya serta idea penulisan saya yang tidak seberapa ini.

Semoga di dalam bulan yang mulia ini suasana politik tanahair akan lebih beretika dan berhemah terutama di dalam suasana panas kempen Pilihanraya Kecil yang berlaku sekarang. Harapan kita tidak kiralah dalam apa jua peringkat pimpinan mahupun pengikut agar tidak ada lagi kempen memburukkan sahabat2 kita yang lain dari parti berlawanan dan tidak menggunakan serangan peribadi sebagai senjata untuk menang.

Semoga segala amalan kita sampai kepada Allah SWT hendaknya.

Selamat berjuang....melawan nafsu.

Jalilmm

Ahad, 16 Ogos 2009

Antara 1Malaysia dan Hidup Melayu

1. Ada perkara di dalam hidup kita kadangkala membuatkan kita keliru seketika. Kekeliruan ini timbul apabila kita tidak mempunyai pemahaman yang cukup terhadap perkara itu mahupun tidak difahamkan oleh orang yang sepatutnya memberikan penerangan kepada kita.

2. Sebagai manusia,kita mempunyai pelbagai tahap pemikiran dan tahap pemahaman. Dalam konteks negara kita, ada yang hanya petani di kampung-kampung dan hidup dalam kelompok masyarakat kampung bersama2 penoreh getah, pesawah, peneroka malah ada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.Ada juga di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai daya keintelektualan sederhana malah ada juga yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan mampu mencerna sesuatu perkara dengan begitu mudah dan baik. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah tahap penerimaan maklumat dan tahap pemahaman kita sangat berbeza-beza. Maka oleh itu cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin dibawa oleh kerajaan juga memerlukan kaedah yang pelbagai untuk membolehkan sebahagian besar rakyat memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan.

3. Saya pernah bertanyakan soalan kepada seorang rakan yang hebat melaungkan 1Malaysia tentang apakah sebenarnya makna 1Malaysia. Tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewekan kerana katanya beliau sendiri tidak begitu faham apakah itu 1Malaysia. Cuma katanya kita perlu menyokong gagasan ini sekiranya kita mengaku kita orang UMNO dan mengakui kepimpinan baru UMNO iaitu Dato' Seri Najib. Saya hanya tersenyum kepadanya walaupun sebenarnya kurang bersetuju bahawa kita perlu menyokong 100% presiden UMNO tidak kira perkara yang dilakukannya betul ataupun tidak. Menegur dan mempersoalkan tentang sesuatu perkara yang kurang jelas kepada pimpinan UMNO pada saya adalah proses biasa dalam politik dan ia tidak harus dianggap menderhaka atau kurang ajar.

4. Walaupun pengertiannya agak luas merangkumi pelbagai aspek dan perkara, namun asas utama 1Malaysia adalah satu penyatuan bangsa menjadikan identiti Malaysia lebih menonjol berbanding identiti sesuatu bangsa itu sendiri. Selain itu penghapusan beberapa dasar yang banyak menyebelahi Melayu juga dilihat oleh pemerhati termasuk dalam salah satu gagasan 1Malaysia itu sendiri. Ada yang melihat gagasan ini tidak seiring dengan agenda Melayu sebaliknya lebih kepada kesamarataan hak antara semua bangsa tanpa mengira kaum. Benarkah? Mungkin berdasarkan beberapa indikasi yang ditunjukkan dalam dasar negara baru-baru ini membuatkan persepsi kita terhadap konsep 1Malaysia menjurus ke arah itu.

5. Konsep 1Malaysia yang telah dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia walaupun masih di peringkat awal dan majoriti rakyat Malaysia masih kelabu lagi berkenaannya dikelirukan lagi apabila dengan tiba-tiba semangat Melayu ditiupkan kembali oleh orang nombor 2 negaraiaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

6. Episod terbaru ini timbul apabila Tan Sri Muhyiddin dengan terang-terangan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menuduh mantan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengkhianat Melayu. Serentak dengan itu UMNO Johor menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan menyatakan pendirian jelas bersama-sama Tan Sri Muhyiddin.

7. Iklim politik negara menjadi panas seketika dengan polemik terbaru ini apabila Datuk Seri Anwar pula meminta Tan Sri Muhyiddin menarik balik tuduhan bahawa beliau pengkhianat Melayu atau Timbalan Perdana itu bakal berdepan dengan hukuman saman.

8. Persoalannya kini mengapa di saat kita bercakap tentang 1Malaysia kita juga bercakap tentang perkauman? Apakah yang berlaku sebenarnya? Rakyat biasa seperti saya menjadi keliru dengan dasar ini.

9. Adakah mempertahankan hak Melayu dan aspek kemelayuan itu terdapat dalam konsep 1Malaysia? Atau mungkinkah ini adalah satu strategi kerajaan UMNO-BN sebagai taktik untuk memancing pengundi Melayu di DUN Permatang Pasir bagi berpatah balik kepada UMNO-BN?

10. Ataupun sesuatu sedang berlaku di negara kita yang kita sendiri tidak begitu pasti? Walau apapun yang berlaku atau politik dalaman yang berlaku, diharap ianya hanyalah seperti ribut di cangkir kopi dan tidak menjejaskan UMNO secara keseluruhan. Kestabilan UMNO dan BN banyak mempengaruhi kestabilan negara.

11. Kita tentunya tidak rela sekali lagi menukar Perdana Menteri kerana agenda perubahan tidak mungkin akan dapat dijalankan kalau kita wujudkan puak di dalam parti kita.

Ahad, 2 Ogos 2009

Perlukah ISA di Malaysia?

1. Benarkah menghapuskan ISA adalah baik untuk rakyat? Benarkah ISA mengongkong rakyat dan zalim terhadap rakyat? Benarkah ISA merupakan jentera pemusnah yang dijadikan alat oleh pemerintah untuk menghukum seteru politik mereka di negara ini? Benarkah ISA perlu dihapuskan sama sekali?

2. Membaca kenyataan Tun Abdullah di dalam satu kenyataan beliau tempohari amat mengejutkan kita. Beliau menyokong penghapusan ISA di Malaysia. Benarkah beliau akan menyertai Pakatan Rakyat seperti yang pernah di war-warkan sebelum ini? Penulis tidak pasti tentang ini dan sekiranya ini berlaku maka kita tidak akan mampu berbuat apa2 kerana negara ini merupakan negara demokrasi. Setiap rakyat bebas bersuara dan memilih tetapi sebagai pejuang Melayu sejati saya yakin Tun Abdullah mempunyai pertimbangan beliau sendiri dalam membuat keputusan terbaik untuk negara dan bangsa.

3. Kita lupakan sejenak tentang cerita mantan PM, kita renungi seketika perhimpunan anti ISA dan perhimpunan pro-ISA yang berlangsung semalam. Wajarkan perhimpunan haram ini diadakan?

4. Sejauh manakah kesan perhimpunan ini terhadap perubahan dasar negara tidak dapat pula dipastikan apabila Dato' Seri Najib mengeluarkan satu kenyataan bahawa ISA tidak akan dihapuskan sebaliknya akan dikaji dan diubah pada perkara2 tertentu sahaja. Itu pun masih dalam peringkat kajian dan perbincangan.

5. Jadi apa gunanya kita membuat kecoh di saat negara menghadapi kekangan ekonomi yang dahsyat ketika ini. Saya bukannya tidak sensitif mahupun simpati dengan mangsa ISA yang ditahan tanpa pembelaan selama bertahun-tahun lamanya di Kamunting. Tetapi saya amat yakin penahanan mereka pasti mempunyai sebab2 tertentu. Samada mereka terlibat dalam aktiviti subversif yang menggangu gugat kepentingan negara atau atas sebab2 lain yang mereka sendiri tahu sebenarnya.

6. Sekiranya ISA dihapuskan, pernahkah kita terfikir akan kesan dan akibat buruknya? Pernahkah kita terfikir kesan buruk berikut?:

1. Rakyat akan hidup dalam ketakutan disebabkan oleh kadangkala gerakan demontrasi yang melibatkan golongan berkepentingan ini akan berakhir dengan keganasan. Aktiviti perniagaan terjejas. Aktiviti membeli belah rakyat akan terhad.

2. Pelabur asing akan takut untuk melabur di Malaysia disebabkan oleh merasa keadaan politik negara tidak begitu stabil. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi negara.

3. Budaya rundingan akan berakhir sebab sekiranya tuntutan ke atas perkara2 tertentu tidak dipenuhi, rakyat akan memprotes di jalan raya dan bukannya melalui pandangan2 tertentu kepada kerajaan melalui saluran yang betul. Hal ini tidak baik untuk sesebuah kerajaan demokrasi di mana suara majoriti rakyat dalam pilihanraya tidak begitu 'laku'lagi. Suara di jalanan lebih kuat.

4. Rakyat bawahan hanya digunakan oleh golongan tertentu untuk menjayakan agenda politik mereka. Kadangkala mereka sendiri pun tidak begitu faham apa itu ISA dan bagaimana ianya digunapakai dalam konteks negara kita.

5. Kerosakan harta benda awam. Hal ini tidak baik dan kebiasaannya dalam siri demontrasi inilah yang berlaku.

6. Imej negara tercalar dan jatuh di mata negara luar.

7. Golongan2 tertentu yang tidak bertanggungjawab akan sentiasa melakukan sesuka hati mereka untuk mencari publisiti politik dengan cara yang mudah tetapi menyusahkan semua pihak.

8. Keadaan negara sentiasa akan tidak selamat dan tenteram. Rakyat tidak lagi bebas bergerak untuk melakukan aktiviti mereka disebabkan oleh ancaman2 seperti tunjuk perasaan dan sebagainya.

7. Saya berpendapat, ISA WAJAR dikekalkan demi untuk menjaga kepentingan majoriti rakyat negara ini. Mungkin sedikit pindaan diperlukan bagi memastikan tidak wujud sebarang unsur kezaliman dalam melaksanakan akta tersebut. Jadi, buat masa ini saya masih dengan pendirian bersetuju dengan ISA.

Ahad, 26 Julai 2009

Selamat Jalan Allahyarhamah Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad merupakan satu nama besar dalam industri perfileman negara. Karyanya mengangkat martabat filem kita dan membuka dimensi baru perfileman negara. Arwah boleh dianggap mempunyai kelas tersendiri dalam penghasilan karya yang mampu merubah persepsi masyarakat walaupun kadangkala menimbulkan kontroversi.

Selain filem, sumbangan dan impak yang telah beliau tinggalkan dalam penghasilan iklan komersil seperti iklan2 Petronas memberikan satu legasi kepada beliau. Kita pasti akan merindui sentuhan beliau terutama di musim2 perayaan yang bakal kita raikan nanti.

Arwah Yasmin Ahmad sukar dicari ganti...legasi beliau diharap akan mampu melahirkan satu lagi kualiti seakan2 kualiti yang telah ditunjukkan kalaupun tidak setanding tetapi setidak-tidaknya seakan2 beliau...Alfatihah...Selamat Tinggal...semoga rohmu ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

JALILMM

Jumaat, 24 Julai 2009

Mahasiswa Dan Suara Perubahan

1. Walaupun telah hampir 7 tahun meninggalkan kampus dan aktivitisme mahasiswa, namun keinginan untuk mengambil tahu dan sesekali menjengah isu mahasiswa agak menarik untuk disentuh dan dikupas dalam posting ini.

2. Mahasisa dikatakan sebagai suara ummah ataupun juga seringkali dilabelkan sebagai agen perubahan. Ramai dikalangan kita yang sering meremehkan perjuangan mahasiswa tetapi secara peribadi saya berpandangan suara mahasiswa dan perjuangan mereka adalah satu perjuangan yang 'valid' dan memperjuangkan idealisme serta apa yang mereka percaya walaupun kadangkala agak dangkal tetapi suara yang diperjuangkan ini wajar diambil kisah sama seperti bagaimana kerajaan mengambil berat suara NGO2 mahupun suara Pemuda UMNO mahupun parti politik lain.

3. Baru2 ini kita lihat apa yang berlaku di Universiti Malaya (UM). Isu contengan 'bini puaka' yang ditujukan kepada wanita pertama negara cukup mengejutkan negara. Benarkah ini yang mereka percaya? Beginikah tahap ataupun kualiti mahasiswa sekarang? Saya melihat aspek penguasaan emosi melebihi daya intelek mahasiswa dan keadaan ini amat merbahaya. Sesuatu yang tidak kena dengan produk universiti masa kini!

4. Saya berpandangan mahasiswa kini telah dikongkong pemikiran mereka hingga mereka akhirnya tidak mampu menghasilkan hujah sendiri yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi yang mampu memberikan impak kepada massa. Kongkongan tersebut termasuklah mereka terlalu dibebankan dengan hafalan atau pencarian fakta yang melebihi keperluan pasaran pekerjaan hingga mengurangkan masa mereka untuk membaca atau mengkaji bahan - bahan ilmiah lain di luar 'circle' mereka yang mampu bentuk daya fikir yang lebih baik.

5. Selain itu pihak berwajib terhadap pendidikan serta sistem pendidikan negara kita juga banyak melatih mahasiswa menjadi seolah-olah seperti terpaksa menerima saja apa yang diberi tanpa soal. Sedangkan sistem pendidikan sepatutnya melatih kita untuk membentuk satu teori atau pandangan baru yang bersifat lebih kreatif dan innovatif demi meningkatkan produktiviti negara.

5. Oleh itu, dalam konteks di atas, sebagai mahasiswa yang cerdik, mereka tidak boleh melakukan tindakan atau perilaku yang menduplikasi pembangkang secara membuta tuli tanpa memikirkan dulu kualiti hujah mereka atau kualiti demontrasi yang ingin dibuat. Satu fakta atau counter attack yang bernilai ilmiah amat diperlukan bagi menaikkan kualiti pandangan masyarakat terhadap mahasiswa.

6. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, satu kajian menyeluruh terhadap kaedah pembelajaran terutama di Universiti harus dilakukan segera untuk mengelakkan turunnya kualiti mahasiswa dari segi gaya fikir terhadap sesuatu perkara. Sekiranya ini tidak dilakukan, maka martabat mahasiswa akan jatuh dan menjadi rendah.

Rabu, 15 Julai 2009

Manek Urai- Berakhirnya Era Emas PAS


1. 'Kemenangan' tipis PAS dalam pilihanraya Manek Urai semalam menyaksikan petanda buruk telah mula melanda PAS dan Pakatan Rakyat. Kubu kuat di Manek Urai menyaksikan langkah yang dicanangkan oleh PAS langkah ke Putrajaya seolah-olah tersekat sedikit dengan keputusan tersebut.

2. Fakta menunjukkan PAS tewas di 5 peti undi daripada 9 di mana menyaksikan golongan muda mengalihkan sokongan mereka terhadap BN. Sesuatu yang sukar diterima terutama oleh kepimpinan PAS sendiri.

3. Saya berpandangan beberapa faktor mungkin menyebabkan keadaan yang luar biasa ini terjadi.

4. Pertama: Rakyat sudah mula menampakkan PAS semakin mula angkuh dan riak dengan sokongan rakyat terhadap mereka terutama selepas Mac 2008 yang lepas. Tetapi mereka lupa pada ketika itu, faktor penolakan terhadap kepimpinan Tun Abdullah memainkan peranan di samping faktor kurang popular lain seperti kenaikan harga minyak dan harga barang pada ketika itu. Ketika ini dengan kepimpinan baru yang lebih terbuka dan kemas, rakyat sudah mula menampakkan bahawa UMNO-BN masih relevan untuk memimpin mereka.

5. Kedua: Orang Melayu terutama golongan yang di atas pagar dan golongan muda mahukan perubahan terutama di Manek Urai sendiri yang begitu ketinggalan dari arus pembangunan. Mereka percaya kerajaan pusat dapat membantu mereka untuk keluar dari permasalahan mereka dan seterusnya mampu memberikan yang terbaik untuk kehidupan mereka.

6. Ketiga: Kenyataan - kenyataan Tuan Guru Nik Aziz agak keterlaluan dalam menghukum UMNO- BN mengundang rasa simpati orang Melayu terhadap BN. Selain itu, ketiadaan poster Hadi Awang pada peringkat awal kempen juga memberikan kesan terutama kepada penyokong PAS aliran pro muzakarah dengan UMNO.

7. Keempat: Kekurangan makumat seperti dari media alternatif seperti internet juga mungkin menyebabkan pengundi di Manek Urai lebih bersandarkan kepada maklumat dari berita mahupun akhbar aliran utama berbanding maklumat dari pembangkang yang lebih berkesan untuk kawasan bandar.

8. Kelima: Kemelut yang berlaku di dalam PAS selepas pemilihan PAS juga mungkin memberikan kesan terhadap jentera PAS untuk pilihanraya kecil ini.

9. Keenam: Bagi golongan muda, UMNO di era Dato seri Najib dilihat lebih remaja dan segar berbanding PAS yang akhir-akhir ini lebih banyak didominasi oleh Nik Aziz dan golongan lama. Dari segi perletakan calon juga PAS dilihat lebih ortodoks dan agak tua berbanding UMNO yang meletakkan calon yang muda dengan idea baru dan lebih segar.

10. Ketujuh: Faktor Khairy Jamaluddin yang memimpin pemuda dengan gaya politik baru juga diakui banyak membantu di dalam memberikan undi kepada BN. KJ dilihat lebih dekat dengan pemuda dan lebih bertenaga dalam memimpin pemuda hingga menenggelam pimpinan pemuda PAS yang dilihat tidak mewakili aspirasi golongan muda di negeri itu.

11. Mungkinkah era emas PAS bakal berakhir? Atau keputusan ini sekadar untuk mengingatkan PAS agar tidak terlalu angkuh dalam tindakan dan perkataan mereka tidak kira kepada kawan mahupun lawan?

Sabtu, 11 Julai 2009

Pemansuhan PPSMI- Dasar Yang Tidak Konsisten


1. Dalam posting yang lalu, saya banyak kali menekankan bahawa pengajaran subjek teknikal dalam Bahasa Inggeris adalah sememangnya tidak perlu kerana aspek teknikal memerlukan satu pemahaman konsep. Walaupun medium penyampaian untuk memberikan kefahaman amat penting namun kaedah mahupun konsep lebih penting dari aspek bahasa itu sendiri.

2. Bahasa yang digunakan tidak kira apa bahasa sekalipun menjadi soal kedua asalkan para pelajar dapat memahami konsep sesuatu perkara dengan baik. Dalam konteks Malaysia, Bahasa Melayu adalah medium terbaik untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar kerana ia adalah bahasa ibunda, maka Bahasa Melayu harus menjadi medium tebaik untuk menyampaikan sesuatu konsep Sains dan Matematik.

3. Ahli politik mahupun mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir harus melihat keputusan kerajaan ini bukan dari sudut politik semata-mata mahupun melihat penghapusan dasar ini adalah satu petanda kemusnahan pembinaan keupayaan bangsa dalam menguasai Bahasa Inggeris yang dikatakan sebagai bahasa ilmu dunia sebaliknya harus melihat dari sudut teknikal dalam konteks negara kita seperti para guru yang tidak begitu cukup dan lain-lain sebagai justifikasi terbaik bgi keputusan ini.

4. Cuma kita harus memikirkan juga nasib anak-anak kampung yang selama 6 tahun sepanjang perlaksanaan dasar ini dan ada juga di antaranya yang gagal ke Universiti hanya disebabkan oleh kelemahan penguasaan Bahasa inggeris sedangkan jika subjek tersebut diajar dalam Bahasa Melayu keadaannya mungkin berbeza. Mungkinkah mereka ini harus diberikan peluang sekali lagi melalui peperiksaan khas atau apa jua mekanisme yang difikirkan sesuai?

5. Kita semua tertanya-tanya, apa sebenarnya keputusan peperiksaan para pelajar ini samada di peringkat UPSR, PMR mahupun SPM sepanjang dasar ini dilaksanakan kerana selama ini gambaran yang diberikan oleh pihak kerajaan terutama ketika keputusan peperiksaan diumumkan adalah baik belaka. Kita selalu terbaca di dada akhbar bahawa peratus keputusan untuk Bahasa inggeris dan Sains meningkat dan sebagainya yang indah-indah. Kalau keputusan meningkat dan baik, kenapa dasar ini harus dihapuskan?

6. Sebagai rakyat bawahan, kita semua merayu pihak kerajaan agar jangan terlalu memperlekehkan daya intelek rakyat dengan cara sebegini di masa hadapan. Tindakan pihak kerajaan yang mempolitikkan pendidikan amat tidak wajar. Pendidikan dan pembinaan upaya bangsa melalui medium ilmu adalah asas paling penting dalam pembinaan sesebuah negara. Sekiranya tidak ada kajian yang baik dilakukan oleh pihak kerajaan di mana pakar-pakar harus dipanggil terlebih dahulu sebelum perlaksanaan dasar maka keadaan yang sungguh mengecewakan ini tidak mungkin akan berlaku.

7. Dasar flip flop di dalam membuat keputusan strategik dan penting untuk negara pada masa hadapan haruslah dihentikan serta merta kerana implikasinya amat buruk terutama untuk jangka panjang.

8. Generasi muda adalah pewaris penting yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan manakala ilmu pula adalah bekalan bagi mempersiapkan diri mereka ke arah itu. Kerajaan sedar perkara ini tetapi kita tidak mempraktikkan dalam urusan pentadbiran negara.

9. Diharap pada masa hadapan, kerajaan akan mengambil kira pandangan ahli akademik mahupun mereka yang ahli dalam bidang tertentu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan terutama yang melibatkan pendidikan. Namun begitu, ucapan tahniah patut diberikan juga kepada pihak kerajaan walaupun setelah 6 tahun!

Selasa, 23 Jun 2009

Kenapa Sukar Berdamai?

1. Beberapa hari kebelakangan ini kita semua maklum bahawa impian kita untuk melihat perpaduan Melayu tercapai berkubur. Impian untuk melihat UMNO dan PAS duduk semeja membicarakan aspek Melayu dan isu Melayu berkecai dan berderai ibarat kaca terhempas.

2. Amaran keras yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS iaitu Datuk Nik Aziz terhadap Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS termasuk meminta Nasharuddin meninggalkan PAS sekiranya inginkan kerajaan perpaduan amat mengejutkan semua bukan hanya sekadar ahli PAS malah yang di luar PAS juga.

3. Inilah bezanya antara orang kita dengan bangsa lain di Malaysia. Bagi kita politik adalah segala-galanya dan kita mengambil kira faktor menjaga hati, makan hati termasuk nostalgia buruk lama yang dicetuskan oleh datuk nenek kita dahulu dan terus dengan nostalgia itu hingga saat ini.

4. Kalau hendak dikirakan, DAP juga banyak melakukan 'dosa' dengan PAS termasuk beberapa kenyataan liar Karpal Singh, Lim Kit Siang mahupun beberapa pimpinan DAP sekarang bukan hanya sekadar terhadap PAS malah terhadap dasar utama PAS iaitu menegakkan negara Islam pun seringkali dikritik oleh pimpinan DAP. Lupakan Tuan Guru bahawa mereka ini tidak pernah sekalipun meminta maaf kepada PAS tetapi syarat yang sama diletakkan oleh PAS terhadap UMNO yang nampak seolah-olah ikhlas kali ini untuk bekerjasama dengan PAS atas nama perpaduan Melayu.

5. Walaupun berteraskan Islam, PAS tidak seharusnya membelakangkan Melayu dalam agenda perjuangannya. Ini kerana DAP mahupun Gerakan tidak pernah mengenepikan agenda bangsanya dalam perjuangan mereka dalam politik. Bagi ahli PAS sendiri yang ditemui ada yang berpendapat tidak salah kiranya PAS membawa agenda Melayu. Cuma pucuk pimpinan yang terpengaruh dengan rentak politik yang didominasi DAP sahaja yang menolak agenda Melayu.

6. Kalau sekiranya DAP mahupun gerakan ikhlas mahu menghapuskan tembok perkauman, mereka seharusnya membuka lebih ruang kepada bangsa lain pada kadar yang sama banyak samada dari segi keahlian mahupun peringkat kepimpinan tertinggi. Seharusnya juga isu2 yang cuba dimainkan dan dibangkitkan tidak menjurus ke arah kepentingan sesuatu kaum sahaja.

7. Tuan Guru Nik Aziz mungkin sudah lupa kenyataan Karpal Singh bahawa jika ingin melaksanakan negara Islam langkah mayatnya terlebih dahulu. Karpal Singh mahupun jurucakap DAP tidak pernah menarik balik kenyataan ini mahupun memohon maaf bukan sahaja kepada PAS malah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

8. PAS seharusnya mengambil sikap lebih terbuka dalam dasar luarnya dan meletakkan agenda negara dan bangsa melangkaui ego politik dan dendam kesumat mereka dengan UMNO yang tidak berkesudahan itu demi kelangsungan bangsa kita.

9. Mereka harus sedar bahawa DAP tidak pernah selari dengan PAS dalam dasar Islamisasi seperti yang PAS kehendaki dan soal dasar ini tidak akan dapat diubah. Jadi, pertimbangan emosi PAS tidak mencerminkan kematangan mereka dalam membuat keputusan walaupun ianya melibatkan kepentingan bangsa.

10. Walaupun rundingan atau muqabalah ini tidak akan berlaku, namun saya dan rakyat Malaysia secara amnya amat mengharpkan semoga ianya akan berlaku juga suatu hari nanti. Impian generasi muda adalah untuk melihat satu penyatuan rumpun bangsa atas dasar dan matlamat yang sama iaitu untuk meningkatkan martabat anak bangsa dan seterusnya mendaulatkan Islam sebagai teras perjuangan kita.